Bila sebut set bersalin atau set berpantang ni, anda mesti dah terbayang dengan segala macam jamu yang baunya tak tahan. Set bersalin tradisional memang begitu. Namun kalau orang barat, anda lihat mereka sudah masuk kerja selepas 2 minggu melahirkan anak. Maknanya tiada pantang – pantang sangat.
Tapi kita semua mungkin tak tahu yang wanita dibarat, walaupun mereka nampak tidak berpantang tetapi mereka sebenarnya telah dibekalkan dengan set berpantang. Kita sahaja yang tidak tahu. Sebenarnya wanita moden di negara barat juga berpantang selepas bersalin.
Akan tetapi rutin ketat yang perlu dijalani itu telah dipendekkan dengan penggunaan bahan multi vitamin dan makanan tambahan untuk ibu dan juga anak. Lihat sahaja artis malaysia yang bersalin, lepas 4 bulan keluar tv, pinggang ramping balik. Mereka semua biasanya tidak lagi mengamalkan set bersalin dan berpantang tradisional, sebaliknya sudah beralih kepada cara moden.
Set Bersalin Cara Moden
Bagi mereka yang tidak suka memakan jamu yang ada pelbagai bentuk, bau dan rasa anda boleh mencubaa set bersalin shaklee. Set bersalin shaklee ni sesuai untuk yang ada alergi pada ubat – ubat tradisional. Dan sangat sesuai untuk ibu – ibu yang berpantang sendiri.
Pantang sendiri disamping ada anak – anak yang sedang membesar memang memenatkan. Banyak tenaga nak diguna, dan kalau harapkan ubat jamu memang tak boleh banyak bergerak. Proses pembaikan luka semasa bersalin tu akan ambil masa. Dan bagi ibu – ibu yang tidak tahu mereka mempunyai masalah dengan jamu – jamu seperti ini, akan menambah masalah kepada ibu dan anak.
Apa Kelebihan Set Bersalin Shaklee?
Untuk pengetahuan anda, saya telah amalkan set bersalin shaklee ini semasa berpantang anak kedua. Masa pantang anak pertama makan juga jamu – jamu ni. Tapi masa nilah baru saya sedar yang saya rupanya tak boleh makan jamu kerana satu badan jadi gatal – gatal. Bila stop ok.
So masa tu saya memang tersangat letih dan banyak tidur. Badan jadi tidak bermaya dan lebih teruk dari morning sickness masa mengandung dulu. Doktor minta jangan ambil jamu kalau tidak mahu kesan yang lebih teruk. Penggantinya adalah multivitamin.
Masa tu memang tak tahu adanya set bersalin dari shaklee ni. Ada juga minta hubby carikan set bersalin di farmasi. Tapi tak jumpa, yang ada hanyalah multivitamin dan susu untuk tambah tenaga ibu. Susu tu saya okla minum, tapi vitamin – vitamin tu juga ada bau yang sangat meloyakan tekak masa nak telan.
Jadi semasa mengandungkan anak kedua, saya nak taknak terpaksa juga cari alternative set bersalin cara moden. Multivitamin yang makan sebelum ni okey juga kecuali baunya yang sukar nak digambarkan. Dari pencarian saya di internet, berjumpa dengan set bersalin shaklee ini.
Hati terus terpaut ingin mencuba sendiri selepas melihat banyak perkongsian tentang kebaikan mengambil set bersalin shaklee ini. Salah satu sebabnya kerana tiada pilihan lain dalam pasaran, kedua saya tidak pernah terbaca complaint menyatakan multivitamin dari shaklee ni ada bau yang tidak menyenangkan.
Kerana itulah saya bercadang untuk mencuba sendiri set bersalin shaklee ini. Lagipun pengalaman berpantang dengan multivitamin dari farmasi, baunya kurang menyenangkan. Jadi saya pun nak dapatkan yang terbaik.
Set Bersalin Terbaik Pernah Saya Guna
Sangat banyak perbezaan apabila saya mencuba sendiri set bersalin shaklee ni. Badan rasa ringan dan cergas. Fikiran fokus dan tidak jadi pelupa. Rupanya barulah saya tahu yang semasa kita mengandung, anak dalam kandungan akan menyerap semua nutrisi yang diperlukan badan. Dan oleh sebab itu, masa lepas bersalin anak pertama, saya menghadapi masalah lupa yang teruk juga.
Manakala dalam set bersalin shaklee pula, ia lengkap untuk permudahkan ibu-ibu jalani kehidupan semasa sedang berpantang. Pertama kerana 2 masalah saya iaitu alergi dan bau yang tidak menyenangkan tidak berlaku semasa mengambil set bersalin shaklee ni. Itu dah cukup sebagai set bersalin terbaik untuk diri saya.
Kedua kerana ia bukan sekadar makanan tambahan, tetapi ia selesaikan banyak masalah semasa sedang berpantang seperti jadi bertenaga, tak cepat lapar, cergas dan luka cepat sembuh. Selain untuk ibu, untuk anak juga sangat baik. Ini caranya kita memberikan nutrisi yang sihat melalui susu ibu.
Kat sini saya senaraikan set bersalin shaklee yang saya ambil
Vitamin C – Sebagai perlindungan dari terkena penyakit dan percepat penyembuhan luka
Vitamin B Complex – Vitamin yang cukup menengkan jika anda selalu stress. Namun kegunaannya untuk tukarkan gula kepada tenaga. Bila cukup tenaga dan fikiran segar, semua perkara mudah diurus.
Protein – Diguna untuk bantu bina semula sel – sel badan yang banyak diberi kepada kandungan, tegangkan semula perut, pinggang.
Kalsium – Untuk elak masalah tulang rapuh kerana kehamilan dan menyusu, hampir semua nutrien ini pergi kepada anak. Jadi penting untuk kesihatan tulang para ibu.
Alfalfa – Diguna untuk banyakkan pengeluaran susu ibu, dan masa sama meredakan bengkak susu
Omega Guard – Diguna untuk seimbangkan tubuh badan. Penjagaan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki seperti otak, sendi, jantung, tekanan darah. Ia juga berkaitan dengan emosi dan menceriakan. Bantu ibu dalam pantang dari terkena penyakit gila meroyan. Kandungan EPA dan DHA yang tinggi juga bantu anak mendapat khasiat kecerdasan fikiran.
Jika dinilai, pengambilan multivitamin dalam set berpantang shaklee ini diguna untuk mengisi ruang lopong yang terjejas akibat proses kehamilan dan kelahiran. Ia ganti balik supaya anda dapat recovery dalam masa yang singkat.
Sedikitpun tidak terfikir untuk merendahkan khasiat herba dan jamu kerana saya pun menjadikan ia pilihan utama semasa bersalin anak pertama. Tetapi disebabkan set bersalin tradisional tidak sesuai dengan saya, syukur dipertemukan dengan set bersalin shaklee sebagai alternatif untuk wanita zaman moden. Jika anda ingin mendapatkan set bersalin shaklee ini anda boleh hubungi atau whatsapp saya di 012-346 1698.