Mencari yang halal tu hukumnya wajib bagi orang Islam. Sebab tu la kalau travel ke mana-mana, makanan halal memang jadi keutamaan kitorang sekeluarga.
Sama jugak untuk trip Phuket kitorang sekeluarga kali ni. Memang dari awal kitorang dah@ search tempat-tempat makan yang halal tapi kebanyakannya suggest di area Patong Beach.
Sebenarnya ni kali ke 2 saya ke Phuket. Tahun lepas saya datang ke sini dengan Trip Percutian 5 Bintang yang ditaja oleh Shaklee. So masa tu takde masalah langsung tentang makan sebab makanan halal untuk yang muslim dah disediakan. Tinggal makan je. Hehe
Kali ni kitorang pergi sendiri, so agak tercari-cari la jugak. Tapi syukur la dapat driver orang Islam yang berpengalaman di Phuket ni.
Dalam entry ni saya akan kongsikan serba sedikit tips yang boleh bantu korang cari makanan halal.
Dalam entry ni saya akan kongsikan serba sedikit tips yang boleh bantu korang cari makanan halal.
3 Tips Pilih Kedai Makan Halal Di Phuket
1.Cari kedai makan yang dekat dengan Masjid
Di kawasan sekitar masjid memang ada banyak kedai-kedai makan halal. So kalau nak senang, cari je masjid berdekatan dan korang boleh makan di kedai berhampiran dengan rasa tenang.
2.Cari kedai makan di kawasan perkampungan Islam
Satu lagi tips yang driver kami kongsikan ialah cari perkampungan masyarakat Islam. Korang boleh pilih je mana-mana yang berkenan dan makan tanpa was-was 🙂
3.Cari kedai makan yang penjualnya pakai tudung
Ni tips paling mudah. Kalau penjualnya pakai tudung, insyaa Allah makanan yang dijual adalah halal. Kecuali korang rasa tak yakin dengan penjual tu.
So far kitorang dah beberapa kali beli makanan ‘food street’ yang penjual-penjualnya ialah orang Islam. Malah saya dah pernah ke pasar malam di sebuah perkampungan orang Islam. Memang best sebab semua yang perempuan bertudung.
Tempat Makan Halal Di Phuket
Percutian kitorang kali ni ialah 4 hari 3 malam. Kitorang baru 2 hari kat sini. So far kitorang dah makan kat 3 tempat makan yang sedap since semalam.
1.Restoran Kalim Rim Lay – Area Kalim.
Kedai makan kat tepi pantai. Sambil makan boleh menikmati pemandangan pantai. Tapi masa kitorang datang tu dah malam. So gelap je la. Kebetulan air pun surut 🙂
Lokasi kedai makan ni kat tepi jalan je. Betul-betul kat tepi selekoh on the way ke Patong Beach. Kawasan Kalim dan Patong ni bersebelahan je.
Ni tempat dinner pertama kitorang kat Phuket. Memang sedap tapi makanan pedas yakmattt, walaupun kitorang dah bagitau tak nak pedas. Rupanya tukang masak dia overlooked masa tengok order. Somtam betik + mangga dia memang terbaekkk. Hehe
Sangat recommended kalau korang nak dinner kat sini sebab harga pun berbaloi. Dalam 1000+ Bhat je.
2.Restoran Mahasamut Seafood di area Koh Keauw
Semalam kitorang lunch kat sini. Restoran ni ber aircond. So memang best la dapat makan kat sini masa tengah panas terik. Hehe
Dalam restoran ni ada banyak akuarium. Ada lobster, udang galah, udang lipan, belut, ketam dan macam-macam jenis kepah. So korang boleh pilih kalau nak yang fresh-fresh.
Yang paling sedap kat sini ialah Tomyam-kung dia. Memang mabelesss. Yang kurang best sikit sebab servis lambat. Jenuh la kitorang tunggu. Mungkin jugak sebab masa kitorang datang tu kebetulan ada group pelancong dari Indonesia. Sampai husband rasa nak cancel la masa tu. Huhu
3.Restoran Hasim Halal Food @ Hasim Restaurant Patong
Yang ni ialah kedai makan kitorang untuk dinner malam tadi. Sangat berbaloi makan kat sini. Makanan penuh meja pun baru 1100 Bhat je.
Masakan dia pun sedappp. So kalau korang pergi Patong boleh la makan kat sini. Driver kitorang cerita tukangmasak dia pernah kerja kat KL. Tu yang rasa masakan dia kena dengan tekak kitorang tu.
Setakat ni dulu la yang saya boleh kongsikan. Insyaa Allah malam ni kitorang nak jalan-jalan cari makan Lobster pulak. Hehe
Semoga entri ni membantu korang yang merancang nak ke Phuket.
Share la entri ni dengan kawan-kawan k. Mungkin ada yang memerlukannya 😉