Luka bersalin selalunya ambil masa 4-6 minggu(bagi yang bersalin normal) dan 12 minggu(bagi yang bersalin secara pembedahan) untuk kering atau pulih.
Ada sebahagia ibu yang berjaya pulih lebih cepat(Insyaa Allah saya akan kongsikan rahsianya dalam entri akan datang). Yang menakutkan bila ada yang ambil masa lebih lama untuk luka bersalin kering dan bercantum semula.
Nak tau puncanya?
7 Punca Luka Bersalin Lambat Kering
1.Tak Cuci Bersih
Ye, ramai yang mengabaikan kebersihan dibahagian luka bersalin. Mungkin sebab rasa sakit sangat bila tersentuh dan akhirnya ramai yang buat pilihan untuk siram ala kadar je.
So, jangan hairan kalau luka tu lambat baik ye 😉
2.Luka Sentiasa Lembap
Lepas ke tandas wajib cuci bersih dan lap luka kering-kering. Isunya, kebanyakan ibu lepas bersalin tak ambil peduli tentang kepentingan untuk lap bahagian luka supaya betul-betul kering.
3.Tak Cukup Pengudaraan
Faktor seluar dalam terlalu ketat atau pemilihan fabrik seluar dalam tak sesuai pun boleh jadi faktor luka jahitan lambat pulih ye.
4.Tekanan
Antara masalah ramai ‘supermom’ ialah angkat barang berat-berat dan bercangkung(mengangkang) di awal minggu pertama selepas melahirkan.
Hati-hati ye. Jahitan luka bersalin tu sangat berisiko tinggi untuk terbuka dan proses nak jahit semula sangat menyakitkan tauuu.
5.Kurang Bergerak
Ada juga ibu berpantang yang langsung tak nak bergerak. Mungkin terlalu takut akan sakit bila bergerak.
6.Jangkitan
Hati-hati kalau bahagian luka jahitan lambat sangat nak sembuh. Mungkin ada jangkitan tu. Baik check doktor kalau terlalu lama.
7.Kurang Nutrisi
Kekurangan nutrisi akan melambatkan proses pemulihan. Ramai yang terlepas pandang tentang betapa pentingnya nutrisi secukupnya untuk mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.