Vitamin dan Ibu adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan, adakah benar?

Bagi seorang yang sedang menanti untuk bergelar ibu atau telah pun duduk di takhta IBU, tentu akan bersetuju dengan pernyataan ini.

Semasa seorang ibu disahkan hamil pada minggu-minggu awal kehamilan, doktor akan membekalkan asid folik (yang paling asas dan hampir semua ibu menerimanya) berserta beberapa pil vitamin dan mineral lain sperti vitamin C, multivitamin, ferrous fumarate (untuk iron) dan calcium. Ada pula ibu hamil yang mendapat bekalan obimin setelah disahkan hamil. Obimin itu sebenarnya adalah pil multivitamin khusus untuk para ibu hamil.

Semasa selepas bersalin pula, lazimnya ibu akan dibekalkan dengan vitamin B-complex dalam bentuk pil yang sangat kecil dan rasanya sungguh melekat di atas lidah, di samping pil ferrous fumarate untuk menambah darah.

Kesemua pil tersebut sebenarnya adalah SUPPLEMENT yang terdiri dari vitamin dan mineral untuk ibu hamil, ibu berpantang dan juga ibu yang menyusu.

  1. Asid Folik – adalah merupakan kumpulan dari vitamin B-Complex
  2. Vitamin C- vitamin penting untuk membantu penyembuhn luka dan meningkatkan imuniti terutama ketika hamil dan ketika menyusu.
  3. Obimin – adalah multivitamin yang mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh ibu hamil dan ibu menyusu.
  4. Ferrous Fumarate – mineral yang diperlukan untuk pembinaan darah.
  5. Calcium – mineral yang diperlukan untuk fungsi tulang dan otot yang optimum, yang juga sangat diperlukan oleh ibu hamil dan ibu menyusu.
  6. B-complex – diperlukan untuk fungsi sistem saraf (otak dan saraf tunjang dan seluruh saraf yang ada pada badan) yang optimum.

Nampaknya setakat ini memang benarlah bahawa vitamin dan ibu adalah tidak dapat dipisahkan 🙂

Ini terbukti apabila para doctor turut menekankan pengambilan vitamin sebagai tambahan kepada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat, penyusuan yang sihat serta kesihatan tubuh badan yang baik.

Oleh kerana itu, para ibu dan bapa perlulah memahami tentang fungsi vitamin dan makanan tambahan secara asas, dan juga perlulah mengetahui adakah vitamin yang diambil semasa hamil dan menyusu itu selamat untuk ibu dan bayi. Kerana bukan semua vitamin yang dijual di pasaran adalah selamat dan sihat.

https://i0.wp.com/www.pregnancy.org/files/prenatal-vitamin-d.jpg?w=640

Terdapat ribuan jenama vitamin di pasaran, bagaimana kita nak memastikan vitamin dan mineral yang mana satu selamat dan tidak membahayakan kesihatan ibu dan bayi? Bagaimanakah caranya kita nak mengetahui vitamin yang terbaik dan berkesan untuk ibu serta tidak membebankan dan tidak membahayakan buah pinggang?

Tunggu kupasan kami dalam entry akan datang 🙂

2 comments on “Vitamin dan Ibu – tidak boleh dipisahkan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *