Perkongsian Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil diteruskan. Kalau korang sedang merancang Percutian Ke Melbourne, jemput baca sharing saya yang saya kongsikan di hujung entri ni.
.
.
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3
.
.
Bercuti Ke Melbourne Hari Ke 3 – 1 September 2018
.
Homestay – St Kilda – Puffing Billy – Homestay
Hari ni kitorang bangun lambat. So keluar pun lambat la sikit dari semalam. Sebenarnya lambat banyak. Dalam pukul 10.30 pagi baru keluar. Hahaha
Sebelum keluar tadi kitorang dah breakfast Nasi Goreng Ayam Brahim’s. Bekal untuk lunch pulak saya dah prepare Egg Mayo Sandwich, Hot Chocolate dan Teh O panas.
St Kilda Beach ialah kawasan pantai yang ada deretan rumah warna-warni a.k.a Brighton Box tu. So nanti kita cekidaut cantik ke tak. Hee~
Sepanjang jalan ke St Kilda Beach, kitorang lalu kawasan perumahan yang lebih moden dan cantik-cantik tapi lupa pulak nak amik gambar. isk isk
Semuanya sebab busy reply whatsapp customer yang nak beli Produk Shaklee dan Jadi Ahli Shaklee. Tapi no problem. Saya suka je sebab sesuai dengan tagline saya ‘Walaupun bercuti bisnes tetap On’. Hahaha
Yeayy dah mula nampak pemandangan kawasan pantai. Cantik sangat tauuu. Rasa tak jemu mata memandang dan yang paling saya suka sebab bersih je. So far takde la nampak sampah bersepah-sepah kat tepi jalan.
Tapi kitorang sempat jugak la singgah amik gambar dan video. Memang cantik sangat view kat sini. Rasa tak puas mata memandang.
Finally sampai dah kat St Kilda Beach yang ada Brighton Box tu. Sementara tunggu encik suami pergi bayar parking, kitorang posing-posing le dulu. Parking boleh bayar guna duit syiling atau kad kredit je tau. Duit kertas mesin tu tak terima. Kalau tak silap parking dalam AUD5.
Parking wajib bayar ye. Tak boleh buat macam kat Malaysia(oops kantoiii.hahaha) sebab kat sini polis diorang sangat efisien. Pastu saman diorang mahal tau. Dalam AUD 70-AUD80. Rabak poket nak membayarnya nanti.isk isk
Nak tau macam mana rupa box-box tu?
.
.
.
.
Tadaaaaa. Ni la rupanya. So colourful kan?
Nak tengok lagi view di sekeliling St Kilda Beach ni? Meh tengok live saya di FB kat bawah ni:
.
.
.
.
Kitorang tak jalan sampai hujung sebab lepas ni nak ke Puffing Billy pulak. So jom ke next destinationnn.
Oh ye, Puffing Billy tu ialah tempat naik Keretapi Wap. Keretapi tradisional la kiranya. St Kilda ni kira sehala jugak la nak ke Puffing Billy tu sebab tu kitorang singgah kejap.
Puffing Billy ni ada jadual trip dia tau. So korang kena plan timing betul-betul. Macam kitorang sebab dah terlepas sesi tengah hari, so kitorang aim naik pukul 2.30 petang.
Dari St Kilda ke Puffing Billy lebih kurang dalam 2 jam. Kitorang sampai ke Puffing Billy dalam pukul 1.30. Ada sejam lagi untuk next trip. So lepas beli tiket, kitorang lepak kat stesen di bahagian dalam. Di Bahagian dalam ada meja dan kerusi untuk duduk lepak. Nak posing-posing amik gambar pun boleh tau.

Signage Puffing Billy dah menunjukkan diri. Yahooo. Oh ye, parking free untuk penumpang Puffing Billy boleh follow signage putih tu.
Parking untuk ke Puffing Billy ada beberapa tempat. Tapi yang saya ingat di Metro(tempat naik train moden/biasa) di seberang jalan ke Puffing Billy dan di tempat yang saya share kat gambar di atas. Kebetulan masa kitorang datang, orang tak ramai. So memang banyak la parking kosong. Kat kawasan bawah banyak lagi tapi kitorang malas nak kena jalan jauh.hahaha
Ni la kaunter tiketnya. Kitorang amik tiket Family(untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak). Kalau beli tiket kat Melbourne ni kena check pakej family dia untuk berapa kanak-kanak tau sebab ada sebahagian untuk 2 kanak-kanak je.
.
.
Overall, memang best naik train Puffing Billy ni sebab boleh tengok pemandangan kampung yang sejuk mata memandang sambil menikmati udara segar. Budak-budak pun enjoy je naik keretapi klasik ni. Cuma nak share tips nak best naik train ni ialah, jangan amaik coach depan sangat. Nanti jenuh la korang sedut asap keretapi tu. hahaha
.
.
Keretapi tu ada 2 destinasi tau. 1 Lakeside, 1 lagi Gembrook. Kitorang pilih Lakeside sebab dekat sikit dan kitorang memang plan tak nak balik lambat sangat. Tapi rasanya kalau amik Gembrook pun macam lama sangat je kat atas keretapi tu. Dan entrance fee pun lagi mahal. So ikut la preference masing-masing ye.
.
.
Oh ye kalau korang pergi musim sejuk macam kitorang, sila pakai baju setebal yang boleh sebab memang sejuk yakmattt. Keretapi tu sentiasa bukak tingkap. Dah la lalu kawasan kampung-kampung yang dipenuhi pokok-pokok pulak tu. So sila la bayangkan kesejukkan tahap kesejukannya.hihi
.
.
Turun je keretapi semua jalan selaju yang boleh sebab dah tak tahan sejuk. Tak sabar nak on warmer dalam kereta.hahaha
.
.
Sebelum balik kitorang singah dinner kat restoran Taste Of Thai. Recommend sangat untuk makan kat sini sebab Tomyam dan Paprik Ayam dia sedap tauuu. Portion pun besar. Order 2 lauk je pun dah cukup untuk kiotrang 5 beranak. Tapi tengok saiz perut anak masing-masing jugak k 😉
.
.
.
Sekian sharing hari ke 3 untuk Percutian Di Melbourne. Jumpa lagi dalam entry seterusnya Bercuti Ke Melbourne – Trip Great Ocean Dan Twelve Apostles
.
.
Jemput baca juga:
.
Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil
.
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1
.
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2
.
.
.
.