Menantu kesayangan memang idaman semua wanita yang berkahwin. Malangnya ramai yang tak berjaya capai impian murni tu.

Tapi belum terlambat. Peluang untuk jadi menantu kesayangan ibu mertua anda masih terbuka luas.

9 Tips Jadi Menantu Kesayangan Ibu Mertua

1.Rajin Tanya Khabar

tanya-khabar-ibu-mertua-untuk-jadi-menantu-kesayangan
Bukan mak sendiri je yang perlu ditelefon, ibu mertua pun sama tauuu.

Tak kira samada anda tinggal berdekatan atau jauh daripada ibu mertua, rajin-rajinkan diri untuk tanya khabar.

Kalau dekat, balik dan jenguk mereka. Kalau jauh, balik bila berkesempatan tapi wajib telefon untuk tanya keadaan mereka.

2.Makan Kegemaran

Kalau anda seorang yang pandai memasak, masakkan makanan kegemaran ibu mertua anda. Kalau tak pandai, jangan risau. Ada banyak kedai yang jual pelbagai makanan sedap-sedap.

Masak sendiri atau beli, yang penting makan bersama ibu mertua anda. Ia boleh mengeratkan hubungan anda berdua.

3.Tolong Kerja Rumah

gotong-royong-bersihkan-rumah-tips-untuk-jadi-menantu-kesayangan
Boleh juga ajak anak-anak, suami, ipar-duai dan biras untuk gotong-royong bersihkan rumah mertua anda.

Jangan berat tulang. Bila balik rumah mertua, tolong kemas rumah dan buat apa yang patut. Jangan berlagak seperti tetamu pula. Anggap tanggungjawab kemas rumah ibu mertua sebagai tanggungjawab anda juga.

4.Ingat Hari Istimewa

Seorang wanita sangat suka bila hari istimewa mereka seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan diraikan.

Pastikan anda ingat hari lahir atau hari istimewa lain dan raikan bersama mereka. Tak semestinya hadiah atau sambutan yang mahal-mahal. Ikut kemampuan masing-masing. Yang lebih penting adalah ingatan.

5.Buah Tangan

Anda suka kalau dapat buah tangankan? Ibu mertua anda pun macam tu. Bawa buah tangan bila menziarahi ibu mertua anda.

6.Pendengar Yang Baik

jadi-pendengar-yang-baik-untuk-amibil-hati-ibu-mertua
Pendengar yang baik sangat diperlukan oleh ibu mertua anda.

Wanita suka bila didengari. Jadilah pendengar yang baik bila anda pulang ke rumah mertua. Teman mereka bersembang.

Dengar aduan, rungutan, masalah atau apa-apa sahaja yang mereka nak kongsikan. Dengar dengan aktif ye. Jangan sambil layan telefon pula ye 😉

7.Bercuti Bersama

Kalau berkesempatan, luangkan masa untuk bercuti bersama ibu atau keluarga mertua anda. Mereka pasti akan terasa lebih dihargai.

Tak mampu? Jangan risau. Anda boleh fikirkan aktiviti yang murah-murah atau percuma. Boleh juga berkelah di tepi sungai atau di taman-taman. Ia percuma je kan?

8.Jaga Bila Ibu Mertua Sakit

Macam anda yang suka dimanjakan bila tak sihat, anda boleh buat yang sama kepada ibu mertua anda.

Masakkan bubur atau suapkan ubat bila mereka sakit. Boleh juga urut atau sapukan minyak untuk kurangkan rasa tak selesa /sakit mereka.

9.Duit

Sebagai isteri tugas anda ialah untuk pastikan suami jalankan tanggungjawab dengan memberikan duit bulanan kepada ibubapanya. Andai berkemampuan, tak salah kalau anda pun hulurkan duit sikit.

Walaupun sedikit, ia sangat bermakna untuk mereka. Psst, ini adalah tips murah rezeki yang sangat hebat tauuu 😉

Selamat jadi menantu kesayangannn k 🙂