ShakleeBaby | Shaklee Baby, Set Penjagaan Bayi Terbaik Bebas Bahan Kimia Berbahaya

ShakleeBaby atau juga dikenali sebagai Shaklee Baby ialah produk penjagaan bayi terbaik yang dilancarkan oleh Shaklee Malaysia.

ShakleeBaby - Shaklee Baby - Set Penjagaan Bayi Terbaik Bebas Bahan Kimia Berbahaya

 

Alhamdulillah saya sendiri berkesempatan untuk menghadiri Roadshow semasa pelancaran ShakleeBaby bulan Oktober lepas.

ShakleeBaby - Shaklee Baby - Set Penjagaan Bayi Terbaik - Bebas Bahan Kimia Berbahaya
Berpeluang bersama dengan Dr SoonHee, Senior Scientist Shaklee Corporation

 

Istimewa untuk yang hadir ke roadshow tersebut kami berpeluang untuk dapatkan Set ShakleeBaby a.k.a Shaklee Baby edisi terhad pada harga istimewa.

 

Insyaa Allah produk ShakleeBaby / Shaklee Baby ni akan mula dipasarkan di Malaysia pada hujung bulan November 2017 ni.

 

Mesti ramai yang dah tak sabar-sabar nak dapatkan Shaklee Baby ni kan?

 

Saya pun macam tu jugak sebab sebagai mak, rasa susah betul nak cari produk penjagaan bayi yang selamat dan bebas bahan kimia.

 

Saya pernah guna 1 brand penjagaan bayi terkemuka. Bertahun jugak la guna tapi lepas tu baru tau yang produk tu mengandung DNA Bab*.

 

Aduhaiiii. Kecewa dan sedih sungguh rasanya. Niat dihati nak bagi yang terbaik untuk anak, rupanya sebaliknya. Isk isk isk

 

Sebab tu bila shaklee malaysia lancarkan Shaklee Baby ni saya sangat teruja.

 

Sebab saya tahu yang Shaklee sangat komited untuk menghasilkan produk terbaik dan selamat yang dapat memenuhi keperluan oleh semua penggunanya.

 

Kredibiliti Shaklee Corporation telah pun terbukti berpuluh tahun lamanya sebab tu sejak kenal shaklee saya tak pandang yang lain dah.hehe

 

Ok jom saya kongsikan apa yang best sangat pasal ShakleeBaby / Shaklee Baby tu.

 

3 Produk Dalam Rangkaian ShakleeBaby | Shaklee Baby

1. ShakleeBaby Gentle Wash

ShakleeBaby -Shaklee Baby - Set Penjagaan Bayi Terbaik - Bebas Bahan Kimia Berbahaya - ShakleeBaby Gentle Wash
ShakleeBaby Gentle Wash
Formulasinya terdiri daripad gabungan chamomile, lavender dan aloevera organik. Mandian Shaklee Baby Gentle Wash yang lembut ini memberikan rasa yang menenangkan, menenteramkan dan melagakan kulit bayi anda.
Ia sangat selamat dan tidak menyebabkan alahan kepada kulit bayi dan tidak memdihkan mata. Ia juga mempunyai kadar pH yang seimbang dan telah diuji tahap sensitivitinya.
Saya dah pun gunakan sendiri untuk anak saya. kulit anak rasa lembut dan lembab je lepas mandi. Baunya pun sangat menenangkan.
Ia menjadikan masa mandi yang selamat dan menyeronokkan untuk anak saya dan buatkan saya semakin suka nak cium dia.hehe
 
 

2. ShakleeBaby Soothing Lotion

ShakleeBaby - Shaklee Baby -Set Penjagaan Bayi Terbaik - Bebas Bahan Kimia Berbahaya - ShakleeBaby Soothing Lotion
ShakleeBaby Soothing Lotion
Cara terbaik untuk kekalkan kelembutan kulit bayi anda secara semulajadi. Jangan risau jika kulit bayi anda jenis sensitif. Insyaa Allah soothing lotion ni sangat lembut.
Kandungan utamanya ialah chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vania, minyak bunga matahari, minyak jojoba dan shea butter organik.
Nak dapatkan kulit bayi yang lembut secara semulajadi? Shaklee Baby Soothing Lotion ni la jawapannya.

3. ShakleeBaby Massage Oil

ShakleeBaby -Shaklee Baby - Set Penjagaan Bayi Terbaik - Bebas Bahan Kimia Berbahaya - ShakleeBaby Massage Oil
ShakleeBaby Massage Oil
Pakar mencadangkan ibu-ibu untuk melakukan urutan kepada bayi. Sangat banyak kebaikannnya. Antaranya ia membantu menguatkan otot bayi dan mengeratkan hubungan ibu dan bayi.
Masalahnya ialah kebanyakan minyak bayi dipasaran boleh menyebabkan sumbatan kepada kulit bayi.
Dulu saya pun tak tahu. Bile Pakar Paediatrik anak saya bagitahu baru la saya berhenti menggunakannya.
Alhamdulillah sekarang dah ada Shaklee Baby Massage Oil yang dapat bantu selesaikan masalah ibu macam saya.
Minyak urut bayi ni sangat lembut dan sangat selamat untuk digunakan semasa mengurut bayi anda. Ia juga boleh digunakan sebagai pelembab.
Jom berikan sentuhan kasih sayang yang terbukti selamat untuk bayi anda dengan gabungan minyak bunga matahari, lavender dan chamomile ni.

Saya dah pun cuba ketiga-tiga produk Shaklee Baby ni dan memang best sangat-sangat.

 

Apa Keistimewaan Shaklee Baby?

  • ShakleeBaby telah Diuji oleh Pakar Paediatrik
  • Dihasilkan menggunakan bahan semulajadi dan organik(telah disahkan status organiknya)
  • Melalui pelbagai ujian klinikal sebelum dipasarkan
  • pH seimbang
  • Tidak menyebabkan alahan kepada bayi
  • Kesemua produk Shaklee Baby telah terbukti Selamat, Lembut dan Organik

Formulasi produk Shaklee Baby sangat unik kerana ia 100% BEBAS daripada:

  • Paraben
  • 1,4-dioxan
  • Natrium Lauril Sulfat
  • Phthalates
  • Bhispenol-A(BPA)
  • Formaldehide
  • Warna tiruan atau wangian
Nak dapatkan ShakleeBaby untuk bayi anda?
Type ‘SHAKLEEBABY‘ dan whatsapp ke 012-346 1698 sekarang juga!
Saya akan bantu anda untuk jadi antara yang terawal dapatkan ShakleeBaby .
 
Jom tengok review Shaklee Baby ni:

Pengedar Shaklee Bintulu – Pengedar Vivix Shaklee Di Bintulu Sarawak

Nak dapatkan produk shaklee di area bintulu, sarawak? Hubungi Pengedar Shaklee Bintulu yang juga Pengedar Vivix Shaklee di area Bintulu, Sarawak Ms Odilia di 012-627 8277.
Pengedar Shaklee Bintulu - Pengedar Vivix Shaklee Bintulu, Sarawak - Agen Shaklee Bintulu
Pengedar Shaklee Bintulu – Pengedar Vivix Shaklee Bintulu, Sarawak

Ms Odilia adalah agen shaklee bintulu yang boleh bantu COD Shaklee terus ke rumah anda.

3 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Produk Shaklee Daripada Pengedar Shaklee Bintulu?

1. Saya merupakan seorang Pengedar Shaklee yang komited menjalankan bisnes shaklee.

2. Saya menyediakan konsultasi khas untuk pelanggan saya. Saya akan cadangkan produk shaklee terbaik mengikut keperluan kesihatan anda.

3. Istimewa untuk anda yang beli produk shaklee daripada saya, anda akan dibimbing tentang cara makan produk shaklee yang betul untuk memastikan keberkesananannya.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pengedar Shaklee Bintulu

1. COD Shaklee di area berikut:
Taman Li Hua
Medan Jaya
Bintulu Central
C.F Park
Taman Jasmine
Taman Tinggi

2. Self Pick-up produk shaklee di Taman Li Hua

3. Penghantaran produk shaklee ke seluruh Malaysia

Hubungi saya di 012-627 8277 Pengedar Shaklee Bintulu anda hari ni juga.

 

(more…)

Pengedar Shaklee Keramat, Hulu Kelang dan Taman Melawati

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru

Mummy, nak pergi Legoland! Kawan-kawan kakak cakap Legoland bestttt.
 
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru
 
Bila jadi mak-mak ni seboleh mungkin mesti la nak bagi anak happy kan? Kalau boleh nak tunaikan semua permintaan diorang kan? Tapi yang baik-baik dan ikut kemampuan je la. hee~
 
  

Sama la dengan saya. Bila dengar anak-anak dok ulang-ulang cakap ajak bercuti ke Legoland, saya pun mulakan plan trip legoland kami sekeluarga.

 

Syukur memang dah ada buat tabung travel dengan bonus shaklee yang saya dapat tiap bulan daripada bisnes shaklee.

 

Saya tanya kawan-kawan yang dah pernah bercuti ke Legoland dengan anak kecil.

 

Baca sharing kawan-kawan kat FB pasal pengalaman diorang bercuti ke Legoland dengan anak-anak.

 

Baca perkongsian tentang pengalaman orang lain bercuti ke Legoland dengan anak kecil di blog-blog dan macam-macam sumber lain yang ada.

 

Akhirnya pada 15 – 17 September 2017 kami sekeluarga pun pergi bercuti ke Legoland dengan anak 3 orang ni.

 

Yang sulung umur 10 tahun, nombor 2 umur 6 tahun dan yang bongsu 3 tahun.

 

Bila bawak anak kecil bercuti ni kena buat persiapan yang secukupnya supaya nanti tak kelam-kabut dengan perkara-perkara di luar jangkaan.

 

So, jom saya kongsikan tips bercuti ke Legoland yang kami dah pun apply dan Alhamdulillah anak-anak happy dengan trip Legoland kami tu.

 

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru

 

1. Tiket

Usahakan tempah tiket masuk ke Legoland seawal yang boleh untuk dapatkan harga yang paling murah dan berbaloi.
 

Boleh tengok harga tiket di www.legoland.com.my

 

Saya cadangkan tempah tiket dan selesaikan bayaran secara online. Jangan jadi macam kami hari tu.

 

Tunggu lama kat kaunter tiket sebab pengesahan tempahan tiket kami tu tak sama dengan sistem mereka.

 

Sejam jugak la menunggu tengah panas dan terpaksa berdiri sebab takde kerusi untuk duduk ataupun tempat menunggu.

 

Oh ye, tiket kami sekeluarga untuk Theme Park dan Waterpark(2 dewasa dan 3 kanak-kanak RM1,041).

 

Kami ambil pakej 1 hari Theme Park dan 1 hari Waterpark sebab tak nak terkejar-kejar.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Anak Berehat Lepas Penat Mandi Di Legoland
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Aira tidur sebab penat sangat lepas mandi 

 

Rasa memang lega sangat sebab ambil macam tu sebab boleh relax dan layan anak tidur siang dulu lepas penat bermain.

 

Bab ni sangat penting sebab kalau kurang rehat nanti diorang ‘buat perangai’. Lagi stress dibuatnya.

 

2. Penginapan

Tempah hotel/apartment/homestay untuk penginapan anda sekeluarga.

 

Tempahan ni pun sebaiknya buat cepat terutama kalau anda dan keluarga rancang nak bercuti ke legoland masa cuti sekolah atau cuti umum.

 

Pilihan hotel atau penginapan pulak bergantung kepada bajet masing-masing.

 

Kalau rasa nak duduk kat Hotel Legoland boleh la tengok harga dan buat tempahan kat website Legoland www.legoland.com.my.

 

Anggaran 1 malam dalam RM600-RM1000.

 

Macam saya dan keluarga, kami pilih duduk apartment Afinity Residences, betul-betul depan Legoland je.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Katil Queen dan tilam untuk anak tidur
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Sofa Bed tempat anak-anak tidur - Afinity Residences
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Ada Sofa bed, Lego dan PS4 sekali tau.

 

Harga untuk 3 hari 2 malam RM560 je.

 

Masa kami pergi tu cuti hari Malaysia tapi Alhamdulillah orang tak ramai sebab bulan September 2017 cuti umum setiap minggu.

 

3. Parking

Ada kawan yang bagi tips untuk parking kereta di Medini Mall bagi yang duduk di luar(selain Hotel Legoland).

 

Kalau nak parking di tempat parking yang pihak Legoland sediakan kena bersedia untuk jalan jauh la.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Parking Di Legoland
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Parking Di Legoland

Cuma untuk makluman parking di Medini Mall caj ikut jam. So, agak mahal jugak la.hihi

 

Alternatif lain, boleh parking di luar di tepi-tepi jalan depan Medini Mall. Kami tengok ramai yang parking kat tepi jalan je.

 

Alhamdulillah apartment kami tinggal tu betul-betul depan Medini Mall dan Legoland. Boleh jalan kaki je.

 

Kalau nak tahu ada jalan pintas untuk ke Legoland tau. Masuk je Medini Mall tu. Nanti boleh sampai ke pintu masuk Legoland.

 

Patut la ramai yang parking kereta kat tepi jalan depan apartment kami duduk tu.

 

4. Makan

Macam biasa kalau makan kat dalam taman tema memang agak mahal tapi sebab dah sediakan bajet percutian ke Legoland takde la terkejut atau pun semput-semput nak bayar.hehe

 

Sekali makan dalam RM100 jugak la. So sediakan bajet secukupnya k.

 

7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Makan Di Legoland
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Makan Di Legoland

Kalau makan kat luar(pagi sebelum masuk ke Legoland dan malam) pulak boleh cari makanan di medan selera Anjung Nusajaya.

 

Yang nak makan seafood dan suka jalan-jalan cari makan boleh cari Restoran Terapung Pendas Di Gelang Patah.

 

Cuma jalan nak ke sana agak mengelirukan. Kami sesat 3 kali sebab ikut Google Maps dan Waze.

 

Rupanya ada jalan pintas ke sana yang dah tutup.

 

Alhamdulillah cubaan kali ke 4 berjaya. Itupun lepas tanya orang.hehe

 

Harga makanan kat restoran tu boleh tahan jugak la. Kami berlima beranak dalam RM100+ jugak la.

 

Tapi rasanya lagi sedap seafood kat Bagan Lalang yang kami pergi selalu tu.hihi

 

5. Baju hujan/Ponco & payung

Benda ni memang penting sebab cuaca susah nak dijangka.

 

Kebetulan masa kami sampai tu hujan lebat-selebatnya. Terpaksa la berteduh kat kedai jual merchandise dulu.

 

Sangat mencabar sebab budak-budak tengah excited nak explore.

 

Cabaran lain bila terpaksa tunggu depan kedai jual mainan dengan anak-anak. Kalau tak kuat iman memang nipis la poket dibuatnya.hahaha

 

Bila hujan reda sikit je kami terus jalan cepat-cepat dan cari kedai yang jual baju hujan untuk anak-anak.

 

Syukur hujan tak lama sangat. So dapat la anak-anak main semua permainan yang ada.

 

6. Umur dan ketinggian

Bab ni kami agak kecewa sikit sebab banyak sangat permainan yang dikhaskan untuk budak umur 4 tahun ke atas.

 

Saya banyak duduk luar temankan Aira je sebab Aira baru 3 tahun.

 
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru - Makan Di Legoland - Anak Mengamuk Tak Boleh Main Di Legoland
7 Tips Penting Bawa Anak Bercuti Ke Legoland, Johor Bahru – Makan Di Legoland – Anak Mengamuk Tak Boleh Main Di Legoland

 

Lagi 1 syarat yang ditetapkan, tinggi mesti 110cm ke atas.

 

So, rasa ralat sangat sebab harga tiket masuk sama je untuk budak 3 tahun dan ke atas.

 

Agak stress sebab Aira mengamuk nak ikut kakak, abang dan ayah dia main. Apa boleh buat, tengok je la.

 

7. Rancang perjalanan

Ada kawan cadangkan untuk bertolak awal pagi supaya boleh sampai di Legoland dalam pukul 9-10 pagi.

Alhamdulillah memang sangat membantu.

Sampai je di area Medini kami terus sarapan di Anjung dan sampai ke kaunter tiket dalam pukul 10 pagi.

 

Saranan kami untuk yang jauh(kami dari KL) elok masuk ke Water Park dulu.

 

Water Park tu best cuma tak sebanyak permainan air di Sunway Lagoon. So, Insyaa Allah setengah hari dah boleh cover dan puas mandi.

 

So, boleh la rehat awal re-charge balik energi untuk esok.

 

Hari ke 2 baru masuk Theme Park. Theme Park memang best sebab banyak permainan untuk di explore.

 

Memang sesuai la masuk pagi dan balik bila Legoland nak tutup(tutup pukul 7).

 

Oh ye, walaupun kebanyakan permainan di taman tema jenis kering tapi sebaiknya bawak baju hujan(ponco) sebab ada 1 permainan roller-coaster ala-ala kayu balak yang memang basah la kalau naik.

 

Tu je la tips bawak anak bercuti ke legoland yang saya boleh kongsikan. Semoga bermanfaat ye.

 

Jangan lupa SHARE artikel ni supaya ramai lagi kawan-kawan yang nak bawak anak bercuti ke Legoland boleh baca.

 

(more…)

Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli

Perniagaan dalam talian semakin mendapat tempat di hati peniaga dan pembeli sekarang ni. Kebanyakan peniaga yang dulu hanya mempunyai kedai fizikal pun dah mula menjalankan perniagaan dalam talian.

 

Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli
Perniagaan Dalam Talian – Kebaikan Untuk Peniaga Dan Pembeli

 

Ini disebabkan peningkatan permintaan pembeli untuk perniagaan atas talian. Antara faktor yang menyebabkan peningkatan permintaan dikalangan pembeli ialah:

(more…)