Kerja sambilan di rumah ialah trend yang semakin meningkat naik sekarang ni.

 

Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular Menguntungkan - Jana Pendapatan Dari Rumah

Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular Menguntungkan – Jana Pendapatan Dari Rumah

 

Ramai rakyat Malaysia terutama golongan wanita cenderung untuk kerja sambilan di rumah.

 

Ini kerana mereka dapat menjaga sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama boleh membantu menambah pendapatan keluarga.

 

Saya pun salah seorang yang memilih untuk kerja sambilan di rumah semasa masih bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah institusi perbankan dulu.

 

Alhamdulillah dah 4 bulan saya berhenti kerja setelah bisnes online yang saya usahakan semakin berkembang.

 

 

5 Alasan Popular Kenapa Pilih Kerja Sambilan Di Rumah

1. Gaji kerja hakiki tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

 

2. Nak duit extra untuk penuhi impian/ keinginan mereka. Contohnya nak melancong, nak makan tempat best atau mewah dan nak hantar anak ke sekolah swasta.

 

3. Memenuhi masa terluang. Daripada tak buat apa-apa baik mereka buat kerja sambilan di rumah yang boleh tambah pendapatan.

 

4. Memang minat berniaga. Golongan ni memang tercari-cari peluang berniaga dari rumah yang tak ganggu kerja hakiki.

 

5. Stress dengan kerja sekarang dan merancang untuk berhenti kerja sebagai persediaan selepas berhenti nanti.

 

 

Sebelum saya kongsikan senarai kerja sambilan di rumah yang menguntungkan, jom fahami dulu apa maksud sebenar bekerja sambilan di rumah.

 

 

Maksud Sebenar Kerja Sambilan Di Rumah

Dalam bahasa mudah ialah bekerja dari rumah untuk cari duit dan dalam masa yang sama sedang bekerja sepenuh masa.

 

Bekerja sambilan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Walapun ianya dilakukan secara sambilan tapi usaha yang dicurahkan haruslah 100%. Kalau tak hasilnya mungkin tak seperti yang diharapkan.

 

Bagi saya kerja sambilan tidak salah selagi ia tidak mengganggu kerja hakiki dan halal.

 

Berminat nak cari kerja sambilan di rumah, tapi tak tau nak buat kerja apa yang best dan boleh jana pendapatan?

 

Jom tengok senarai kerja sambilan yang paling popular dan digemari ramai.

 

11 Kerja Sambilan di rumah yang boleh buat duit dan jana pendapatan

 

1.Network Marketing

Network marketing atau lebih dikenali dengan Multi Level Marketing sering menjadi pilihan sebagai kerja sambilan di rumah. Network marketing ialah bisnes yang memerlukan anda berdaftar sebagai agen di syarikat yang anda pilih.

 

Produk paling dan digemari ramai ialah produk kesihatan. Antaranya ialah Shaklee, Amway, Herbalife dan macam-macam lagi.

 

Keisitimewaan kerja sambilan ini ialah anda berpeluang untuk menjana pendapatan daripada untung runcit dan bonus bulanan.

 

Selain itu, anda juga layak menerima bonus kereta, trip percuma, kenaikan pangkat dan lain-lain lagi.

 

Inilah kerja sambilan di rumah yang menjadi pilihan hati saya. Saya terinspirasi untuk buat bisnes online setelah melihat mentor saya yang berjaya menjana pendapatan 7 angka dari rumah melalui bisnes online.

 

Tapi hati-hati pilih bisnes network marketing ni ye. Kaji dulu produk yang anda bakal jual samada ianya selamat & berkesan, latar belakang syarikat dan peluang pendapatan anda.

 

Nak tau bisnes online apa yang saya buat? Jom baca  di sini >> Bisnes Online Pilihan Saya <<

 

2.Dropship

Ni memang antara kerja di rumah yang paling popular dikalangan wanita. Ramai yang pilih Dropship sebab ianya agak mudah.

 

Cuma perlu iklankan, tunggu pelanggan buat pembelian dan bayaran. Lepas tu baru anda submit order kepada agent/pembekal.

 

Tugas anda cuma dapatkan order je. Penghantaran kepada pelanggan akan dibuat oleh pembekal.

 

Keuntungan yang anda dapat selalunya telah ditetapkan dari awal oleh agent/pembekal.

 

Selalunya setiap produk yang terjual anda akan dapat komisen sebanyak RM10(bergantung kepada produk yang anda jual dan perjanjian dengan pembekal).

 

Semakin banyak unit yang anda jual, semakin besar komisen yang anda akan dapat.

 

Modal untuk jadi buat dropship selalunya di bawah RM100. Malah ada yang serendah RM10 je.

 

Nasihat saya, cari la pembekal yang mempunyai pelbagai variasi produk dan mempunyai kredibiliti yang bagus. Ini penting untuk memastikan masa depan kerja sambilan anda itu.

 

3.Ejen Takaful

Ejen Takaful juga termasuk dalam senarai kerja sambilan di rumah yang popular. Ramai di kalangan sahabat Facebook saya yang memilihnya.

 

Bagi anda yang sedang bekerja pun boleh mulakan dengan buat kerja secara part time dari rumah dahulu.

 

Ejen Takaful juga hampir sama dengan Network Marketing sebab anda juga akan bergerak dalam kumpulan dan ada insentif selain daripada komisen jualan.

 

Tentang modal permulaan saya kurang pasti. Anda boleh rujuk kepada syarikat takaful atau kawan-kawan yang bergelar ejen takaful.

 

 

4.Freelancer

Freelancer ialah kerja sambilan di rumah yang mana anda akan dibayar mengikut hasil kerja yang dilakukan.

Kerja Freelancer ni ada macam-macam jenis. Antaranya ialah:

  • Pasang barang kilang di rumah
  • Penterjemah
  • Proof Reader
  • Data Entry
  • Penulis
  • Pereka Grafik
  • Web Developer

 

 

5.Berniaga dari rumah

Kerja sambilan di rumah yang ni pun memang ramai yang suka. Selalunya kerja ni dilakukan selepas waktu kerja dan hujung minggu.

Antara perniagaan dari rumah yang menjadi pilihan ramai ialah:

  • Berniaga makanan depan atau di area rumah
  • Berniaga di pasar malam atau bazar-bazar larut malam
  • Mengambil tempahan menjahit pakaian, langsir dan lain-lain
  • Bisnes bakeri
  • Food Delivery
  • Mengambil tempahan menjahit pakaian, langsir dan lain-lain

 

Dah ada idea nak buat kerja sambilan yang mana?

 

Pilih la yang mana yang berkenan di hati. Janji mulakan tindakan hari ni juga untuk realisasikan impian anda jana income dengan kerja sambilan di rumah.