Anda nak cari zikir dan doa supaya ibadah Umrah Dipermudahkan Allah? Jom saya kongsikan doa dan zikir yang kami sekeluarga amalkan masa menunaikan umrah.


Zikir Dan Doa Untuk Dipermudahkan Segala Urusan Ibadan Umrah



Doa Pelembut Hati

Doa ni sangat penting untuk elakkan pertelingkahan antara suami isteri dan anak-anak.


‘Ya ayyuhal lazina amanusbiru wa sabiru wa rabitu,wattaqullaha la’allakum tuflihun’ Surah Ali Imran ayat 200.

Ustaz yang bagi ceramah dulu pesan untuk tiupkan kepada suami dan anak-anak. Niatkan supaya Allah lembutkan hati dan terhindar dari bergaduh atau bermasam muka.


Zikir Dipermudahkan Urusan

Sepanjang ibadah umrah pasti akan ada ujianNya sebab tu sangat penting untuk amalkan zikir ni supaya Allah permudahkan urusan ibadah umrah.

‘Rabbi yassir wala tu ‘assir, Rabbi tammim bil khair’.


Doa Mohon Perlindungan

Selain daripada bertawakal kepada Allah, doa ni juga elok diamalkan supaya Allah pelihara barang-barang dan keluarga kita.


Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhi ‘l-’aliyyi ‘l-’aẓhīm

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم


Doa Mohon Keampunan

Selain dari beristighfar, zikir ini sangat digalakkan untuk memohon keampunan Allah


” Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)