Tarikh Bersalin Dah Dekat? Beg Nak Bawa Ke Hospital Dah Siap Ke Belum? Belum lagi? Eh, tak boleh macam tu. Bayi ni bukan boleh dijangka bila dia nak keluar.
Walaupun doktor dah bagi ‘due date‘, tu cuma anggaran je. Banyak je kes terbersalin awal atau terlebih hari. Jom Tengok Senarai Kelengkapan Yang Perlu Dibawa Ke Hospital.
Senarai Barang Perlu Dibawa Ke Hospital Untuk Bersalin
1.Pakaian Bayi
Saya sarankan sediakan pakaian sekurang-kurangnya untuk 3 hari. Sepasang bawa masa nak ke wad atau labour room. Lagi 2 pasang simpan je dalam kereta.
Ye, saya bawa dua beg sebab tak nak la bawa banyak-banyak sangat dalam satu masa. Cara ni sangat memudahkan suami.
Baju bayi yang saya bawa:
3 pasang baju siang(baju lengan pendek atau berlubang-lubang tu).
3 pasang Baju malam
Mitten & Booties
Topi
Tuala
Sapu tangan
Selimut / Bedung(kalau bersalin di hospital beraircond, bawa dua-dua).
Lampin(saya guna pakai buang je)
Cotton ball / Tisu basah untuk tukar lampin bayi.
Barut bayi(ikut pilihan masing-masing nak bawa atau tak.
Minyak angin(tak wajib tapi saya memang bawa)
Mandian, bedak, minyak bayi, losyen.
Madu, kurma dan air zam-zam(untuk tahnikkan bayi)
Botol susu. Tak berapa digalakkan sebab takut ‘nipple confusion’. Kecuali anda memang nak susukan bayi dengan susu formula. Saya tak bawa sebab saya susukan bayi dengan susu ibu.
Di rumah pun saya dah sediakan lagi 2 pasang baju sebab mak saya ajar beli baju bayi 5 helai supaya senang nak tukar ganti 🙂
Yang di rumah pun sangat penting tauuu. Mana la tau doktor tahan lebih dari 2 hari. Standard 2 hari 1 malam kalau bersalin normal, tapi kalau hospital swasta lebih sikit.
So bila ada sesuatu yang tak diduga, suami dah boleh ambil je baju-baju tu. Senangkan?
2. Kelengkapan Ibu
Baju 3 persalinan(bawa 1 je. Lagi 2 simpan dalam kereta dengan baju bayi sekali)
Tuala
Stokin
Kain batik / seluar yang longgar
Maternity pad(saya bawa Overnight pad sebab rasa lagi selesa)
Baju sejuk
Tudung sarung
Nursing cover
Disposable panties
Kelengkapan mandian
Breast pum dan botol susu untuk simpan susu perahan.
Nursing bra(wajib pakai bra ye walaupun breast tengah bengkak)
Nipple crack cream(kalau takde sapu guna susu badan je)
Bekalan Kudap-kudapan Ibu
Kurma
Air zam-zam
Energizing Soy Protein(selain bagi rasa kenyang, ESP juga bekalkan tenaga segera untuk ibu)
Biskut
Vico 3 in 1
Thermos, pinggan, cawan dan sudu(wajib bawa bagi yang bersalin di hospital kerajaan)
3. Barang WAJIB Bawa
Kad pengenalan
Buku pink / buku rekod kehamilan
Handphone
Al Quran(untuk baca sebelum bersalin ye bukan hiasan. Saya download je apps siap-siap lagi senang)
Charger / power bank
Jemput baca juga tentang >> Luka Bersalin Lambat Kering? Ini Puncanya! << dan >> 5 Punca Vagina Koyak Teruk Masa Bersalin Normal <<