Pesakit Gout selalu diingatkan untuk jaga makan. Ada banyak makanan yang perlu dielakkan pesakit gout kalau tak nak sakit akibat serangan gout.

 

Makanan Yang Perlu Dielakkan Pesakit Gout Kalau Tak Nak Sakit

 

Masalahnya ramai yang tak tau makanan apa yang perlu dielakkan oleh pesakit gout. So, dalam entri ni saya akan kongsikan 2 kategori makanan pantang pesakit gout.

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout ialah makanan yang mengandungi Purine. Sebelum tu kena tahu dulu apa kaitan antara purine dan masalah asid urik pesakit gout.

 

 

Kenapa Pesakit Gout Perlu Elakkan Makanan Yang Mengandungi Purine?

Asid Urik ialah hasil sisa buangan makanan yang mengandungi purine. Lagi banyak anda makan makanan yang mengandungi purine, lagi banyak la asid urik yang akan dihasilkan oleh badan. Makin banyak Asid Urik yang terhasil, makin teruk la serangan gout anda.

 

 

Makanan Yang Mengandungi Purine Ada 3 Kategori:

1. Makanan Tinggi Purine

2. Makanan Sederhana Purine

3. Makanan Rendah Purine

 

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout ialah makanan yang mengandungi purine yang tinggi dan sederhana purine.

 

 

Makanan Tinggi Purine – Makanan Pantang Pesakit Gout

  • Ikan Bilis
  • Organ Dalaman
  • Makanan laut terutama makanan yang bercengkerang
  • Ikan Sardin, Ikan Kembung dan Ikan Tuna
  • Udang
  • Biji bunga matahari
  • Itik
  • Daging Merah – Daging Lembu dan Kambing

Makanan kategori tinggi purine ni mesti dielakkan oleh pesakit gout terutama bila sedang sakit akibat serangan Gout. Untuk elakkan serangan Gout berulang pun sangat-sangat disarankan untuk elakkan makan makanan dalam kategori ini.

 

 

Makanan Sederhana Purine

  • Ayam
  • Cendawan
  • Kekacang
  • Buah Ceri
  • Asparagus
  • Bayam
  • Kobis bunga

Makanan dalam kategori sederhana purine ni boleh dimakan tapi dengan jumlah yang sedikit.

 

 

So, untuk anda yang menghidap gout, jangan risau kerana selain daripada makanan di atas banyak lagi makanan lain yang anda boleh makan.

 

Baca lagi tentang >> Makanan Beralkali TErbaik untuk Kurangkan Asid Urik Pesakit Gout <<

 

Jemput baca juga tentang >>9 Cara Rawat Gout, Kurangkan Asid Urik Dalam Badan Dan Elakkan Serangan Gout Berulang <<

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *