Anda rasa susah nak pergi umrah dengan anak? Itu normal. Memang ramai yang takut nak pergi umrah dengan anak.
Ada yang takut anak meragam. Ada yang takut tak boleh buat umrah. Ada juga yang takut anaj hilang. Tak kurang juga ada yang takut bergaduh suami isteri sebab stress buat umrah dengan anak-anak.
Jom baca tips yang saya dan suami buat untuk ibadah umrah kami dan anak-anak ni.
5 Tips Untuk Mudahkan Urusan Ibadah Umrah Dengan Anak
1.Bawa Anak Ke Masjid
Kami memang bawa anak-anak ke masjid untuk biasakan mereka dengan suasana bising dan ramai orang di masjid.
Bayi kami yang baru 5 bulan(masa tu) pun kami bawak sekali.
Jangan risau kalau anak menangis masa mula-mula. Nanti lama-lama mereka akan terbiasa.
Oh ye, bacaan imam di Mekah lagi kuat dan agak kasar bunyinya(guna mikrofon tapi lagi kuat dari bacaan imam di Malaysia).
2.Biasakan Jalan Jauh
Aktiviti tawaf dan saie memerlukan kecergasan fizikal. Biasakan anak-anak untuk banyak berjalan.
Kami latih anak-anak jalan di taman tasik. Alhamdulillah anak cergas dan relaks je sepanjang ibadah umrah.
3.Ceritakan Tentang Umrah
Terangkan proses dan aktiviti ibadah umrah dalam gaya bercerita yang mudah difahami. Ulang-ulang sampai mereka faham serba sedikit.
Kami juga buat simulasi umrah di rumah iaitu tawaf dan saie. Alhamdulillah anak-anak pun seronok terutama bila bertalbiah beramai-ramai.
4.Baca Perkongsian Orang
Ada banyak perkongsian dan tips daripada ibubapa yang dah pernah tunaikan ibadah umrah dengan anak-anak.
Tips ni sangat penting terutama yang baru pertama kali nak buat umrah.
Boleh baca perkongsian saya di sini >> 13 Tips Umrah Dengan Anak Kecil <<
5.Baca Zikir Dan Doa
Ada banyak zikir dan doa yang boleh diamalkan untuk memudahkan, memelihara dan mengelakkan pertelingkahan dengan pasangan.
Insyaa Allah kalau sempat, saya akan kongsikan zikir dan doa yang kami amalkan. Update: Boleh baca kat sini ye – Nak Dipermudahkan Ibadah Umrah? Jom Amalkan Zikir Dan Doa Ni!
Alhamdulillah berdasarkan pengalaman kami, urusan ibadah umrah sangat dipermudahkan Allah. Malah ramai jemaah yang kata “untung la bawak anak dan baby”.
Banyak situasi kami dapat “direct access” tanpa perlu beratur. Apapun semuanya dengan izin Allah.
Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan ibadah umrah anda dan anak-anak. Amiiin