Perniagaan dalam talian semakin mendapat tempat di hati peniaga dan pembeli sekarang ni. Kebanyakan peniaga yang dulu hanya mempunyai kedai fizikal pun dah mula menjalankan perniagaan dalam talian.

 

Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli
Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli

 

Ini disebabkan peningkatan permintaan pembeli untuk perniagaan atas talian. Antara faktor yang menyebabkan peningkatan permintaan dikalangan pembeli ialah:

1. Orang semakin sibuk. Perniagaan dalam talian memberikan alternatif kepada mereka untuk membeli tanpa perlu keluar dari rumah. Selain itu, mereka juga bebas untuk membeli ikut masa yang mereka suka.

 

2. Ramai yang malas nak bersesak. Dengan membeli dalam talian mereka tak perlu bersesak-sesak dan berpanas untuk keluar membeli apa yang dihajati.

 

3. Banyak produk yang dijual oleh peniaga dalam talian harganya jauh lebih murah berbanding produk sama yang dijual di kedai fizikal.

 

Mungkin anda tertanya-tanya, apa yang best sangat sampai ramai peniaga beralih ke perniagaan dalam talian?

 

 

Kebaikan Yang Peniaga Dapat Melalui Perniagaan Dalam Talian

 

1.Peniaga dapat jimat sewa premis. Selain itu, modal untuk memulakan perniagaan dalam talian juga lebih murah berbanding kos sewa dan pengubahsuaian premis.

 

2.Sasaran pelanggan lebih besar. Anda sebagai peniaga boleh sasarkan pelanggan di seluruh Malaysia mahupun dunia walaupun anda berada di Kuala Lumpur.

 

3.Kedai dalam talian dibuka sepanjang masa. Maksudnya jumlah pelanggan yang masuk juga lebih ramai berbanding kedai fizikal yang ada masa operasi tertentu.

 

4.Jimat kos operasi di premis. Contohnya, kedai dalam talian tak memerlukan staff yang menjaga kedai tersebut sepanjang masa operasi. Kalau ada pun mungkin staff-staff yang berkerja untuk sesuatu tempoh tertentu dan bilangan staff tak seramai premis kedai biasa

 

5. Kurang risiko. Modal memulakan perniagaan dan operasi untuk perniagaan dalam talian adalah jauh lebih rendah daripada perniagaan yang berkonsepkan kedai fizikal.

Oleh itu, risiko untuk mengalami kerugian juga adalah lebih rendah.

 

6. Perniagaan dalam talian boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Asalkan tempat tersebut ada talian internet.

Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli
Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga

 

Sekarang anda dah nampakkan betapa untungnya peniaga yang ada kedai online kan?

 

Jom kita tengok pulak apa kelebihan untuk anda sebagai pembeli.

 

 

Kebaikan Perniagaan Dalam Talian Untuk Pembeli

 

1.Jimat masa. Untuk membeli-belah di kedai-kedai yang mempunyai premis memerlukan masa yang banyak. Anda kena bersiap dulu dan perlu naik kereta atau kenderaan untuk ke kedai tersebut.

Kalau kedai tu di dalam kompleks membeli belah pula, anda perlu berjalan untuk ke kedai yang dihajati.

 

2.Bebas nak beli pada bila-bila masa. Kebanyakan kedai fizikal hanya beroperasi untuk tempoh masa tertentu. Manakala kedai online beroperasi 24 jam

 

3. Boleh survey banyak kedai dalam 1 masa. Kelebihan bagi anda yang membeli-belah di dalam talian ialah anda boleh survey seberapa banyak kedai online yang anda nak hanya melalui ‘smart phone’ atau komputer anda je.

 

4. Tak perlu bersesak dan berpanas untuk membeli barang yang dihajati. Ini la antara yang paling best membeli di dalam talian.

 

5.Boleh membeli walau di mana sahaja asalkan ada internet. Kalau tengah bercuti, tengah baring-baring dalam bilik atau tengah makan pun boleh ‘shopping’ juga.

Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli
Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Pembeli

 

Kesimpulannya, perniagaan dalam talian memang sangat menguntungkan untuk peniaga dan juga pembeli.

 

Saya juga seorang pembeli yang suka shopping di dalam talian. Dalam masa yang sama, saya juga ialah seorang pengusaha perniagaan dalam talian.

 

Klik sini kalau nak tahu bisnes online yang saya jalankan sekarang ni >> Bisnes Online Pilihan Saya <<

 

Anda berminat nak jalankan perniagaan dalam talian?

 

Jemput baca sedikit info pilih Kerja Sambilan Di Rumah di sini >> Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular Dan Menguntungkan <<

 

Type ‘PERNIAGAAN DALAM TALIAN’ dan whatsapp ke 012-346 1698 untuk saya bantu anda mulakan perniagaan dalam talian.

2 comments on “Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *