Peria katak? Terus terbayang rasa pahitnya sayur yang satu ni. Kalau dulu saya memang takkan pandang langsung sayur peria katak ni tapi sejak dah rasa resepi peria katak yang sedap, terus jatuh cinta.hehe
Resepi Peria Katak Sedap Alternatif Pesakit Kencing Manis
Lagi buat saya suka bila dapat tau khasiat peria katak yang dapat membantu menurunkan bacaan gula pesakit kencing manis. Walaupun saya tiada masalah kencing manis, tapi saya termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi. Sebabnya nenek dan mak saya merupakan pesakit kencing manis.
Kan mencegah lebih baik daripada merawat? So, kena la berjaga-jaga daripada sekarang. Takutnya nak membayangkan jika didiagnos kencing manis. Saya dah tengok betapa kesiannya nenek dan mak saya yang terpaksa berpantang banyak makanan dan minuman sebab takut bacaan gula naik mendadak.
Yang paling menakutkan tentang penyakit kencing manis ialah kena potong kaki. Nauzubillahiminzalik. Alhamdulillah bacaan gula dalam darah nenek dan mak saya berada dalam keadaan yang terkawal sekarang ni. Sebab dah berisiko tinggi ni, saya pun mula la berjinak-jinak makan peria katak.
Walaupun terkenal sebagai sayur yang pahit, tapi sebenarnya kalau kena dengan cara masaknya, sayur peria katak ni sedap jugak tau. Kira pahit-pahit sedap tau!
Khasiat Peria Katak Untuk Pesaki Kencing Manis
Peria katak sangat bagus untuk pesakit kencing manis sebab ia mengandungi hormon yang dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Masalah utama pesakit kencing manis ialah Pankreas tidak mampu menghasilkan hormon tersebut. Sebab itu, ramai yang memilih peria katak sebagai sumber alternatif mereka.
Jom saya kongsikan resepi peria katak sedap yang berjaya membuka hati saya untuk makan peria katak dan ia sangat bagus untuk diamalkan oleh pesakit kencing manis.
Resepi Peria Katak Sedap Yang Anda Wajib Cuba
1. Resepi Peria Katak Goreng Garing
Resepi Peria Katak Sedap Alternatif Untuk Pesakit Kencing Manis
Bahan-bahan:
3 biji Peria Katak – hiris nipis
3 sudu tepung tempura / Tepung serbaguna
1 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk kari
1 biji telur
secubit garam
Cara Masak:
Basuh dan toskan peria katak
Gaul semua bahan di atas(kecuali telur)
Celupkan Peria dalam telur dan kemudia lumurkan dengan campuran tepung diatas
Panaskan minyak dan goreng hingga garing
Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang
2. Resepi Peria Katak Masak Lemak Udang
Resepi Peria Katak Sedap Alternatif Untuk Pesakit Kencing Manis – Peria Katak Masak Lemak Udang
BAHAN-BAHAN
3 biji peria katak – belah 2 , buang bijinya dan hiris sederhana nipis, tabur garam,gaul dan ketepikan(untuk kurangkan rasa pahit)
Udang sebagai rencah
1 batang serai
1 cawan santan @ 1/2 biji kelapa
5 biji cili padi merah (masukkan bulat-bulat je)
BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
5 biji cili padi hijau – saya tak makan pedas sangat
serbuk kunyit/ kunyit hidup
CARA MEMASAK
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
Masukkan udang dan separuh masak,tambah air sedikit, masukkan santan dan masukkan garam secukupnya
Bilas peria katak yang digaul garam tadi dan toskan
Masukkan peria & cili padi(yang bulat tadi)
Tutup api bila dah meggelegak. Jaga supaya jangan sampai pecah santan.
3. Resepi Peria Katak Goreng Telur
Resepi Peria Katak Sedap Alternatif Untuk Pesakit Kencing Manis – Peria Katak Goreng Telur
Bahan-bahan
3 biji peria katak (gaul dengan garam dulu untuk kurangkan rasa pahit)
2 biji telur
2 biji bawang putih -ditumbuk
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 biji lada merah – hiris
1 sudu sos tiram
Garam
Cara-cara nak membuat Peria Goreng Telur
Mula-mula kita belah 2 peria, buangkan bijinya dan hiris nipis-nipis.
Gaul dengan garam untuk hilangkan pahitnya. Kemudian dibilas dengan air bersih.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan masukkan cili kisar tumis sampai naik bau.
Nak lagi sedap, tambah ikan bilis atau udang kering/ udang segar.
Masukkan peria, kacau dan masukkan telur.
Kacau lagi sehingga masak.
.
.
4. Resepi Taucu Ikan dengan Peria Katak
Caranya sama je macam masak taucu ikan cuma tambahkan peria katak. Peria katak lagi sedap bila rasa taucu dah meresap.
Bahan bahan
2 ekor ikan kerisi/cencaru/kembung/selar
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 biji cili merah – hiris
1 inci halia – hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
1 biji Peria katak dihiris (boleh kurangkan atau tambah ikut selera)
3 tangkai cili padi
Garam dan gula secukup rasa
.
.
Cara cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.
Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.
.
.
5. Resepi Peria Katak Ulam Rebus
Dalam banyak-banyak resepi peria katak, ni yang paling senang. Anda cuma perlu gaulkan dengan garam, bilas dan toskan. Kemudian boleh rebus dan makan dengan sambal belacan.
.
.
Ramai yang tanya “Macam mana nak hilangkan pahit Peria Katak ye?“
.
.
Caranya sangat mudah, anda boleh taburkan garam, gaul rata dan biar dalam 10-20 minit. Lepas tu baru basuh bersih-bersih dan toskan. Insyaa Allah rasa pahit peria katak tu memang berkurangan.
.
.
So, lepas ni boleh cuba masak resepi peria katak sedap ni ye. Sebaiknya ajar la anak anda untuk makan peria katak daripada kecil lagi. Nanti dah besar takde la ‘trauma’ dengan rasa pahit peria tu.hehe
.
.
Selain daripada di masak, Peria Katak juga boleh dibuat jus. Anda boleh campurkan peria katak dengan epal hijau. Caranya ialah, kisar kedua-duanya dan minum jusnya. Insyaa Allah jus peria katak juga dapat membantu menurunkan bacaan gula dalam darah anda.
.
.
Lagi best sekarang ni saya dah pun jumpa alternatif lain yang lagi best daripada peria katak. Sebab peria katak cuma mengandungi hormon tu je. Penawar yang saya jumpa ni lagi best, ia boleh bantu repair semula organ-organ pesakit kencing manis yang rosak.
.
.
Antaranya ialah Pankreas. Bila Pankreas dah ok baru la ia boleh hasilkan hormon tersebut secukupnya. Baru la bacaan gula dalam darah pesakit kencing manis akan turun dan kembali normal. Pesakit kencing manis juga sangat berisiko untuk mengalami masalah buah pinggang. So, sangat penting untuk pastikan buah pinggang juga sihat.
.
.
Nama produk alternatif yang saya jumpa tu ialah jus Polifenol. Banyak kajian yang dah pun membuktikan Polifenol dapat bantu kawal masalah gula tinggi dalam darah yang dihadapi oleh pesakit kencing manis. Polifenol akan bantu repair semula organ-organ yang rosak. Bila semua organ anda dah pulih, baru la badan anda boleh berfungsi secara optimum.
.
.
Nak tau mana nak dapatkan Polifenol ni?
.
.
Senang je. Vivix Shaklee kaya dengan Polifenol.
.
.
Haa?Macam mana tu?
.
.
Maksudnya ia sangat powerful tau. Polifenol dalam Vivix Shaklee membantu memudakan sel-sel DNA badan. Dalam erti kata lain, ia akan bina semula sel-sel DNA organ-organ yang rosak. Sebab tu ramai pesakit kencing manis yang amalkan Vivix bagi feedback masalah gula tinggi dalam darah mereka kembali normal selepas amalkan Vivix.
.
.
Lagi istimewa kerana Vivix juga tinggi dengan Antioksida. Antioksida sangat penting diperlukan untuk melindungi organ-organ penghidap kencing manis terutama buah pinggang daripada kerosakan akibat gula yang tinggi dalam darah.
.
.
So, kalau ada alternatif yang lebih best dan boleh bantu badan hasilkan hormon tu sendiri, kenapa nak pilih peria katak yang hanya mengandungi hormon tu tu je kan?
.
.
Nak baca lagi tentang khasiat Vivix Shaklee ni?
.
.
Related