Lepas habis aktviti bagi makan kanggaru dan binatang lain di Wild Life Park, Philips Island kitorang drive ke St Kilda Beach pulak untuk tengok penguin di St Kilda Peguin Conservation Park. Kalau korang belum baca entri di Wildlife Park dan entri-entri lain yang saya share boleh baca kat sini:

Bajet Percutian Ke Melboure Dengan Anak Kecil

Pengalaman Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil – Part 1

Pengalaman Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil – Part 2

Pengalaman Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil – Part 3

Bercuti Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles

Bermain Dengan Kanggaru Di Wildlife Park Philips Island

Philips Island Grand Prix Circuit

Oh ye, sebelum ke St Kilda Beach tu kitorang sempat singgah tengok track lumba motor di Philips Island Grand Prix Circut. Tengok dari luar je la. hihi. Masa tu kebetulan ada beberapa kereta tengah berlumba. Nak snap tak dapat coz laju sangat dan kitorang pun singgah sekejap je 🙂

Philips-island-grand-prix
Pemandangan dari luar Grand Prix Philips Island

Next terus sambung pemanduan ke St Kilda Beach. On the way tu husband mengantuk sangat. So saya beranikan diri untuk drive. Kepada yang tak tau, saya ni penakut nak drive sebenarnya. Menggigil jugak la tangan dibuatnya. 

Sebenarnya husband ajak berhenti kat tepi jalan dulu tapi saya tak nak sebab takut tak sempat tengok pengguin. So gagahkan la jugak drive slow-slow. Mujur la sekejap je. Lepas dalam 25 minit husband dah ready nak sambung drive balik. Alhamdulillah 🙂

Sepanjang jalan matahari terik sangat. Walaupun sejuk tapi rasa nak terbakar kulit muka dibuatnya. Dah la kitorang memang menghala ke arah matahari terbenam a.k.a sunset tu. So bayangkan la macam mana. Tapi serius memang cantik sangat pemandangan masa tu. Cuma silau jugak la masa drive.

pengalaman-memandu-di-philips-island
Nampak tak betapa bercahayanya ‘Nur’ di wajahku ;P

matahari-terbenam-di-philips-island
Indahya ciptaan Allah. Subhanallah

Sunset-di-philips-island
Matahari dah nak terbenam

Tengok Pengguin di St Kilda Penguin Conservation Centre

Perjalanan ke St Kilda Beach amik masa dalam 2 jam. Kitorang sampai ke sana dalam pukul 7.30 malam. Kitorang park kereta kat tepi jalan je. Tap make sure bayar untuk dapatkan tiket parking kat mesin yang disediakan ye. Kalau kena saman memang naya sebab saman diorang mahal. Dalam AUD70-AUD80. Sebab tu orang sana tak berani mengelat bayar parking.hihi

Kitorang plan tengok dalam setengah jam je masa tu. Tapi rupanya daripada parking nak ke tempat pengguin tu jauh jugak la. So berlari-lari anak la kitorang anak-beranak dibuatnya. Kalau korang nak tengok sambil relax-relax better amik atleast 1 jam. Nak masuk parking yang disediakan pun boleh tapi mahal sikit la.

Jalan nak ke Penguin Conservation Centre tu agak gelap sikit, sebab kitorang sampai dah malam . Mula-mula cuak jugak la betul ke tempatnya dan ada lagi ke pengguuin tu. Tapi jangan risau sebab pengguin tu ada je dan nanti dah sampai tempat tu ada ramai volunteer yang jaga kat sana.

Tengok-penguin-di-st-kilda-beach
Kecik je rupanya pengguin ni. Ingatkan besar macam dalam cerita kartun tu. hehe

Tengok-pengguin-di-st kilda-beach
Pengguin ni species pemalu rupanya 🙂

Bila dah sampai kat sini kena senyap tau. Kalau bising nanti volunteer tu akan tegur. Ada yang species tak faham bahasa, memang kena marah la.hihi. Korang boleh tengok pengguin ni menyeberang jalan kat area tu tau. Kena dok jauh sikit untuk bagi laluan sebab kalau terhalang diorang takkan lalu.

Honestly saya tak bape suka dengar suara pengguin ni. Agak pelik dan menakutkan saya rasa. Dah la kitorang kat tengah-tengah laut yang sekelilingnya gelap-gelita.huhu. Tapi overall memang best la sebab tak pernah tengok pengguin live depan mata macam tu kan. Diorang bebas je pulak tu 🙂

Kalau korang suka tengok pengguin dekat-dekat macam ni memang recommended la datang sini. Cuma takde la ‘Penguin Parade’ macam kat Philips Island tu. Dan yang paling kat sini percuma je. Korang just bayar parking tiket je.hehe

Sebelum balik singgah dinner di Restoran Fahitas di Sydney Road, Coburg. Kat sydney road ni ada banyak kedai makanan halal, sebab tu kitorang pilih homestay di Coburg. Menu pilihan malam ni Fish and Chips dan Fahitas Signature Chicken Kebab (kalau tak silap la nama dia.hehe).

Tu je la aktiviti hari ke 5 kitorang di Melbourne. Insyaa Allah nanti kita jumpa dalam entry seterusnya k. Boleh baca entri lain kat sini:

Bajet Percutian Ke Melboure Dengan Anak Kecil

Pengalaman Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil – Part 1

Pengalaman Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil – Part 2

Pengalaman Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil – Part 3

Bercuti Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles

Bermain Dengan Kanggaru Di Wildlife Park Philips Island