Donut Big Apple memang antara menu kegemaran kitorang sekeluarga. Pantang nampak je mesti nak beli. Minimum beli mesti 6 biji. Dah berapa banyak dah duit habis kat Big Apple tu agaknya.

Selain kat Big Apple dan JCo, kitorang suka jugak beli donut-donut kat penjual kuih tepi jalan tu. Cuma kadang-kala terkena donut yang keras macam batu. Terus taubat tak nak beli dah kat kedai tu.hehe

Nak dijadikan cerita sebab dah banyak kali kena yang macam batu tu, saya pun cari la resepi donut kat google. Sampai la terjumpa resepi donut yang gebu ala Big Apple. Bila dah try buat, memang sedap dan gebu donutnya. Tapi sori sebab dah lama sangat dan masa google tu banyak yang saya tengok so tak sure siapa empunya resepi donut yang sedap ni. Saya dah try cari-cari balik tapi tak jumpa. Takpe, jom panjangkan pahala pemilik asal resepi donut gebu ala Big Apple tu. Insyaa Allah pahala tu akan sampai kat tuannya.

Oh ye saya sejenis tak berapa rajin nak buat topping-topping semua tu. So yang ni resepi donut gebu bergula je ye. Siapa rajin banyak boleh la buat topping k 🙂

 

 

Resepi Donut Gebu Ala Big Apple – Step By Step

Bahan-Bahan:

Gula 40g
Tepung Roti – 400g
Susu segar – 280ml
Yis – 2 sudu teh
Butter – 40g
Minyak untuk goreng donut
Gula halus/castor untuk salut – Kalau takde, boleh blend kering je gula biasa tu.

 

resepi-donut-gebu-ala-big-apple

 

Abaikan je la Essence Vanilla tu ye. Tah bila masa dia menyelit kat situ pun tak tau la.hehe

 

Ok jom tengok cara buat donut gebu langkah demi langkah.

 

Resepi-Donut-Gebu-Ala-Big-Apple

Tengok gambar dan penerangan di bawah ye 🙂

 

1.Gula pasir 40g. Gula tak payah banyak-banyak sebab nanti donut tu nak disalut gula jugak. Kalau manis sangat pun tak best. Boleh rosakkan gigi dan berisiko tinggi untuk dapat ‘kencing sweet’ pulak nanti. Hehe

2.Tepung roti. Tak kisah jenama apa-apa pun. Selalu saya beli tepung roti kat Bagus tapi masa ni Bagus tutup sebab CNY. So bedal je tepung roti brand MFM yang hado kat Aeon Big tu. Haha

3.Masuk je kat dalam acuan bread maker macam ni. Kalau takde sila la uli k. Saya malas nak menguli sebab tu guna bread maker Noxxa ni je. Ehh saya tak jual Noxxa tau. Kalau nak beli sila cari agent dia. Saya jual Produk Shaklee je.hehe

4.Pastu masukkan butter dlm 40g. Kalau terlebih 1g cam gambar tu, halalkan je la.hihi. Brand butter pun tak kisah apa-apa cuma saya dah biasa dari dulu guna butter cup ni haa. Turun temurun dari mak la katakan 😂

5.Lepas tu baru la masukkan yis kat atas sekali.

6.Cikgu bread maker noxxa saya ajar dulu, tinggalkan sikit area yg tak disentuh air/susu sebelum masukkan yis. Dia ajar suruh masukkan yis kat ‘puncak’ supaya tak kena air or susu. Oh ye, yang ni saya dah masukkan susu dalam 280ml. Nampakkan dia dah jadi ala-ala kolam susu kat tepi tu.

 

 

Ok tu fasa pertama. Ni step fasa ke 2 pulak. Hahaha yang sebenarnya nak coverline silap buat numbering. belasah je la ye.hehe

Resepi Donut Gebu Lembut

1.Ni la bread maker Noxxa yang saya guna tu. Tapi kali ni nak suruh ‘dia’ tolong ulikan doh donut je.

2.Dah masukkan bahan-bahan tu semua, setkan la utk Dough. Klik BREAD dan cari DOUGH. Pastu tekan start dan tinggalkan je. Pandai la dia buat keje dia tu. Lepas 1 jam setengah baru korang tengok balik.

3.Tadaaaa..ni la hasil dough yang dah siap diuli oleh cik bread maker tadi. Gebusss kan? Ni la Teknik Dough gebus tanpa mensadokan lengan korang.hahaha

4.Lepas tu projek menggelek dan menekap pun bermula. Ni la yang Dina paling suka. Tu yang ada tebal, ada nipis tu. Ikut suka kakak la. Janji ada rupa donut.hihi

5.Lepas dah tekap. Biarkan dalam 1/2 jam. Nanti boleh tengok donut tu ‘naik’ lagi.

6.Dina tanya “mummy macam mana nak tau donut tu dah cukup kembang?” Bila dah kembang teksture dia akan licin je sekeliling permukaan donut tu. Pastu nampak tak ada rongga-rongga a.k.a lubang-lubang kecik tu? Maksudnya dah kembang la tu. Tips nak bagi cepat kembang or gebus, letak kat tepi dapur atau kawasan yang panas sket. 

 

 

Dannnnn ni la hasilnya!

Donut Gebu Lembut Ala Big Apple

Abaikan je kaler donut yang ‘gelap’ sket tu. Anak dara saya yang punya keje. Mummy dia busy cari gula nak salut, sekali tengok dah separuh rentung kaler donut-donut tu. Hahaha
Oh ye, ni semua gambar-gambar lama. Yang buat baru-baru ni lupa nak amik gambar. So masukkan je la yang mana ada. Yang penting resepi dan step sama je kannn.
Btw, saya memang saje buat saiz kecik-kecik donut ni coz senang nak makan. Kalau suka besar-besar macam yang jual kat kedai tu, guna je acuan besar. Selamat men donut!