Penyakit kencing manis selalunya adalah disebabkan oleh faktor pemakanan harian. Malangnya, masalah utama pesakit kencing manis ialah untuk menjaga pemakanan dan mengelakkan makanan dan minuman yang tinggi kadar gula.

Ramai yang memberi alasan dah makan ubat atau dah cucuk insulin, oleh itu boleh la makan atau minum sesuka hati tanpa berpantang.

Tapi sebenarnya ia tak betul ye. Walaupun dah makan ubat, anda masih perlu jaga makan.

7 Makanan Dan Minuman Yang Perlu Dielakkan Pesakin Kencing Manis / Diabetis

1.Makanan Berkanji

makanan-perlu-dielakkan-pesakit-kencing-manis-tepung-putih
Tepung putih perlu dielakkan dalam pemakanan seharian

Karbohidrat memang sangat diperlukan oleh badan tapi anda perlu berhati-hati kerana tak semua karbohidrat selamat untuk pesakit kencing manis.

ELAKKAN beras putih, tepung putih, bijirin yang tinggi gula, roti putih dan kentang goreng .

2.Sayur-sayuran

makanan-pantang-bagi-pesakit-kencing-manis-sayur-dalam-tin
Jangan makan sayur dalam tin macam ni ye 😉

Sayur memang sumber serat yang sangat bagus tapi kalau anda salah pilih, masalah kencing manis anda akan bertambah teruk.

ELAKKAN sayuran dalam tin yang ada tambahan garam, jeruk dan sayur yang dimasak dengan mentega, keju atau sos.

3. Buah-buahan

makanan-pantang-bagi-pesakit-kencing-manis-jem
Tengok pun dah boleh rasa kemanisannya 🙂

Buah ialah antara hidangan wajib dalam pyramid makanan kerana ia merupakan sumber karbohidrat, vitamin, mineral dan serat. Walaubagaimanapun, anda yang memiliki masalah kencing manis perlu berhati-hati dengan sesetengah jenis buah-buahan.

ELAKKAN buah-buahan dalam tin yang mengandungi sirap(tinggi gula), jem, jeli, jus dan minuman buah-buahan.

4.Protin

makanan-perlu-dielakkan-oleh-pesakit-kencing-manis-ayam-goreng-berkulit
Pilih la ayam yang tiada lemak, tiada kulit dan sebaiknya tidak digoreng

Ada macam-macam sumber protin yang boleh anda pilih tapi hati-hati dengan sumber protin yang disenaraikan di bawah.

ELAKKAN daging bergoreng, daging berlemak, ayam berkulit, ikan dan tauhu yang digoreng dengan minyak yang banyak.

5. Produk tenusu

makanan-perlu-dielakkan-oleh-pesakit-kencing-manis-aiskrim
Bersiap sedia untuk tengok bacaan gula naik mendadak kalau anda makan aiskrim yang manis ni.

Pesakit kencing manis wajib pilih makanan yang rendah lemak.

ELAKKAN susu yang tinggi kandungan lemak, yogurt, krim masam dan aiskrim.

6. Lemak dan minyak

makanan-pantang-bagi-pesakit-kencing-manis-trans-fat
Pilih makanan yang bebas Trans Fat ye

Pengambilan lemak dan minyak yang berlebihan dan yang tidak sesuai akan lebih memburukkan keadaan pesakit kencing manis.

ELAKKAN semua jenis makanan yang mengandungi ‘Trans Fat’ dan lemak tepu.

7. Minuman

makanan-perlu-dielakkan-oleh-pesakit-kencing-manis-teh-tarikjpg
Minuman kegemaran rakyat Malaysia. Sedap tapi sangat tinggi gula tauuu.

Dugaan terbesar yang selalu dihadapi oleh pesakit kencing manis ialah bila terpaksa berhenti atau ‘pantang’ minuman kegemaran mereka.

ELAKKAN minuman berkarbonat, minuman buah-buahan campuran, teh susu / bergula, kopi susu / berkrim, kopi berperisa, minuman bercoklat dan minuman tenaga(energy drink).

Jemput baca juga tentang:

Cara Kawal Kencing Manis Dan Selamatkan Buah Pinggang Dari Rosak