Kencing berbuih adalah antara symptom awal yang kerap dialami oleh pesakit buah pinggang. Ramai yang tak sedar bahawa kencing berbuih menunjukkan berlakunya kebocoran pada buah pinggang. Selalunya mereka yang mengalami masalah kencing berbuih akan membiarkannya sahaja dan tidak berjumpa doctor kerana beranggapan ianya normal tapi ianya TIDAK NORMAL.

Tak kurang juga yang seakan berputus asa bila mengetahui tentang tanda-tanda buah pinggang rosak. Golongan ni mengambil keputusan untuk ‘redho’ sahaja tanpa ikhtiar apa-apa.

Namun ramai juga mereka yang ada masalah kencing berbuih berjaya sembuh asbab ikhtiar dengan mengamalkan Vivix Shaklee.

kencing-berbuih-tanda-buah-pinggang-rosak-bermasalah
Anda ada masalah kencing berbuih macam ni?

Selain daripada kencing berbuih, ada 9 lagi tanda buah pinggang bermasalah.

9 Tanda Buah Pinggang Bermasalah

1.Kerap rasa letih, lemah dan susah nak focus

Buah pinggang yang bermasalah akan menyebabkan pengumpulan toksin dan bendasing dalam darah. Ini akan menyebabkan anda rasa penat, lemah dan susah untuk focus.

2.Susah nak tidur

Toksin sepatutnya akan keluar melalui air kencing, tapi bila buah pinggang gagal menjalankan fungsi yang sepatutnya toksin akan kekal dalam darah. Bila tahap toksin tinggi dalam, ia akan menyebabkan masalah kesukaran untuk tidur.

3.Kulit Kering dan gatal

Antara fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan lebihan air dari badan, membantu membina sel darah merah, menyokong kesihatan tulang dan mengekalkan jumlah mineral yang dalam darah. Kulit kering dan gatal adalah antara tanda buah pinggang anda gagal melakukan tugas dengan baik.

4.Asyik rasa nak kencing

Masalah kerap kencing terutama di waktu malam adalah tanda buah pinggang bermasalah. Jadi hati-hati jika anda kerap nak terkencing terutama pada waktu malam.

5.Kencing berdarah

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan semasa menapis sisa buangan melalui air kencing. Masalahnya bila buah pinggang bocor, sel darah ini akan masuk ke dalam air kencing.

6.Mata sembab

Kehadiran Protein di dalam air kencing ialah tanda penapis buah pinggang rosak. Sekeliling mata yang sembab adalah tanda protein yang sangat banyak telah ‘terbocor’ ke dalam air kencing.

7.Buku lali dan kaki membengkak

Buah pinggang yang bermasalah akan menyebabkan garam/sodium kekal di dalam badan. Ini akan mengakibatkan pembengkakan pada buku lali dan pergelangan kaki.

8. Kurang selera makan

Walaupun kurang selera makan ialah symptom umum tapi jika anda kurang selera makan ia mungkin petanda buah pinggang anda bermasalah.

9.Kejang otot

Fungsi buah pinggang yang terjejas akan mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Contohnya kurang Kalsium dan Fosforus boleh menyebabkan kekejangan otot.