Nephrotic Syndrome atau Buah pinggang rosak memang adalah perkara yang sangat menakutkan. Penghidap masalah buah pinggang sangat berisiko tinggi untuk menjalani proses Dialisis secara berkala. Ia juga akan meningkatkan risiko kepada pelbagai komplikasi kesihatan. Saya kongsikan 6 tanda yang anda perlu beri perhatian lebih jika anda mengalaminya.

6 Tanda Buah Pinggang Bermasalah

1. Sembab atau membengkak terutama di bahagian mata, buku lali dan kaki.

2. Kencing Berbuih yang disebabkan oleh lebihan protein di dalam air kencing. Buih tu banyak ye. Macam air sabun tu.

3. Naik berat badan kerana air berlebihan dalam badan

4. Letih lesu

5. Hilang selera makan

6. Muntah-muntah

Punca Masalah Buah Pinggang Rosak

Ada banyak perkara yang menyumbang kepada masalah atau penyakit buah pinggang. Antaranya ialah:

1.Diabetis / Kencing manis

2.Darah Tinggi

3. Lupus

4. Amyloidosis

5.Penyakit berkaitan buah pinggang

6.Pengambilan sesetengah ubat-ubatan

7.Jangkitan

Dalam banyak-banyak faktor ini, yang paling utama ialah Diabetis / Kencing Manis dan Darah Tinggi. Oleh itu, anda yang menghidap 2 jenis penyakit ini perlu lebih berhati-hati kerana risiko anda untuk ada masalah buah pinggang sangat tinggi.

7 Komplikasi Akibat Masalah Buah Pinggang

1. Darah Beku

Buah pinggang hilang keupayaan untuk menapis darah dengan baik dan ini mengakibatkan kehilangan protein. Protein diperlukan untuk mengelakkan darah beku.

2. Kolestrol dan Trigliserida dalam darah tinggi

Hati menghasilkan lebih banyak Albumin bila Protein Albumin dalam darah menurun. Dalam masa yang sama hati juga merembeskan lebih banyak kolestrol dan Trigliserida

3. Badan kekurangan nutrisi

Kehilangan protein yang berlebihan akan mengakibatkan badan kekurangan nutrisi. Walaubagaimanapun ramai yang tak sedar kerana badan penghidap masalah buah pinggang selalunya sembab akibat air berlebihan dalam badan.

Anda juga mungkin akan mengalami Anemia(kekurangan sel darah merah) serta tahap vitamin D dan kalsium yang rendah.

4. Tekanan Darah Tinggi

Kerosakan ‘glomeruli’ dan peningkatan sisa buangan dalam darah(uremia) akan mengakibatkan tekanan darah naik.

5. Kegagalan buah pinggang Akut

Sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk menapis darah, ia akan menyebabkan pertambahan sisa buangan yang mendadak dalam darah.

Jika ini berlaku, anda mungkin perlu menjalani rawatan kecemasan dialysis untuk menyingkirkan sisa buangan dan air yang berlebihan dalam darah

6. Masalah buah pinggang kronik

Masalah buah pinggang boleh mengakibatkan fungsi buah pinggang semakin menurun. Jika masalah ini berterusan dan menjadi bertambah buruk, anda mungkin perlu menjalani dialysis atau pemindahan buah pinggang.

7. Jangkitan

Penghidap masalah buah pinggang sangat berisiko tinggi untuk mengalami pelbagai jangkitan.