Nak travel dengan anak kecil? Mesti anda ada rasa risau takut percutian keluarga jadi huru-harakan? Sebenarnya tak susah pun kalau tahu caranya.
Anda cuma perlu buat persediaan secukupnya supaya percutian anda dan keluarga berjalan lancar.
Tips Travel Dengan Anak – Ibubapa Wajib Buat Untuk Ketenangan Minda
1.Persiapan Fizikal
Nak travel atau bercuti dengan anak kecil memerlukan tenaga lebih berbanding cuti tanpa anak. Anda mungkin perlu berjalan jauh sambil mendukung anak.
So biasakan diri untuk jalan sambil dukung anak atau latih anak untuk berjalan.
Pilihan lain, anda juga boleh mempertimbangkan penggunaan stroller jika perlu.
2.Persiapan Mental
Travel dengan anak memang memerlukan kekuatan mental. Anak yang penat atau tak biasa travel mungkin akan mengamuk atau merengek semasa bercuti.
Oleh itu sangatlah penting untuk anda tenangkan diri dan sabar melayani kerenah mereka.
3.Jangka Apa Yang Tak Dijangka
Anak-anak akan meragam pada bila-bila masa. So persiapkan apa yang perlu untuk mengelakkan anak meragam.
Contoh, jika anak anda selalu meragam bila lapar, sediakan bekalan makanan atau kudap-kudapan untuk mengelakkan mereka kelaparan.
Jika anak anda jenis susah untuk duduk diam, sediakan permainan atau ‘busy book’ untuk mengalihkan perhatian mereka.
4.Buat Kajian Tentang Destinasi
Untuk memastikan percutian anda dan keluarga berjalan lancar, buat kajian atau pembacaan terlebih dulu tentang destinasi yang bakal dikunjungi.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah suhu atau cuaca, pakaian yang sesuai, pengangkutan, makanan, tempat menarik dan tips penting untuk pengunjung ke tempat tersebut(ada sesetengah tempat syarat tertentu yang perlu dipatuhi).
5.Sediakan Plan Alternatif
Adakalanya perancangan tak berjalan seperti yang diharapkan. Pastikan anda ada plan alternatif untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.
6.Ubat Dan Keperluan
Anak demam atau tak sihat semasa bercuti memang boleh menukar mood percutian. Tambah memburukkan keadaan jika ia berlaku di negara orang.
Untuk elakkan ia berlaku, sediakan ubat-ubatan yang perlu kerana kos perubatan agak mahal untuk sesetengah negara.
Alternatif lain, galakkan anak-anak(dan anda juga ye) untuk mengamalkan supplement yang boleh bantu meningkatkan sistem pertahanan badan sebelum dan semasa percutian.
7.Fokus Kepada Perkara Yang Menggembirakan
Ramai yang risau nak travel dengan anak sebab ia agak meletihkan dan mungkin sedikit rumit. Tips yang bagus untuk anda ialah fokus kepada perkara yang menyeronokkan.
Contohnya, dapat bercuti dengan keluarga tersayang dan kegembiraan anak-anak bila dapat ke tempat yang menyeronokkan atau menarik.
Kesimpulannya, travel atau bercuti dengan anak memang sangat menyeronokkan. Ia merupakan pengalaman yang tak ternilai. Nikmatilah saat-saat indah yang takkan berulang semasa mereka masih kecil.