Nak bercuti ke Bangkok? Pastikan anda teruskan baca entri ni sampai habis ye. Sangat penting untuk pastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang percutian di Bangkok.

Tips Bercuti Ke Bangkok

1.Duit

Sebaiknya tukar duit di Malaysia sebab sekarang ni kebanyakan penjual di Bangkok tak terima duit Malaysia(ni berdasarkan pengalaman saya sendiri).

Masa saya pergi ni 100 Bhat bersamaan dengan RM12.85.

2.Shopping

Bangkok memang terkenal sebagai tempat untuk shopping. Cuma kena hati-hati dengan penyeluk saku sebab tempat shoppingnya sangat ramai orang.

Boleh baca >> Tempat Shopping Best Di Bangkok <<

Pastikan handbag dipakai di bahagian depan. Wallet pun digalakkan simpan dalam poket depan. Kalau pergi dengan kawan-kawan, sebagai langkah berjaga-jaga minta mereka untuk perhatikan satu sama lain.

3.Kesesakan Jalan Raya

Jalanraya di Bangkok memang sangat sibuk dan sesak. Walaupun jarak dari satu tempat ke tempat lain dekat je tapi ia mungkin ambil masa 30 minit ke 1 jam.

So rancang masa anda sebaiknya ye.

4.Hotel

Kalau nak shopping, cari hotel di kawasan yang dekat dengan tempat shopping supaya tak rugi masa dan stress bila tersangkut dalam jem.

5.Tandas

Kebanyakan tandas di Bangkok tiada paip air. Sila sediakan botol air kalau nak beristinjak guna air ye. Kalau tak, guna la tisu. Tapi hati-hati sebab ada juga tandas yang tak sediakan tisu.

6.Internet

Kalau yang tak nak roaming, boleh juga beli sim card di airport. Murah je 175 Baht dah dapat unlimited data untuk 4 hari.

7.Makan

Jangan risau Bangkok ada banyak kedai makanan halal. Cuma kena rajin cari je. Boleh juga baca di sini >> Tempat Makan Best Di Bangkok <<