Gastrik adalah penyakit berkaitan angin dan asid dalam perut yang selalu menyerang individu yang sibuk atau yang tak menjaga pemakanan. Antara Simptom gastrik popular ialah rasa sakit perut dan pedih ulu hati. Dalam artikel ni saya akan kongsikan pelbagai info tentang gastrik seperti punca gastrik, tanda gastik, ubat gastrik dan cara hilangkan gastrik yang berkesan.
Apa Itu Penyakit Gastrik?
Gastrik, atau gastritis, adalah masalah kesihatan yang berlaku akibat keradangan pada lapisan dalam perut. Lapisan dalam perut ini menghasilkan asid perut yang diperlukan untuk mencerna makanan. Apabila berlaku keradangan kepada lapisan perut, ia akan menyebabkan ketidakselesaan perut dan pelbagai gejala gastrik.
Punca Gastrik
Gastrik terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah:
- Jangkitan H. pylori: Jangkitan oleh bakteria Helicobacter pylori (H. pylori) adalah penyebab paling kerap dialami oleh penghidap gastrik. Bakteria ini mengganggu lapisan perut dan menyebabkan keradangan.
- Pengambilan Ubat-ubatan: Pengambilan ubat-ubatan tertentu dalam dos yang tinggi atau untuk tempoh masa yang lama boleh mengakibatkan kerosakkan lapisan perut yang seterusnya menyebabkan gastrik. Ini termasuk ubat anti-radang non-steroid (NSAIDs) seperti aspirin dan ibuprofen, serta ubat anti-radang lain seperti kortikosteroid.
- Alkohol dan Merokok: Pengambilan alkohol yang berlebihan dan merokok untuk jangka panjang akan menyebabkan keradangan pada lapisan perut.
- Autoimun: Gastrik autoimun ialah gastrik yang berlaku disebabkan kecelaruan sistem imun di mana sistem imun menyerang dan merosakkan sel-sel lapisan perut.
- Faktor Pemakanan: Amalan pemakanan yang pedas, berlemak, atau asid boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut dan menyebabkan keradangan. Tabiat ini akan memburukkan lagi masalah gastrik.
- Stres: Stres kronik atau tekanan emosi boleh mempengaruhi kesihatan perut dan menyebabkan gastrik.
- Usia: Individu yang lebih berusia lebih berisiko tinggi untuk mendapat gastrik.
Jenis-Jenis Gastrik
- Gastrik Akut: Gastrik akut adalah keradangan secara tiba-tiba pada lapisan perut yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor seperti jangkitan bakteria Helicobacter pylori, tekanan, pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan ubat anti-radang non-steroid (NSAIDs) dalam dos tinggi atau kecederaan fisikal.
- Gastrik Kronik: Gastrik kronik adalah keradangan berpanjangan pada lapisan perut dan perlahan-lahan menjadi semakin teruk. Punca gastrik kronik boleh termasuk jangkitan H. pylori yang berpanjangan, masalah auto-imun, ketagihan merokok, atau alkohol.
- Gastrik Autoimun: Jenis gastrik ini adalah hasil daripada sistem imun menyerang sel-sel lapisan perut. Ini boleh menyebabkan ketidakupayaan lapisan perut untuk menghasilkan faktor intrinsik, yang diperlukan untuk menyerap vitamin B12.
Tanda-tanda Gastrik
Tanda-tanda gastrik mungkin berbeza bergantung kepada tahap masalah gastrik. Ada juga sebahagian penghidap gastrik tidak mempunyai gejala hgastrik. Antara ta-tanda yang paling kerap dialami oleh penghidap gastrik ialah:
- Sakit Perut: Ini adalah tanda utama gastrik. Anda mungkin mengalami rasa sakit atau ketidakselesaan di kawasan perut atas, berhampiran dengan tulang rusuk.
- Mual: Gastrik sering dikaitkan dengan rasa mual, dan ia boleh juga mengakibatkan muntah.
- Kembung Perut: Perut yang kembung atau rasa penuh.
- Sesak Nafas: Beberapa individu mungkin merasa sesak nafas atau lemah.
- Perubahan Selera Makan: Anda mungkin mengalami perubahan dalam selera makan dan tidak mampu makan sbanyak seperti biasa.
- Regurgitation: Ialah makanan yang telah ditelan atau asid naik semula tekak atau dalam mulut.
- Rasa Pahit di Mulut: Gastrik boleh menyebabkan rasa pahit atau masam dalam mulut.
- Perubahan pada najis: Dalam kes gastrik yang teruk, najis mungkin berwarna gelap atau mengandungi darah.
- Gejala Lain: Penghidap gastrik juga mungkin mengalami gejala lain seperti demam atau penurunan berat badan.
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, adalah penting untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lain dan rawatan yang sesuai. Doktor mungkin melakukan ujian darah atau endoskopi untuk menentukan punca dan tahap masalah gastrik anda.
Makanan Untuk Gastrik
Makanan yang bagus diamalkan oleh penghidap gastrik ialah:
- Sayur-Sayuran Hijau: Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, dan kangkung mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan perut dan boleh membantu mengurangkan keradangan dalam perut.
- Buah-Buahan: Buah-buahan yang mengandungi serat, seperti jambu batu,epal, pisang, dan betik, boleh membantu dalam penghadaman dan melindungi perut. Juga, buah-buahan beri seperti strawberi dan blueberi mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan perut.
- Daging Ayam dan Ikan: Pilih daging ayam tanpa kulit dan ikan yang rendah lemak, seperti salmon. Ini adalah sumber protein yang baik tanpa terlalu banyak lemak.
- Beras dan Bijirin Tanpa Gluten: Pilih beras putih, beras perang, atau bijirin tanpa gluten seperti quinoa dan oats untuk mengurangkan risiko reaksi alergi dan gangguan pencernaan.
- Yogurt Tanpa Lemak: Yogurt yang mengandungi probiotik boleh membantu mengimbangi flora usus dan memelihara kesihatan sistem pencernaan.
- Minyak Zaitun: Minyak zaitun adalah sumber lemak yang baik dan boleh digunakan dalam masakan. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang dapat melindungi lapisan perut.
- Air: Air putih sangat penting untuk kelembapan dan kesihatan perut serta pencernaan yang baik.
Pantang Larang Gastrik
Pantang larang atau perkara yang perlu dielakkan oleh individu yang mengalami gastrik atau gastritis termasuk:
- Makanan Pedas: Makanan pedas, seperti cili, tomyam, dan makanan berempah, boleh meningkatkan penghasilan asid perut dan memburukkan keradangan perut. Elakkan makanan pedas atau makan dengan sederhana.
- Makanan Berlemak Tinggi: Makanan berlemak tinggi, terutamanya makanan berminyak dan berlemak tepu, boleh menyebabkan perut menghasilkan lebih banyak asid perut. Ini termasuk makanan segera, makanan bergoreng, dan lain-lain
- Makanan Asid: Makanan yang tinggi asid seperti limau, tomato, jeruk/asam boleh memburukkan gejala gastrik.
- Kafein: Kafein dalam kopi, teh, dan minuman berkafein boleh merangsang penghasilan asid perut. Sebaiknya elakkan minuman berkafein atau kurangkan pengambilannya.
- Alkohol: Alkohol boleh merosakkan lapisan perut dan menyebabkan keradangan. Elakkan pengambilan alkohol.
- Minuman Berkarbonat: Minuman berkarbonat, seperti cola, mengandungi gas karbonat yang boleh merangsang perut dan memburukkan gejala gastrik.
- Rokok: Merokok boleh merosakkan lapisan perut dan mengurangkan aliran darah ke perut, yang seterusnya boleh memburukkan keradangan.
- Pengambilan Ubat-ubatan Tertentu: Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan tertentu yang boleh mengganggu perut, berbincang dengan doktor anda tentang alternatif yang lebih selamat atau langkah-langkah untuk mengurangkan kesan sampingan.
- Makan Banyak atau Terlalu Cepat: Makan dalam hidangan besar atau terlalu cepat boleh memberikan tekanan kepada perut. Lebih baik makan dalam hidangan lebih kecil tapi lebih kerap.
- Makan Sebelum Tidur: Elakkan makanan berat atau makan sebelum tidur. Berikan perut masa untuk mencerna makanan sebelum tidur.
- Stress: Stress boleh merangsang penghasilan asid perut dan memburukkan gastrik. Lakukan aktiviti yang boleh memberikan ketenangan contohnya pilates, yoga dan lain-lain
Penting untuk diingat bahawa setiap individu mungkin mempunyai toleransi yang berbeza terhadap makanan tertentu, jadi penting untuk mengenalpasti makanan yang boleh memburukkan gejala gastrik anda.
Ubat Gastrik Untuk Penghidap Gastrik Angin Dan Gastrik Teruk
Berikut ialah ubat-ubatan yang selalu diberikan oleh doktor untuk melegakan sakit gastrik:
- Antasid: Antasid adalah ubat yang mengandungi bahan-bahan seperti aluminium hidroksida atau magnesium hidroksida yang membantu mengurangkan asid perut dan meredakan gejala seperti sakit perut dan rasa terbakar. Contohnya, Maalox atau Mylanta.
- Inhibitor Proton Hidrogen (PPI): Ini adalah ubat yang menghentikan pengeluaran asid perut. Ia biasanya digunakan untuk rawatan gastrik yang lebih serius. Contoh PPI termasuk Omeprazole (Prilosec), Lansoprazole (Prevacid), dan Esomeprazole (Nexium).
- Antagonis Reseptor H2: Ubat-ubat ini mengurangkan pengeluaran asid perut dengan menghalang reseptor H2 dalam dinding perut. Contohnya, Cimetidine (Tagamet), Ranitidine (Zantac), dan Famotidine (Pepcid).
- Prostaglandin Analog: Misoprostol (Cytotec) adalah ubat yang digunakan untuk melindungi lapisan perut daripada kesan sampingan ubat anti-radang non-steroid (NSAIDs) dan mengurangkan risiko pembentukan ulser perut
- Antibiotik: Sekiranya gastrik disebabkan oleh jangkitan H. pylori, doktor mungkin merawat memberikan antibiotik untuk memusnahkan bakteria teesebut.
- Antacid Alginate: Antacid alginate adalah ubat yang membentuk pelindung pada permukaan perut untuk melindungi lapisan perut dari asid.
11 Cara Hilangkan Gastrik
- Makan Sikit Tapi Kerap: Makan dalam hidangan kecil tetapi lebih kerap boleh membantu mengurangkan tekanan pada perut dan membolehkan pencernaan yang lebih baik.
- Elakkan Makanan Punca Gastrik: Kenalpasti makanan yang memburukkan gejala gastrik anda dan elakkan makanan tersebut. Ini termasuk makanan pedas, berlemak tinggi, asid, dan berkafein.
- Kunyah Perlahan: Makan secara perlahan dan kunyah makanan dengan baik sebelum menelan boleh membantu dalam pencernaan.
- Elakkan Makan Sebelum Tidur: Hindari makan berat sebelum tidur. Berikan perut masa untuk mencerna makanan sebelum berbaring.
- Elakkan Rokok & Alkohol: Jangan merokok dan jangan minum alkohol.
- Kawal Stres: Kawal stress dengan baik. Cari aktiviti yang boleh mengurangkan stress seperti pilates, yoga, taichi dan lain-lain.
- Makanan Mudah hadam: Pilih makanan yang mudah dihadam seperti oat, bubur atau sup semasa diserang gastrik.
- Minum Air: Air putih sangat penting untuk membantu memelihara kelembapan dan kesihatan perut.
- Dapatkan Nasihat Doktor: Sekiranya anda mengalami gastrik yang teruk atau berpanjangan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor. Doktor boleh membuat diagnosis dan merancang rawatan yang sesuai.
- Makan Secara Sihat: Makan makanan yang kaya dengan serat, seperti sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan seperti jambu batu, betik yang boleh membantu sistem pencernaan dan melindungi perut.
- Pengambilan Supplement: Contohnya probiotik, omega 3, kalsium, protein, polifenol dan lain-lain.
Cara Hilangkan Gastrik Yang Berkesan Dengan Set Gastrik Shaklee
Untuk anda yang dah puas ikhtiar dengan macam-macam cara hilangkan gastrik tapi tak berkesan, anda boleh ikhtiar amalkan Set Gastrik Shaklee:
- Omega Guard: Omega-3 asid lemak dalam Omega Guard mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu meredakan keradangan dalam perut. Ini boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan dan sakit perut yang berkaitan dengan gastrik.
- ESP (Energizing Soy Protein): ESP adalah sumber protein tumbuhan yang berkualiti tinggi. Ia lebih mudah dicerna berbanding protein haiwan. Protein sangat penting untu pembinaan semula sel-sel perut yang rosak akibat asid berlebihan dalam perut.
- Ostenutrix: Ostenutrix adalah sumber kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk neutralkan asid berlebihan dalam perut dan mengurangkan ketegangan otot perut yang berkaitan dengan gastrik.
- Alfalfa: Alfalfa adalah kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk pencernaan dan sangat bagus untuk membantu mengeluarkan angin dari badan.
Kenapa Anda Perlu Beli Set Gastrik Shaklee Daripada Saya?
Ini kerana pembelian set gastrik shaklee perlu disertakan sekali cara makan, dos/sukatan, dan masa yang betul untuk pastikan kesannya optimum supaya pelaburan anda untuk kesihatan berbaloi.
Istimewa untuk anda yang beli Set Gastrik Shaklee daripada saya sebab saya sendiri merupakan bekas penghidap gastrik sejak zaman sekolah dan telah berjaya sembuh sepenuhnya dari gastrik. Oleh itu saya juga akan bimbing anda tentang tips yang bersesuaian untuk kurangkan gejala gastrik dan cara untuk bebaskan diri daripada gastrik berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Berminat nak dapatkan Set Gastrik Shaklee yang saya kongsikan di atas?
>> SAYA NAK BELI SET GASTRIK SHAKLEE <<