Iye. Kenapa nak susahkan diri? Nak berlakon la. Nak paksa diri untuk buat baik, senyum la masa layan Mak Mertua? Buat macam biasa sudahhh.
Ye, dulu saya pun rasa stress sebab terpaksa berlakon, paksa diri layan mak mertua baik-baik. Semuanya semata-mata nak jaga hati mak mertua saya.
Tapi itu dulu la. Sekarang tidak lagi. Sekarang ni dah masuk tahun ke 13 saya dan suami berkahwin. Anak pun dah 3 orang. Yang sulung pun dah darjah 6.
Sekarang saya dah berubah. No more lakonan, no more terpaksa tu semua. Saya buat selamber je sudah.
Alaa tak payah susah-susah pun.
Layan je mak mertua tu macam mana kita layan mak kita sendiri. Kan kita layan mak kita baik-baik? Kita sayang mak kita kan?
Mesti kita layan mak kita baik-baikkan? Takde pun kita nak kena berlakon atau paksa diri masa layan mak kita kan?
Ustaz kata kita kena layan mak mertua macam mak kita sendiri. So? Tak payah berlakon atau paksa diri dah kan?
Alaaa tak payah susah-susah pun.
Layan je mak mertua tu macam ibu yang melahirkan kita. Kan dia dah bersusah payah mengandung, melahirkan, susukan dan besarkan suami kita? Orang yang kita paling sayang? Belahan jiwa kita kan?
Kata sayang sangat suami kita tu kan? Konon sanggup buat apa sahaja untuk suami tersayang. So layan la mak dia baik-baik dan ikhlas. Mesti dia lagi sayang kat isteri dia 😉
Alaa tak payah susah-susah pun.
Layan je mak mertua tu macam mana kita nak anak menantu kita layan kita bila dah tua nanti. Kita nak anak menantu sayang kita, layan kita baik-baik bila dah tua nanti kan?
Rasa-rasa kalau dah tua dan ada menantu nanti, kita ‘terasa’ tak bila menantu kita layan macam nak tak nak atau nampak macam terpaksa je?
Orang putih kata “What you give, you get back”. So kalau sekarang kita tak ikhlas dan berlakon layan mak mertua kita, agak-agak apa yang kita dapat nanti.huhu
Kesimpulannya, alaa tak payah susah-susah pun. Layan je mak mertua tu macam mana yang Allah suruh. Nak dapat redho Allah kannn? Nak masuk syurga kan?
Jom sama-sama kita perbaiki diri. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita untuk jadi Menantu Solehah.Amiiin
Nak baca tentang Tips Jadi Menantu Kesayangan? Jom baca kat sini.
Sekian tazkirah dan ingatan untuk diri sendiri dan yang sudi baca post saya hari ni.
Erni,
Yang masih berusaha
Journey to Menantu Solehah