Sembelit masa berpantang memang boleh jadi mimpi ngeri yang takkan dilupakan sampai bila-bila oleh ibu lepas bersalin. Ramai yang terfikir-fikir apa sebenarnya yang menyebabkan sembelit masa berpantang.

So dalam entri ni saya nak sharekan tentang punca kenapa majoriti ibu berpantang sembelit terutama dalam fasa awal tempoh berpantang.

Punca Sembelit Masa Berpantang

1.Perubahan Hormon

Masa mengandung kandungan hormon progestron sangat tinggi dalam badan. Lepas bersalin ia berkurangan dan dalam fasa awal ia boleh menyebabkan sembelit. Bila hormon dah ok baru la sembelit akan berkurangan.

2.Kesan Ubat Bius

Bagi yang ambil ubat bius masa proses bersalin, risiko untuk sembelit adalah lebih tinggi. Ubat bius akan mengakibatkan otot pembuangan jadi lemah a.k.a ‘tidur’ jugak.

3.Kurang Minum Air

Kurang cecair dalam badan pun boleh menyebabkan masalah sembelit dalam pantang berlaku. Ramai yang masih mengikut cara berpantang orang-orng tua yang tak benarkan minum banyak air masa berpantang. So memang la kena sembelit.hihi

4.Kurang Serat

Ramai ibu berpantang yang tak makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat. Ia juga antara punca sembelit masa berpantang.

5.Otot Pembuangan Lemah

Selepas melalui proses mengandung selama 9 bulan 10 hari, otot pembuangan pun akan jadi lemah. Bila otot pembuangan lemah, masalah sembelit pun akan ‘memunculkan diri’. Hehe

Ini sebahagian daripada punca masalah sembelit yang kerap dihadapi oleh ibu berpantang.

Tapi jangan risau sebab sebenarnya masalah sembelit lepas bersalin boleh dielakkan. Insyaa Allah dalam next entri saya akan kongsikan cara untuk atasi masalah sembelit pulak.

Sekian dulu dari saya. Semoga bermanfaat untuk korang yang membaca. Jumpa lagi dalam entri akan datang 🙂