Tempoh kehamilan  selama 40 minggu dan proses bersalin menyebabkan tubuh ibu kehilangan banyak nutrisi kerana telah digunakan sepanjang waktu kehamilan.

Apatah lagi sekiranya seorang ibu tidak mendapatkan makanan seimbang dan berkhasiat sepanjang waktu mengandung. Sebab itulah ada ibu-ibu selepas bersalin yang mengalami masalah berikut :

  1. Cepat letih.
  2. Kurang bertenaga.
  3. Cepat stress
  4. Kurang focus dan tumpuan.
  5. Murung – bagi yang mengalami stress berpanjangan.Dalam istilah kita dipanggil meroyan.
  6. Kurang susu ibu.
  7. Proses pemulihan luka bersalin yang lambat
  8. Kurang libido – keinginan seksual.
  9. Pucat dan tidak bermaya.

Dan banyak lagi masalah yang di alami oleh ibu selepas bersalin yang menjadi penanda bahawa tubuh ibu kekurangan nutrisi.

Ibu berpantang mudah mendapat stress (meroyan) dan mudah merasa letih.

 

Oleh sebab itu, pengambilan vitamin adalah sangat penting dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Ini kerana proses bersalin adalah proses yang :

  1. Melibatkan perubahan hormone yang amat significant.
  2. Kehilangan banyak darah.
  3. Menyakitkan bagi kebanyakan ibu.
  4. Banyak luka yang di alami terutama bagi yang bersalin secara operation/ c-section/ceasarean.
  5. Memenatkan dan mengeluarkan banyak tenaga.
  6. Dan yang paling utama, kerana ibu-ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas bersalin.

Untuk seorang ibu berpantang sembuh dengan baik, dapat menjalani proses penyusuan susu ibu dengan lancar dan dapat menjaga bayi yang baru lahir dengan sempurna, perlu mendapat bekalan nutrisi dari makanan seimbang.

Sayangnya semasa berpantang banyak restriction terhadap makanan apa yang boleh di ambil oleh ibu. Banyak yang mengatakan sesetengah makanan itu sejuk, tajam, panas untuk bayi, dan menyebabkan bentan.

Oleh sebab itu ramai ibu-ibu selepas bersalin tidak mendapat zat yang diperlukan oleh tubuh, maka terjadilah perkara-perkara seperti yang disebutkan di awal artikel tadi.

Alternatif terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan ibu selepas bersalin mengambil vitamin yang semulajadi dan selamat untuk memastikan tubuh mendapat nutrient dan zat yang diperlukan.

Rangkaian Produk Shaklee ada menyediakan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu selepas bersalin. Jom lihat Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada :

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

 

  1. Vitamin B Complex dengan Asid Folik
  2. Vitalea (Multivitamin) dengan Zat Besi (Iron)
  3. Vitamin C dengan BioFlavonoid
  4. Zink

 

Apakah kepentingan vitamin-vitamin di atas untuk seorang ibu berpantang?

 

1. Vitamin B-Complex dengan Asid Folik

  • Berfungsi melegakan system saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh system tubuh – mengelakkan stress dan meroyan dikalangan ibu berpantang.
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah (erythrocytes) -diperlukan dalam proses penghasilan darah merah.
  • Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga – ibu akan berasa bertenaga untuk menjalankan tugas sebagai ibu dalam tempoh bersalin, dan dalam masa yang sama mengelakkan gemuk sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan sebaliknya digunakan dengan efficient.
  • Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin – hasilnya kulit makin lembut dan cerah dan pengambilan yang berterusan akan mengurangkan tanda regangan kulit (stretch marks).

2. Vitalea (Multivitamin)

  • Sangat penting untuk ibu berpantang.
  • Membekalkan23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Mengandungi Zat Besi (iron) – elemen yang paling diperlukan untuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin – mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

 3. Vitamin C

  • Mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka
  • Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir mengalir dalam susu ibu dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
  • Membantu pembentukan  kolagen – menganjalkan kulit.
  • Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencatik dan mencerahkan kulit – pengambilan konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.
  • Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren.

4. Zink

  • Paling penting dalam proses pemulihan luka – bersama-sama dengan Vitamin C dan Protein.
  • Membaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman.
  • Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu orang tua menggalakkan pengambilan ikan haruan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan adalah mahal di sesetengah tempah dan sukar diperolehi malah rasanya yang agak hanyir kurang boleh di ambil oleh kebanyakan ibu.
  • Menggalakkan libido – keinginan seksual. Mengatasi kedinginan dalam hubungan intim suami isteri yang sering kali di alami oleh ibu selepas bersalin.
  • Antara makanan yang banyak Zink ialah tiram – sebab itu ramai lelaki Negara barat suakan tiram untuk meningkatkan keupayaan seksual kerana elemen zink dalam tiram.

Untuk penghasilan susu yang banyak dan tinggi kandungan antibody, ibu berpantang dan ibu menyusu digalakkan mengambil sama ESP iaitu protein soya baka tulen yang telah digunakan oleh ribuan ibu-ibu Malaysia dan seluruh dunia dan terbukti dalam :

  • membantu pemulihan luka luaran dan dalaman,
  • mencantikkan kulit,
  • memejalkan otot,
  • membantu dalam penurunan berat badan
  • membantu menambah penghasilan susu ibu.

Sembelit adalah masalah lazim pada semua ibu berpantang. Terutama pada ibu yang banyak jahitan perineum pastinya berasa amat fobia untuk meneran. Digalakkan mengambil Ostematrix – tablet kalsium Shaklee yang telah terbukti:

  • membantu pergerakan peristalsis usus yang menghindarkan sembelit
  • melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama dikalangan ibu berpantang
  • merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
  • Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi – mengelakkan kejadian gigi rosak dikalangan ibu-ibu.
  • Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Sebab kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu.

 

Akhir sekali, ibu berpantang perlulah turut mengamalkan amalan kerohanian seperti membanyakkan zikir dan mendengar bacaan al-Quran yang dapat menenangkan hati dan jiwa dan menghindarkan gangguan makhluk halus.

Ini juga akan mempercepatkan proses penyembuhan dan menguatkan mental ibu berpantang justeru dapat menghindarkan kejadian meroyan.

Ibu yang sihat dan tenang akan melancarkan lagi proses penyusuan susu ibu.

 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan cadangan kombinasi Set Bersalin yang sesuai dengan budget.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *