Seperti yang dijanjikan, jom sambung baca tentang Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil Part 2 pulak. Kalau belum baca part 1 boleh baca kat sini >> Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil Part 1 <<

Bercuti Ke Melbourne - Main Salji Di Lake Mountain - Bercuti Ke Melbourne Masa Musim Sejuk

Semua Bersemangat sambut Hari Kemerdekaan Malaysia Di Lake Mountain, Melbourne

.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2

.

.

Itinerary hari ke 2 di Melbourne:

.

Homestay – Lake Mountain – Homestay

.

.

Seawal pukul 6 pagi kitorang dah bangun. Saya prepare Nasi Lemak segera Brahim’s yang kitorang bawak dari Malaysia. Makan nasi lemak dengan Hot Chocolate  dan teh o panas-panas memang sedappp.

.

.

Sambil tunggu anak-anak dan suami bersiap, saya prepare Sandwich Scramble Egg. Kitorang dah plan nak lunch makan sandwich dengan Hot Chocolate kat Lake Mountain nanti. 

.

.

Pukul 7 kitorang dah ready nak gerak. Dina, Syahmi dan Aira dah excited nak tengok salji. Masing-masing ok je kena pakai seat belt/car seat. Kalau kat Malaysia, memang tak la.huhu. Seat Belt dan Car Seat memang wajib pakai tau. Kalau kena saman menangis la nak bayar sebab saman trafik diorang mahal. Ada orang bagitau dalam AUD70-AUD80 tu. Huhu

.

.

Bercuti Ke Melbourne - Main Salji Di Lake Mountain

Lupa nak amik gambar masa berjaga. Gambar diorang tido pun boleh la.hehe

.

.

Perjalanan nak ke Lake Mountain amik masa lebih kurang 3 jam dari homestay kitorang. Sebelum naik ke Lake Mountain kena singgah sewa kelengkapan dulu kat pekan Marysvillle. Kat sini kira murah sikit la berbanding kat atas. Kitorang sewa ‘Toboggan’ , seluar ‘water proof’, Tyre Chain dan Boot. 

.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Tempat Sewa Kelengkapan Main Salji

Kebetulan masa kitorang sampai hujan, so amik gambar dari dalam kereta je. Ni kedai sewa kelengkapan nak main salji.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Tempat Sewa Kelengkapan Main Salji

Deretan seluar dan winter jacket yang ‘water proof’

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Sewa Kelengkapan Main Salji

Jangan memandai amik sendiri. Korang duduk je. Nanti staff dia carikan untuk korang.hihi

.

.

Husband fokus tengok cara pasang chain tyre. Chain tyre ni wajib sewa untuk tujuan insurans. Kalau jalan bersalji memang wajib pasang la. 

.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Cara Pasang Tyre Chain

Tengok betul-betul tauuu.

.

.

Oh ye, kitorang beli glove ‘water proof’ untuk Aira(glove takde sewa) sebab glove dia kain kait tu.

.

.

Siap part sewa kelengkapan, sambung perjalanan ke Lake Mountain. 

.

.

Akhirnya dah nampak signage Lake Mountain dan salji kat tepi jalan. Yeayyy

.

.

Bercuti Ke Melbourne - Main Salji Di Melbourne - Main Snow Di Lake Mountain

Signage yang dicari-cari.hehe

.

Bercuti Ke Melbourne - Main Salji Di Lake Mountain - Main Snow Di Melbourne Australia

Masa ni dah tak sabar nak tengok salji yang putih cantik macam dalam gambar dan TV tu hehe

.

.

.

Salji dah makin banyak dan suhu pun dah 1 degree. Tandanya dah dekat..yabedabeduuuu

.

.

Bercuti Di Melbourne - Main Salji Di Lake Mountain - Lake Mountain Resort

Yeayyy kitorang dah sampai Lake Mountain!

.

.

Finallyyy, sampai jugak kitorang ke Lake Mountain. Budak bertiga ni dah tak sabar-sabar nak pegang salji,nak buat olaf dan main Toboggan.

.

.

Pengalaman Bercuti Dengan Anak Kecil - Main Salji Di Lake Mountain Masa Musim Sejuk

Muka excited sebab masing-masing baru 1st time pegang salji…

.

.

Rezeki kitorang, kebetulan masa kitorang sampai ada ‘Snowfall’. Merasa la posing dengan bendera Malaysia Kat Lake Mountain. Tetiba rasa semangat patriotik berkobar-kobar. Siap buat live ucapan selamat hari Merdeka kat FB lagi tu. Hahaha

.

.

.

.

Ni la Toboggan. Toboggan ni kira board yang akan digunakan untuk meluncur turun. Ala-ala main gelongsor tu la. Best main toboggan ni. Yang tak best kena panjat naik balik bila dah sampai bawah. 

.

.

Pengalaman Bercuti Di Melbourne Dengan Anak Kecil - Main Salji Di Lake Mountain - Toboggan

Si kecik Aira dengan Toboggan dia. Gigih tarik Toboggan naik atas. Berani meluncur sendiri pulak tu tau.hehe

.

.

Nak tau best ke tak main Toboggan. Meh tengok video kat bawah ni. Budak-budak memang excited sesangat la. Dok ulang main banyak kali lagi tu. Hehe

.

.

.

.

Sempat la jugak buat olaf yang tak berapa nak olaf ni. 

.

.

Bercuti Di Melbourne - Buat Olaf di Lake Mountain

Olaf la sangattt.hahaha

.

.

Bila ‘snowfall’ dah semakin lebat dan orang pun dah tak ramai yang main salji, so kitorang pun decide untuk balik. Risau jugak kalau kena balik gelap-gelap dengan salji tebal kat jalan.

.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Main Salji Di Lake Mountain - Pengedar Vivix Shaklee

Sempat posing dengan Vivix dulu tuuuu. Kata Vivix Queen. Nak Vivix roger k. hehe

.

.

On the way balik tu gigih la cari tempat yang sesuai untuk solat. Ingat nak solat kat taman-taman je tapi sebab baru lepas hujan dan jalan pun basah, so kitorang pun solat je kat bus stop tepi jalan ni. 

Bercuti Ke Melbourne - Solat Tepi Jalan

Sejadah tertinggal kat homestay. Eco bag dan plastik pun bolehhh 🙂

.

.

Sampai Coburg terus cari tempat dinner coz masing-masing dah lapar. Kitorang pilih makan Lamb Rice dan Chicken Kebab kat Restoran ‘Afghan’ di Sydney Road. Sydney Road ni dekat je dengan homestay kitorang. Boleh jalan kaki je. 

.

.

Bajet Makan Di Melbourne

Portion besar. Amik 2 ni je dah cukup untuk kitorang berlima.hehe

.

.

Yang bestnya Sydney Road ni ialah sebab banyak restoran halal, ada beberapa supermarket termasuk Coles, ada kedai jual kad Myki, ada kedai Halal Meat dan dan macam-macam lagi termasuklah Coburg Market @ pasar Corburg yang ada jual pelbagai barang basah termasuk ikan dan ayam. 

.

.

Nak tau berapa percutian kitorang berlima beranak? Meh baca kat sini >> Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil <<

.

.

Jiran homestay kata best sebab ikan segar dan murah-murah. Tapi kitorang tak sempat pergi sebab asyik balik malam je. So kalau korang pergi, share la gambar dan details ye. Hihi

.

.

Settle dinner, kitorang pun balik ke Homestay. Eh, sebelum balik singgah beli barang sikit kat Coles sebab roti dah habis. 

.

.

Sampai je homestay, buat apa yang patut lepas tu terus tido. Zzzz

.

.

Kita sambung next entry Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil Part 3

.

.

Baca juga tentang:

.

.

Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil

 .

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1

 .

 .
 .
.
.
.