Melbourne, Australia ialah salah satu destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan ia negara 4 musim yang paling dekat dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Nak main salji? Nak menikmati musim bunga? Nak menghayati keindahan musim luruh? Atau kemeriahan musim panas? Semuanya boleh direalisasikan di Melbourne.

Alhamdulillah kitorang sekeluarga dah pun realisasikan impian anak-anak untuk main salji di Melbourne hujung bulan Ogos yang lepas.

Jom saya kongsikan tempat-tempat best di Melbourne yang korang mesti pergi.

7 Tempat Menarik Di Melbourne – Wajib Pergi

1.Lake Mountain

Kalau korang plan nak main salji, ni la salah satu tempat best yang korang wajib datang. Kitorang pilih Lake Mountain sebab tak terlalu jauh dan rasa lebih yakin nak drive sendiri ke atas.

2.Mount Buller

Ni pun satu lagi tempat main salji yang popular di Melbourne. Ramai kata lagi best dari Lake Mountain. Cuma jaraknya lagi jauh dan dengarnya jalan lebih berliku-liku berbanding Lake Mountain.

So pilih la ikut keselesaan masing-masing k πŸ˜‰

3.Great Ocean Road

Banyak tempat-tempat best di sepanjang Great Ocean Road ni. Antaranya Twelve Apostles, Gibson Steps, Loch Ard Gorge, London Arch, Appollo Bay, Tower Hills Wild Life Reserve, The Otways, Bells Beach dan banyak tempat lagi.

Kitorang cuma sempat singgah bergambar di Pintu gerbang Great Ocean Road dan makan tengah hari di pekan Appollo Bay je.

Appollo Bay ni ialah perkampungan nelayan tapi kitorang tak sempat nak explore. Rugi betul keluar lambat dari homestay. Redho je la bila terpaksa la skip sebab nak kejar masa untuk ke destinasi utama, Twelve Apostles.

Twelve Apostle ni ialah tempat melihat keindahan dan keajaiban ciptaan Allah. Korang boleh tengok struktur batu kapur yang unik. Sekarang ni dah tinggal 8 je sebab yang lain dah runtuh akibat hakisan ombak.

Kalau nak lagi best, korang boleh turun ke Gibson Steps tapi hati-hati ye sebab ombak sangat kuat.

Dalam banyak-banyak tempat menarik di Melbourne, Great Ocean Road la yang paling jauh.

Kalau drive dari homestay kitorang di Coburg, ambil masa dalam 5 jam baru sampai. Nak jimat masa boleh balik guna highway, dalam 3 jam setengah je.

Ada yang cadangkan supaya bermalam sekurang-kurangnya 1 malam di Appollo Bay sebab tak cukup nak cover semua dalam masa sehari.

4.Philips Island

tengok-kanggaru-di-philips-island
Boleh bagi makan kanggaru tau kat sini πŸ™‚

Nak tengok pengguin dan bagi makan kanggaru? Kalau ye, korang wajib datang ke Philips Island.

Di Philips Island ni korang boleh tengok Penguin Parade di Philips Island Nature Park.

Kalau nak bagi makan kanggaru pulak boleh ke Wild Life Park. Sebenarnya bukan kanggaru je yang ada kat Wild Life Park tu tau. Ada banyak lagi haiwan lain. Antaranya Koala, Wombat, Wallaby dan lain-lain.

Oh ye, kat sini pun ada Philips Island Chocolate Factory. Korang boleh makan coklat percuma dan tengok proses pembuatan coklat. Tapi nak tengok tu ada bayaran masuk la. Hehe

5.St Kilda Pier

Tak macam kat Philips Island, kalau tengok pengguin kat St Kilda Pier ni, percuma je. Korang boleh cari St Kilda Penguin Conservation area. Tapi takde la Penguin Parade nya πŸ™‚

Bagi saya ok je sebab boleh tengok pengguin tu dari jarak dekat jugak.

6.Brighton Beach

Kat sini la pantai yang ada rumah warna-warni di sepanjang pantai tu. Korang boleh tengok macam-macam warna dan corak pada 82 box di Brighton Beach ni.

Kalau rajin boleh la posing di setiap box. Kitorang tak berapa rajin so dapat la posing lebih kurang 5-6 je. Oh ye, box ni tak boleh masuk pun. Cuma untuk bergambar kat luar je tauuu.

7.Melbourne CBD

Melbourne CBD ni ialah ringkasan untuk Melbourne Central Business District. Senang cerita bandaraya Melbourne la.

Kat sini ada Federation Square, Yarra River dan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia ialah tempat shopping ‘souvenir’, Queen Victoria Market(QVM)

Federation Square ialah tempat lepak yang ada bangunan bersegi-segi yang unik. Dah alang-alang sampai Federation Square, turun je tangga kat sebelah untuk menikmati keindahan sungai di tengah bandar Melbourne, Yarra River.

Di QVM ni korang memang boleh jumpa ramai orang Malaysia. Boleh dikatakan ni port wajib la.hehe. Selain ‘souvenir’, ada jugak pasar basah yang jual buah-buahan dan sayur-sayuran, ada baju-baju, ada makanan, ayam, ikan dan mcam-macam lagi.

Kitorang suka sangat kebab kat QVM ni. Siap ‘repeat’ lagi tau. Hihi

Ni la 7 tempat menarik di Melbourne yang wajib dikunjungi kalau nak menikmati keindahan Melbourne.

Semoga membantu korang yang plan nak ke Melbourne nanti πŸ™‚

Jemput baca lagi tentang:

Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil Part 1

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil Part 2

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil Part 3

Bercuti Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles

Bermain Dengan Kanggaru Di Wildlife Park Philips Island

Tengok Pengguin Di St Kilda Beach

Jalan-jalan Di Bandar Melbourne

11 Tips Bercuti Ke Melbourne – Wajib Baca Kalau Tak Nak Ada Masalah

Tempat Menarik Di Melbourne – Rugi Kalau Tak Datang Sini