Bercuti ke Melbourne Dengan Anak Kecil? Ok ke? Tak susah atau leceh ke? Best ke bercuti di Melbourne dengan anak? Haaa kalau nak tau, jom teruskan baca entry ni k. Nanti saya sharekan Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak selama 7 Hari 6 Malam. 

.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil - Main Salji Di Lake Mountain

Main Salji Di Lake Mountain

.

.

“Mummy, Abang Syahmi nak main snow kat Australiaaa..”Itulah permulaannya. Anak bujang nan seorang asyik sebut nak main snow kat Australia. So gigih la mummy dan ayah dia google dan plan trip Bercuti Ke Melbourne ni. Hehe

 

Alhamdulillah sampai sekarang diorang 3 beradik dok ulang “best main snow. Nanti kita pergi Australia lagi ye.. “. Siap la kitorang. hahaha

.

.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil

.

.

Kitorang pergi berlima beranak je untuk Trip Melbourne ni. Saya, suami dan anak 3 orang.  Masing-masing 11 tahun, 7 tahun dan 4 tahun. 

.

.

Bertolak dari KLIA2 – 29 Ogos 2018

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil - Percutian Ke Melbourne

Dinner kat Marrybrown dulu sebelum masuk tunggu kat gate..

.

.

Kitorang pilih untuk travel dengan AirAsia X sebab lagi jimat berbanding flight lain. Flight dijadualkan berlepas pukul 10.30 malam. So pukul 6.30 kitorang dah sampai kat KLIA2. Memang saje datang awal sebab pernah ada bad experience masa nak fly ke Sabah awal tahun hari tu. Tu yang kali ni datang awal. 

.

.

Alhamdulillah semua proses smooth je kali ni. Just nice je untuk solat jamak, dinner kat Marrybrown dan settlekan ‘hajat’ sebelum berlepas. 

.

.

Masuk je dalam flight, posing-posing sikit, tengok-tengok view terus tido. Lepas 2 jam fly, supper pulak. 2 jam sebelum sampai pun ada makan lagi sekali. Actually husband order 4 meals tapi suruh serve 2 kali sebab takut anak-anak mengantuk dan tak nak makan. Tapi rupanya diorang semua lapar. Tu yang terpaksa order lagi 2 meals sebab tak cukup. Hehe

.

.

.

Hari Pertama – 30 Ogos 2018

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Airport Melbourne - Simcard Australia

Aktiviti sebaik sampai di Tullamarine Airport, Melbourne

.

.

Sampai Di airport Tullamarine, Melbourne pukul 8.20 pagi. Settle urusan imigresen dan amik beg, kitorang terus pergi beli simkad Optus. Lepas tu proceed ke tempat yang dijanjikan oleh Apex Car Rentals pulak. Tak jauh pun. Betul-betul depan airport tu. Cuma kena seberang jalan la. Beria tunggu kat 1 tempat tu rupanya salah. Tempat sebenar lorong sebelum tu lagi.hahaha

.

.

Masa ni suhu kat Melbourne 11degree. Sejuk yakmat sebab tak pakai thermal wear dan baju berlapis-lapis lagi. Semua pakai t-shirt dan winter jacket je. Sekali angin bertiup. Menggigil la dibuatnya. Tapi dalam gambar menten senyum je.Hehe

.

.

Dalam 10.30 pagi baru driver tu bergerak dan bawak kitorang ke ofis dia. Ofis pun tak jauh, dalam 10 minit dah sampai. Sampai je husband terus ke kaunter untuk urusan sewa kereta. Kitorang pilih Hyundai Elantra je sebab lebih convenience untuk kitorang berlima dan husband pun lagi confidence nak drive. Almaklumlah, pertama kali nak drive kat Melbourne. Hee~

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil - Kereta Sewa Di Melbourne

Kereta Sewa Kitorang Sepanjang Di Melbourne.

.

.

Lepas dah dapat kereta sewa, kitorang terus ke homestay untuk hantar beg-beg dulu. Homestay pilihan kitorang di area coburg. Dekat dengan bandar Melbourne. Dalam 20-30 minit je. Kawan suami yang suggestkan sebab senang nak cari makanan halal. 

.

.

Selesai hantar barang, kitorang ke destinasi pertama, Queen Victoria Market atau QVM. 

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil - Percutian Ke Melbourne - Queen Victoria Market

Gambar ihsan google. 2 kali pergi Queen Victoria ni, dua-dua lupa nak amik gambar.hihi

.

.

Ni kira tempat wajib la kalau orang Malaysia datang ke Melbourne. 

.

.

QVM ni tempat shopping barang-barang souvenir yang murah-murah. Nak beli buah-buahan pun best tau. Buah dia memang fresh dan agak murah la kalau kena musimnya. Contohnya macam strawberi ni baru AUD1 je. Dalam RM3 dah dapat sekotak strawberi yang fresh dan lagi manis dari Cameron Highland punya tu. Hehe

.

.

Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak - Queen Victoria Market - Shopping di Melbourne

Mesin ATM relax je letak macam ni.hehe

.

.

Kebetulan dah lunch time, so kitorang makan kat kedai Turkish dalam QVM tu. Lupa dah apa nama makanan ni. Kalau siapa yang suka makan sayur memang sesuai la makan benda ni. Tapi sebab masing-masing lapar, licin jugak la. Haha

.

Bajet Percutian Ke Melbourne Dengan Anak Kecil - Lunch di Queen Victoria Market

.

.

Masa tengah makan tu baru perasan ada kedai jual kebab selang 1 kedai daripada kedai Turkish tadi. So kitorang beli Large Chicken Kebab Wrap untuk bawak balik. 

.

.

Sempat la jugak beli fridge magnet dan keychain sikit sebelum balik. Oh ye, QVM ni tutup awal tau. Dia bukak sampai pukul 3 je. Masa kitorang siap makan tu(dalam pukul 1.30 tengah hari),  banyak kedai yang dah start tutup. 

.

.

So, kalau nak datang QVM, plan betul-betul sebab selain daripada tutup awal QVM ni tutup setiap Isnin dan Rabu tau. 

.

.

On the way balik ke homestay, kitorang singgah beli barang sikit kat supermarket Coles. Ramai yang suggest beli kat Coles sebab lagi murah. Tapi rupanya bila tanya kat orang Malaysia yang duduk sana, diorang kata beli kat ‘Aldi’ lagi murah. 

.

.

Bercuti Di Melbourne - Beli Groceries Di MelbourneBercuti Di Melbourne - Beli Groceries Di Melbourne

Coles ni sama je macam supermarket kat Malaysia. Cuma harga dalam AUD le.hehe

.

.

Kalau korang pergi, cuba la survey k. Kitorang tak sempat ke Aldi sebab masa tau pun dah malam sebelum fly balik Malaysia. Hihi

.

.

Malam dinner makan Chicken Kebab yang beli kat QVM dengan roti je. Semua malas nak keluar sebab sejukkk. 

.

.

Oh ye, waktu kat Melbourne cepat 2 jam dari Malaysia. So semua masuk tido awal la. Lagipun esok nak main snow kat Lake Mountain. Yeayyy

.

.

Sekian dulu untuk hari ni. Jumpa lagi dalam entry Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan – Part 2 pulakkk. 

.

.

Baca tentang:

.

>> Bajet Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

.

.

.