Alhamdulillah 22-26 November tahun 2017, saya berpeluang bercuti dengan Star Cruise Libra dari Penang ke Phuket.
Sebenarnya ini adalah ‘reward’ dari Shaklee Malaysia atas pencapaian bisnes Shaklee saya untuk tahun 2016.
Insyaa Allah saya akan kongsikan pengalaman saya dan kawan-kawan Pengedar Shaklee yang lain bercuti dengan Star Cruise Libra tu dalam entry akan datang.
Kali ni saya nak share tentang tips yang korang boleh apply nanti.
So, jom baca tips penting untuk korang yang merancang bercuti dengan Star Cruise Libra – Penang ke Phuket Island.
Tips Bercuti Dengan Start Cruise Libra
1.Pakaian
Bawa pakaian seminimum yang boleh sebab kabin/bilik kat atas Start Cruise tu kecik je. Nanti susah korng nak menyimpan dan bergerak dalam cabin yang sempit dengan beg-beg korang tu.
Kalau tak cukup boleh beli kat Phuket nanti.
2. Beg / Luggage
Bawa beg yang cukup besar kalau korang tak nak ‘hand carry’ sebab kalau saiz sederhana atau kecik diorang tak bagi check-in luggage. Tapi maksimum berat beg 30kg je masa nak check in ye.
Oh ye, hand carry ni leceh sikit bagi saya sebab nanti korang kena banyak naik tangga especially masa nak balik.
Bestnya beg besar ialah nanti staff Cruise akan hantar terus depan bilik korang. Masa nak balik pun, letak je beg depan pintu, nanti diorang akan amik.
Senangkan?
Cuma masa turun cruise tu kena beratur kat tempat nak amik beg je la.hehe
3. Passport
Passport memang wajib bawak. Kalau tak nanti tak boleh nak naik cruise sebab trip kitorang tu nak ke Phuket Island, Thailand.
Simpan assport dalam handbag supaya senang nak keluarkan masa nak check-in cruise, turun ke Phuket dan check-out masa nak balik.
4. Kad Akses
Macam kitorang semua Shaklee yang uruskan. So lepas register kat ‘pick-up’ point masing-masing kitorang dapat kad akses ni.
Nasihat saya gantung je ‘lanyard’ yang ada kad akses tu kat leher.
Kad akses ni perlu dibawa sepanjang masa sebab nak keluar masuk bilik dan keluar masuk kapal untuk ke Phuket/Penang/Langkawi wajib ‘swipe’.
Oh ye, nak pergi makan pun wajib ‘swipe’ kad akses ni tauuu.
Pastikan korang jaga kad akses betul-betul sebab ia boleh digunakan untuk ‘swipe’ untuk berbelanja kat atas cruise. Nak beli barang kat cruise tak perlu guna cash. Semua guna kad akses je.
Kalau hilang takut ada yang guna tanpa pengetahuan korang. Nanti masa check-out tak pasal-pasal korang kena bayar pulak. Kalau tak settlekan bil tak boleh turun tau.
5. Fire Drill
Latihan keselamatan ni memang wajib dihadiri oleh semua orang. Lepas check-in je aka nada announcement untuk bawak ‘vest’ keselamatan yang gedabak ni.
Dah macam ‘Transformers’ pun hado.hehe
Tak payah angkut ke awal-awal. Dengar je announcement baru amik kat bilik. ‘Vest’ ni ada kat bawah katil korang je.
Kesian tengok orang yang angkut ‘vest’ ni ke hulu ke hilir. Leceh sangat sebab besar tauuu.
6. Toiletteris Dan Tuala
Dua-dua ni tak perlu bawak sebab dah ada disediakan. Korang tinggal bawak skincare dan barang-barang ‘special needs’ korang je.
7. Hair Dryer / Pengering Rambut dan Water Heater
Ni pun ada disediakan dalam toilet yang comel ni. So, tak payah susah-susah nak angkut k.
8. Iron / Seterika
JANGAN BAWA! Sebab ni termasuk dalam senarai barang-barang yang tak boleh bawa naik Start Cruise. Kang tak memasal kena tinggal kat pelabuhan.
Habis macam mana nak gosok baju?Takkan nak pakai baju dan tudung kedut-kedut je?
Jangan risau sebab ada ‘Pressing Service’ a.k.a servise gosok baju kat atas cruise tu. Bayaran pun saya rasa berpatutan sebab baju saya berdua dengan akwan sebilik cuma RM35 je. Ok la tu kan?
9.TV
Bagi korang yang rasa tak sah kalau tak tengok TV, jangan risau sebab kat atas cruise pun ada tv. Cuma kitorang memang tak sempat tengok TV sebab penuh dengan aktiviti yang dianjurkan oleh management Shaklee.
So, Tv tu je la yang tengok kitorang berdua.hehe
10. WIFI
Mesti bosan je kalau takde wifi kan? Apatah lagi yang bercuti tanpa keluarga macam saya ni. Ada wifi senang sikit nak video call anak-anak dan suami.hehe
Berita baiknya korang boleh beli pas internet untuk pastikan korang boleh online sepanjang percutian di atas cruise.
Tapi kalau nak murah beli pas internet tu atleast 3 hari sebelum belayar tau. Kalau tak lagi mahal la harganya.
Saya dapat RM100 untuk 3 hari. So far coverage ok la. Maklumlah orang bisnes online macam saya kena sentiasa ada internet.
Nanti susah sebab customer tak dapat contact, saya nak update kerja-kerja bisnes Shaklee, nak coaching anak cucu Shaklee lagi.hehe
Oh ye, ada jugak yang buat roaming je tapi so far ramai yang kata lagi untung beli wifi kat cruise sebab kalau roaming kat laut line tak stabil.
11. Makanan
Bab makanan korang memang tak payah risau. Tak payah la susah-susah nak bawa mi maggi ke roti dan lain-lain tu.
Makanan memang sangat mewah dan korang takkan sempat lapar punyalah. Siap sampai supper tauuu.
Supper pun bukan ringan-ringan punya makanan yang dihidangkan oleh pihak star cruise. Supper kat sana sama macam dinner tau.hehe
12.Ubat-ubatan dan Vitamin
Ni pun penting jugak sebab walaupun ada klinik tapi kot la ubat tu tak bape serasi dengan korang ke kan? So, bawak la ubat siap-siap terutama kalau korang memang kena bergantung dengan ubat.
Tapi saya memang tak bawak ubat sebab saya tak lama tak makan ubat. Kalau teruk sangat baru saya makan.hehe
Saya cuma bawak bekalan vitamin yang memang saya makan hari-hari je:
- Vitalea – Untuk energy sebab sepanjang bercuti dengan start cruise libra memang banyak aktiviti yang Shaklee aturkan.
- Vita C – Ni sangat penting untuk jaga kecantikan kulitku dan elakkan jatuh sakit jugak. Kira ala-ala Panadol la.hehe
- B Complex – Ni pun bagus untuk energy dan bantu rasa relax sepanjang percutian
- Ostematrix – Rahsia tak sakit-sakit badan walaupun seharian beraktiviti
- Performance Drink – Yang ni sangat penting untuk pastikan korang kekal hidrat tapi saya tak bawak sebab shaklee dah sediakan kat atas cruise
- Omega Guard – Bila makan tak ingat dunia kat atas cruise tu harus la ada Omega Guard untuk cairkan balik kolestrol-kolestrol yang korang telan tu. Kalau tak sila la redho balik cruise berat naik botingkek-tingkek.hahaha
13. Keperluan lain
Barang lain yang masuk kategori wajib bawa dan kalau tak bawa memang tak sah ialah:
- Minyak angin atau ubat elak mabuk laut. Macam kitorang tak payah risau sebab shaklee dah sediakan Peppermint Ginger Plus untuk yang mabuk laut.
- Topi nak jalan-jalan ke pantai
- Swimming suit kalau nak mandi di swimming pool atas deck star cruise
- T-shirt untuk mandi di pantai tapi saya tak bawak sebab saya mandi guna swimming suit jugak.hehe
- Selipar
- Cermin mata hitam / sunglass
- Sunblock, kecuali korang saje nak gelapkan kulit.hihi
Sekian dulu tips yang saya dapat kongsikan. Kalau ada tips lain yang korang nak tambah boleh share kat bahagian komen ye.
Jangan lupa share tips ni supaya kawan-kawan yang lain pun boleh dapat manfaat. Sharing is caring kan?hee~