Sabtu lepas, 7 Julai 2018 kami dan rakan-rakan seperjuangan dalam Bisnes Shaklee diraikan dalam majlis tahunan yang paling utama bagi semua Pengedar Shaklee atau Shaklee Independant Distributor.

 

 

Pengacara majlis Shaklee National Conference kali ni ialah artis terkenal, Adibah Noor. Saya suka sangat suara dia nyanyi lagi ‘Terlalu Istimewa’ tu.

 

Memang boleh menangis la dibuatnya. Kalau korang hayati betul-betul la. Kalau tak, tak jadi apa-apa jugak la. Hehe

 

Macam biasa kalau dah Shaklee National Convention tu mesti la ada ucapan daripada President Shaklee Malaysia, Ms Helen Lam dan CEO Shaklee Corporations(USA), Mr Roger Barnett.

 

Kali ni Mr Roger buat penampilan istimewa. Dia bagi ucapan dalam Bahasa Malaysia tauu. Nampak betul la kegigihan dia hafal sebutan dalam bahasa Malaysia tu. Kalau dengar ‘slang’ dia cakap memang kelakar la. hihi

 

Shaklee National Convention ni sangat istimewa sebab masa ni la semua Pengedar Shaklee yang berjaya capai target untuk sesuatu kategori akan naik stage untuk amik award.

 

Pendek kata, siapa yang perform la akan dapat award.

 

Rezeki Naik Stage Shaklee National Convention 2018

 

Alhamdulillah kali ni saya dapat 2 award iaitu Car Bonus Award dan Incentive Trip Award. So dapat la pegang replika Kunci Kereta dan Boarding Pass yang besar gedabak tu.kikiki

 

Ramai yang komen kat post FB saya “Wahh Erni dapat kereta ke?”

 

Sebenarnya kalau nak tau, Shaklee bagi CASH bukannya kereta sebiji. Kenapa Shaklee tak bagi kereta sebiji macam company lain tu?

 

Sebabnya company lain tu cuma bayar duit muka atau ‘deposit’ je untuk kereta tu. Kalau korang tak mampu bayar bulanan, alamatnya kena tarik la kereta tu. Malu je kan? Isk isk

 

Lagi 1 bukan semua orang taste sama kan? Ada yang suka Mercedez. Ada yang suka BMW. Ada pulak yang suka Audi etc. So jalan selamat ialah Shaklee bagi je CASH. So korang pilih la kereta apa korang suka.hee~

 

Selain tu ada juga penerima Car Bonus award ni yang dah ada kereta. Siap 2-3 biji lagi. So mesti diorang tak nak hadiah kereta tu. Lagi best la dapat cash kan?

 

Macam saya since kitorang dah ada kereta yang selesa untuk keluarga, so duit Car Bonus yang Shaklee bagi tiap bulan tu kitorang masukkan dalam Tabung Travel. Boleh la travel jauh sikit kan?

 

Oh ye, masa convention baru ni jugak kitorang yang dapat Incentive Trip award kena amik fitting Costume Thai yang kitorang akan pakai masa trip ke Bangkok November nanti.

 

Rezeki Naik Stage Shaklee National Convention 2018 - Pengedar Shaklee - Shaklee Malaysia - Shaklee Independant Distributor

 

Mujur la sempat sampai on time. Kalau tak, memang tak sempat la nak pilih saiz. Huhu

 

Tiap-tiap tahun saya dan suami suka datang awal sebab boleh tengok produk demo, boleh buat Skin Analysis dan Health Check yang dibuat oleh Nutritionist Shaklee dan yang paling saya suka ialah boleh posing kat port-port menarik yang Shaklee dah sediakan.

 

Sebab tu la frust sesangat sebab gambar Shaklee Convention kali ni sikit je. Huwaaa

 

Kalau tak, confirm memang muka kitorang je la kat FB Shaklee Malaysia tu. Haha

 

Rezeki Naik Stage Shaklee National Convention 2018 - Pengedar Shaklee - Shaklee Malaysia - Shaklee Independant Distributor

Bersama sebahagian team Shaklee kami

 

Insyaa Allah next year nak bawak anak-cucu Team Infinity naik stage Shaklee National Convention ramai-ramai pulak. Biar penuh muka kitorang je.

 

Korang tolong doakan ye.