Tag: Tips Penyusuan

5 Persiapan Penting Untuk Kembali Bekerja Selepas Cuti Bersalin

Sejak kebelakangan ni ramai pula yang bertanya tentang persiapan penting untuk kembali bekerja selepas cuti bersalin.
5-persiapan-penting-untuk-kembali-bekerja-selepas-cuti-bersalin
5 Persiapan Penting Untuk Kembali Bekerja Selapas Cuti Bersalin

 

Rata-rata yang tanya ialah ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi mereka secara eksklusif selama 6 bulan dan nak teruskan sehingga 2 tahun.

 

Seronok saya dengar sebab penyusuan susu ibu memang antara topik yang saya sangat suka.

 

Saya pun bekas ibu menyusu. Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya pun menyusu secara eksklusif selama 6 bulan dan terus menyusu sampai mereka berumur 2 tahun lebih.

 
Mungkin ada sebahagian daripada anda yang tertanya-tanya,
 
penyusuan eksklusif tu apa?

 

Apa Itu Penyusuan Eksklusif

Penyusuan Eksklusif ialah proses penyusuan bayi dengan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan.
Maksudnya bayi anda hanya minum susu ibu sejak lahir hingga berumur 6 bulan.
Tanpa apa-apa makanan tambahan mahupun minuman termasuklah air putih.

Ok. Jom tengok pula tentang persiapan yang anda perlu buat untuk kembali bekerja.

 

5 Persiapan Penting Untuk Kembali Bekerja Selepas Cuti Bersalin

 

1. Mulakan rutin mengepam susu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum kembali bekerja.

Lebih awal lagi bagus. Saya sendiri mula mengepam susu dalam minggu pertama.Ini penting untuk memastikan stok susu badan anda mencukupi untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

Amalkan rutin mengepam yang konsisten setiap hari. Jangan tunggu ‘rasa penuh’ baru nak mengepam ye.

 

2. Kenalkan bayi anda dengan penyusuan melalui botol susu

JANGAN bagi botol sebelum bayi anda berumur 4 minggu untuk mengelakkan ‘nipple confusion‘.

Mungkin ada sebahagian daripada anda yang mempunyai pengalaman menyusukan bayi dengan botol susu sebelum umur 4 minggu. Tapi kalau ikut saranan Pakar Laktasi, umut terbaik untuk perkenalkan botol susu ialah pada umur 4 minggu.

3. Cari taska atau pengasuh yang faham tentang teknik penyusuan susu ibu

Ini sangat penting kerana penyediaan susu ibu mungkin sedikit rumit bagi mereka yang tak faham caranya. Saya sendiri pernah lihat bayi saya diberi susu perahan yang sejuk. isk isk. sabar je la.

Bayi kawan saya pula ‘terkena’ susu basi. Lagi takutkan? Tak pasal-pasal boleh kena cirit-birit pula nanti.

 

4. Latih bayi anda untuk minum susu perahan menggunakan botol

Mulakan dengan sekali sehari untuk hari pertama, sebaiknya pagi masa bayi anda sedang lapar.

Kemudian tambahkan kekerapan kepada 2 kali sehari, iaitu pagi dan tengah hari.

Hari ke 3, 3 kali sehari dan hari ke 4, 4 kali sehari.

Ini bergantung kepada jadual kerja anda. Jika anda perlu bekerja sampai malam kekerapannya mungkin perlu ditambah.

Insyaa Allah saya akan kongsikan tentang jadual latihan penyusuan dalam entri akan datang.

Proses latihan penyusuan menggunakan botol ni mungkin susah sedikit untuk sesetangah bayi. Alternatif lain, anda boleh minta tolong suami atau ahli keluarga lain untuk berikan susu perahan tersebut.

 

5. Label dan rancang penggunaan stok susu anda

Gunakan susu yang paling awal diperah untuk mengelakkan ia tamah tempoh. Perancangan stok susu perahan sangat mudah sebenarnya tapi ramai yang silap.

Pertama sekali anda perlu kenal pasti berapa botol / jumlah susu perahan yang anda nak tinggalkan di rumah pengasuh / taska.

Daripada jumlah tersebut, berapa susu perahan segar dan susu beku yang anda nak gunakan.

Kalau nak tahu, khasiat susu segar adalah lebih baik berbanding susu beku. Tapi jika dibandingkan dengan susu formula, susu beku adalah jauh lebih baik.

Nisbah susu segar dan susu beku yang saya selalu amalkan ialah 4 susu segar : 2 susu beku. 

Saya selalu tinggalkan minimum 6 botol susu kepada pengasuh. Sebabnya saya bekerja daripada pukul 9 pagi ke pukul 6 petang. 

Lepas habis kerja saya terus ke dewan kuliah(saya buat ijazah separuh masa). Selalunya saya sampai ke rumah dalam pukul 10.30 atau 11 malam.

 

Kalau dikenangkan balik, penyusuan susu ibu memang agak memenatkan tapi bila berjaya capai matlamat penyusuan untuk susukan anak selama 2 tahun perasaanya memang tak boleh digambarkan dengann kata-kata.

 

Cubalah. Rasai sendiri detik manis sepanjang penyusuan susu ibu. Nikmati spenuhnya kerana masa tersebut tidak akan berulang kembali. Kecuali anda bersalin lagi lepas tu.hehe

Jemput baca pula tentang >> Kenapa Susu Saya Cair <<

Sekian dulu perkongsian daripada saya. Semoga bermanfaat untuk anda yang sedang merancang persiapan untuk kembali bekerja selepas bersalin.

 

 

Set Menyusu Shaklee – kenapa ibu perlukan vitamin

Bila sebut je Vitamin Ibu Menyusu atau set menyusu Shaklee, akan timbul pelbagai respon 🙂

Ramai yang  kata : ibu menyusu tidak perlukan supplement, hanya perlukan rangsangan dan kosongkan breast dengan kerap.

 

Ya itu sangat betul. Saya sebagai penasihat penyusuan susu ibu Malaysia sangat mengangkat konsep : supply vs demand  dalam penyusuan susu ibu.

 

Jika anda tidak menyusu bayi dengan kerap, dan tidak mengosongkan breast dengan kerap (iaitu bila breast lebih banyak kali terasa penuh dan dibiar penuh sampai bengkak tanpa menyusu bayi atau perah)

 

Memang susu anda akan semakin kurang.

 

Sebab konsep penyusuan tidak betul di situ. Untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, mesti ingat konsep ini :

 

Empty Breast = More Milk Production

Full Breast = Less Milk Production

 

Jadi kenapa perlukan supplement bila konsep utama ialah supply vs demand?

 

Supplement set menyusu shaklee dalam konteks penyusuan susu ibu bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya,

 

tetapi ialah untuk meningkatkah tahap kesihatan ibu.

 

Sekiranya ibu seoarang yang

  1. asyik penat keletihan,
  2. sering tertekan dan stress,
  3. sering naik angin,
  4. sering takde mood,
  5. nak masak pun tak larat,
  6. nak buat kerja rumah pun rasa letih,

 

bagaimana nak menghadapi cabaran dalam menjaga anak kecil dan menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu?

sedangkan sewaktu hamil 9 bulan pun kita perlukan vitamin dan makanan berkhasiat yang cukup, apatah lagi untuk mengharungi perjalanan penyusuan susu ibu secara exclusive selama 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun?

 

penyusuan susu ibu ni berkait dengan faktor hormon.

 

Hormon-hormon yang terlibat dalam proses penyusuan iaitu hormon prolactine dan hormon oxytocin sangat berkait rapat dengan keadaan ibu, terutamanya oxytocin yang dikenali sebagai hormon gembira.

 

Jadi sekiranya ibu sering bermasalah seperti masalah-masalah di atas, tentu sekali akan mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya mengganggu juga proses penyusuan.

 

Disebabkan itulah ada ibu-ibu yang memerlukan bantuan supplement vitamin ibu menyusu untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

 

Kerana manfaat vitamin ibu menyusu amat banyak membantu dalam memberi tenaga, kesihatan dan ketenangan pada ibu menyusu.

Ibu sihat

Ibu adalah jantung hati sebuah family. Ibu yang sihat dan ceria akan membahagiakan seluruh isi rumah. Ibu yang gembira ialah ibu yang sihat 🙂 Ibu yang sihat dan gembira akan melancarkan proses penyusuan susu ibu 🙂

Untuk mengetahui bagaimana set menyusu shaklee dapat membantu ibu-ibu menyusu  mendapatkan kesihatan yang baik, seterusnya membantu ibu menjayakan penyusuan, hubungi saya di saluran berikut :

 

Banyakkan susu dengan teknik hypno breastfeeding

Semalam saya menerima satu mesej dari seorang sahabat lama saya.
Mesejnya berbunyi lebih kurang begini ::

 

Salam *****..apa kbr..
i nk tnye ni…u jual lg x set shaklee?ngat nk try amik yg breast fed nyer la…skrg ni ade krisis susah lak susu nk produce bila pump..then nk tnye pendapat gak.. klu free call ek ********** xpon bg no u bia i kol..
thanks..

 

Saya mengambil masa yang agak lama untuk reply mesej beliau…tengah malam saya mendapat idea, elok juga kalau saya jadikan issue ni sebagai entry blog saya 🙂

 

So saya sharekan tips yang saya sertakan dalam jawapan saya kepada beliau…

 

 

Salam, alhamdulillah sihat…baby u dah berapa bulan sekarang?

 

 

I memang ada jual lagi set shaklee tu sambil2 makan sendiri

 

 

just nak inform yg i ni registered Lactation counselor, so di samping nak cadangkan supplement, I nak jugak tahu lebih detail kut2 u ada problem sampingan yg menyebabkan susu jadi kurang…

 

 

biasanya bila baby dah besar sikit, memang badan akan mula kurang ahsilkan susu, antaranya ialah faktor ::

 

  1. baby dah kurang menyusu direct
  2. baby dah mula ambil solid
  3. baby dah mula menyusu dalam masa yang sekejap, tidak lagi lama

 

dan faktor ibu pula::

 

  1. perubahan hormon
  2. letih
  3. ibu tidak makan dengan baik (skip makan, makan sikit sebab kesuntukan masa, kurang makan seimbang etc etc)
  4. tekanan tugas sebagai ibu, tambahan lagi bagi ibu yang berkerja
  5. kurang memerah/mengepam susu

 

jadi adakah u ada mengalami salah satu dari faktor2 di atas?

 

 

dan tambah lagi nak puasa ni memang kena prepare extra ebm sikit utk persediaan kalau2 susu drop banyak semasa sedang berpuas…

 

 

ada satu tips yang boleh u amalkan::

 

 

Teknik hypnobreastfeeding:

  1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
  2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
  3. melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu – hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  4. Masuk ke bilik yang sunyi (office u tentu boleh :))
  5. Pasang zikir
  6. Pasang aromaterapi yang menenangkan
  7. Duduk tegak bersandar
  8. Rilekskan otot
  9. Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
  10. Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
  11. Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  12. Masukkan setting positif “i boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun”.

 

 

 

 

untuk sokongan dari segi nutrisi, Basically ibu menyusu perlukan 4 element paling penting ::

  1. Air – sebab susu tu sendiri liquid dan badan kita perlu air yg optimum
  2. Protein – selepas air, komponen utama susuibu ialah protein
  3. Calcium – juga komponen utama susuibu
  4. Vitamin asas (A, B complex dan C serta mineral lain) – untuk support keperluan saraf dan darah ibu agar badan tak haus nutrisi supaya penghasilan susu berjalan lancar.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan nutrisi semasa penyusuan, lawati laman ini 

 

Selamat mencuba Teknik Hypno Breastfeeding 🙂