Selain makan, antara aktiviti wajib bila ke Bangkok ialah shopping. Kalau nak shopping mesti la kena tahu tempat-tempat shopping yang menarikkan?
Kebetulan saya dan team Shaklee sedang bercuti di Bangkok, so saya akan kongsikan tempat-tempat shopping best yang saya dan kawan-kawan dah pergi.
Tempat Shopping Best Di Bangkok
1.Chatuchak Market
Tempat shopping paling besar di Thailand. Sangat besar, ada 15000 kedai/kiosk yang dibahagikan kepada 27 seksyen.
Memang sangat besar tempat ni dan ada macam-macam barang yang dijual. Ada pakaian, cenderamata, beg tangan, kasut, kosmetik, pokok-pokok, haiwan peliharaan, perabot, kelengkapan rumah, karya seni dan makanan.
Istimewanya di sini ada banyak produk-produk ‘local designer’ yang baru mula bertapak. Memang cantik-cantik, berkualiti dan berbaloi sangat shopping di Chatuchak Market ni.
Chatuchak Weekend Market ni buka hujung minggu je tau. Pastikan anda rancang itineray betul-betul ye.
Nak cari makanan halal di Bangkok? Boleh tengok sini >> Tempat Makan Sedap Di Bangkok <<
2.Pratunam Market
Ni pun tempat shopping best di Bangkok. Cuma kualiti produknya lain sikit dari Chatuchak Market tapi kalau rajin cari, boleh je jumpa yang cantik-cantik.
Tempat ni ala-ala Petaling Street di KL atau Philippines Market di Kota Kinabalu tu.
Pratunam Market ni buka sampai dalam pukul 8 malam je kalau tak silap.
3.Pratunam Night Market
Sebenarnya Pratunam Market dan Pratunam Night Market ni sebelah-menyebelah je. Nak ke Pratunam Night Market cuma perlu memyeberang jejantas di depan Pratunam Market je.
Sesuai dengan namanya, tempat shopping ni hanya dibuka pada waktu malam ye.
4.Platinum Mall
Tempat shopping yang satu ni ala-ala Kenanga atau Plaza GM di Malaysia. Maksudnya mereka menggunakan konsep borong atau beli banyak-banyak. Tapi sebenarnya beli 2 pun dah layak dapat harga borong tu.
Harga di Platinum Mall ni mahal sikit berbanding Pratinum Market tapi design memang cantik-cantik dan produk pun berkualiti.
5.Big C Supercenter
Ni ialah tempat tumpuan bagi pelancong yang nak beli makanan sebagai buah tangan kudap-kudapan, sos tom yam, kekacang dan macam-macam lagi. Tapi pastikan anda check logo Halal Thailand tu ada ke tak dulu sebelum beli ye 😉
nampaknya kena shopping lagi kat bangkok