Seksanya nak bergerak, duduk atau berjalan lepas bersalin niii. Rasa perit dan pedih sangat. Nak ke tandas pun rasa fobia. Lagi takut kalau nak membuang. Huwaaa.
Bila mengadu kat mak, mertua atau suami pulak diorang just suruh sabar. Asyik-asyik ulang “macam tu la jadi emak”, “banyak pahala tu” “tahan la sikit”. Lagi stress la dibuatnya kannn?
Tapi takpe, jangan stress-stress. Ibu berpantang tak elok stress-stress sebab ibu berpantang lebih berisiko tinggi untuk dapat masalah Meroyan atau Post-Partum Depression. Naudzubillahiminzalik. Jom saya kongsikan cara supaya luka jahitan bersalin tu cepat kering dan sembuh.
Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat Dan Selamat
Ada macam-macam cara dan petua yang boleh diamalkan untuk percepatkan proses pemulihan luka bersalin. Antaranya ialah:
1. Pastikan Luka Bersih Dan Kering
Tak kisah la samada luka bersalin pembedahan atau luka bersalin normal. Cuci bersih bahagian luka dan lap kering-kering setiap kali lepas buang air atau mandi. Luka yang lembab akan boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dibahagian luka.
2. Kurangkan Bergerak
Masa fasa awal berpantang atau lepas bersalin, sebaiknya kurangkan bergerak. Kalau terlalu aktif bergerak, takut-takut nanti jahitan terbuka pulak. Bab ni memang kena mintak kerjasama pasangan atau ahli keluarga lain.
3. Minum Banyak Air
Lebih 70 peratus dari badan kita terdiri daripada air. So pastikan minum air secukupnya kerana air penting untuk proses pembinaan sel kulit baru.
4.Pemakanan Sihat Dan Seimbang
Pemakanan sihat dan seimbang sangat penting untuk proses pemulihan semula bagi ibu berpantang. Nutrisi yang perolehi daripada makanan akan membantu badan untuk berfungsi dengan baik termasuklah menyembuhkan luka bersalin.
5. Pengambilan Supplement
Selain daripada makan secara sihat, pengambilan supplement juga sangat penting untuk bantu percepatkan proses pemulihan luka. Antara supplement yang bagus untuk bantu pemulihan luka bersalin ialah Zinc, Vitamin C, Protein dan Polifenol.
Mungkin ada yang hairan sebab saya tak senaraikan jamu, gamat atau ikan haruan kan? Ye tak dinafikan, memang ramai orang tua-tua yang ajar untuk ambil ketiga-tiga tu selepas bersalin.
Cuma berdasarkan konsultasi daripada doktor pakar sakit puan dan perbidanan yang saya jumpa, beliau tak galakkan. Sebabnya kebanyakan produk-produk jamu yang ada dipasaran boleh membebankan buah pinggang dan menyebabkan bayi cirit-birit atau naik ruam.
Manakala pengambilan gamat dan haruan pula dikatakan boleh menyebabkan ‘Keloid‘ iaitu parut luka timbul di bahagian luka dan ‘Adhesion‘, luka melekat pada organ lain.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk doktor masing-masing ye. Saya cuma share berdasarkan pengalaman saya dan cadangan doktor pakar yang saya jumpa.