Baru-baru ini saya ada terbaca satu status di Fabeook. Rentetan ini saya tergerak hati nak tulis satu entry berkenaan vitamin ser bersalin Shaklee vs set bersalin herba/jamu.

Sejak bila vitamin boleh menggantikan herba-herba dan jamu-jamu berkhasiat untuk ibu dalam pantang?

Hari ni terdapat berpuluh-puluh jenama set bersalin :

  1. set bersalin amway
  2. set bersalin tanamera
  3. set bersalin mustika ratu
  4. set bersalin leesa formula
  5. set bersalin salindah
  6. set bersalin afiat
  7. set bersalin nona roguy
  8. set bersalin sendayu tinggi
  9. set bersalin shaklee

 

dan ada banyak lagi jenama set bersalin yang tak sempat saya nak senaraikan semua di sini.

Soalan biasa yang kita dengar dari ibu mengandung yang bakal melahirkan : Bagaimana nak pilih set bersalin dalam lambakan jenama set bersalain di pasaran?

Konsep utama yang perlu ibu-ibu faham ialah : Matlamat pengambilan Set Bersalin ini adalah sama, tak kira jika anda mengambil Set Bersalin Shaklee atau Set Bersalin berasaskan herba dan jamu.

 

Herba dan jamu yang digunakan dalam set bersalin tradisional bertujuan untuk memberikan khasiat penyembuhan kepada ibu.Begitu juga set bersalin Shaklee.

Bezanya ialah, jamu menggunakan bahan-bahan mentah seperti herba dan sebagainya untuk diambil oleh ibu semasa berpantang.

Setelah ibu menelan herba dan jamu berkenaan badan akan memproses bahan tersebut untuk mendapatkan khasiatnya : vitamin, mineral dan sebagainya.

 

Berbeza dengan Set Bersalin Shaklee, khasiat dan nutrient yang diperlukan telah pun di ekstrak dengan pemantauan rapi dan diproses agar boleh terus diambil oleh pengguna tanpa membebankan liver (hati) dan buah pinggang (kidney)

 

Perlu diketahui juga bahawa walaupun jika kita mengambil set bersalin Shaklee, amalan-amalan lain sewaktu dalam pantang seperti :

  1. Bertungku
  2. Berbengkung
  3. Mandi herba
  4. Berurut

Masih tetap dilakukan seperti rutin berpantang lain juga. Maka tiada beza pun sebenrnya dari sudut amalan berpantang, yang berbeza hanyalah dari sudut penjagaan dalaman.

 

set bersalin shaklee vs jamu

 

Pilihan di tangan kita 🙂

Yang penting apa pun yang kita pilih untuk di ambil semasa berpantang nanti pastikan ia benar-benar selamat untuk ibu dan bayi. 🙂