Alhamdulillah hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran pertama untuk bayi saya yang keempat, anakanda Ibrahim yang amat ibu asihi dan sayangi.

 

Alhamdulillah Ibrahim berjaya mengatasi banyak ujian dalam  kehidupan ini.

 

Dari sayaa Ibrahim dilahirkan di atas katil di rumah, di saat di sahkan jantung berlubang, di saat di ambil air tulang belakang, di saat CT Brain, di saat hati rosak sebab banyak sangat antibiotik, di saat muntah darah pada usia 2 bulan, di saat masuk ke ICU kerana muntah darah,

 

Ibrahim berjaya melalui setiap ujian getir ini dengan cemerlang

 

Ibu tahu sayang, Ibrahim akan membesar menjadi insan yang hebat dan cemerlang di dunia dan di akhirat

 

Ibu amat bersyukur kepada ALLAH atas kurniaan Ibrahim dalam hidup ibu dan ayah

 

Ibrahim lahir dalam keadaan serba sederhana, dikelilingi ibu, ayah dan abang semasa dilahirkan di atas katul dirumah ibu….

 

Kelahiran Ibrahim amat mudah dan lancar, dan Ibrahim sememangnya anak yang soleh dan musleh.

Banyak yang berubah dalam hidup ibu setelah Ibrahim lahir.

Ibu banyak belajar darimu Ibrahim.

Ketabahanmu

 

Kesabranmu

 

Senyumanmu yang tak pernah lekang walau dalam keadaan apa pun.

Ibrahim anak yang baik, anak yang membawa cahaya dan kebahagiaan dalam hidup ibu ayah dan abang kakak.

 

Kami semua sangat menyayangimu Ibrahim anakku….

 

Terima kasih kerana berjuang untuk mengatasi penyakitmu sayang

 

terima kasih kerana tidak putus asa di saat doktor sudah putus asa

 

terima kasih kerana memberikan ibu harapan di saat semua orang sudah berputus harap.

 

terima kasih kerana membuka mata dan mengukir senyuman di saat ibu hilang senyuman

 

terima kasih kerana lahir dari rahim ibu

 

terima kasih Ibrahim

 

selamat hari lahir anakku

 

terima kasih ALLAH kerana masih meminjamkan Ibrahim kepadaku

 

terima kasih ALLAH kerana memakbulkan doaku dan keluarga serta kawan-kawan

 

terima kasih atas limpahan rahmat dan kasih sayang yang tidak pernah henti

 

panjangkan usia Ibrahim dalam kesihatan dan kebaikan

 

dan semoga Ibrahim membersar menjadi anak yang soleh dan musleh buat sekalian umat.

amin