Susu ibu terdiri dari dua bahagian :

  1. Foremilk – susu yang awal keluar semasa menyusu. Lazimnya ia cair sahaja.
  2. Hindmilk – Susu belakang iaitu susu yang pekat yang keluar selepas beberapa minit proses menyusu berlangsung.

 

 

Saya mendapat banyak email dan SMS bertanyakan tentang bagaimana nak pekatkan susu.

Perlu diketahui bahawa pekat atau cair susu ibu dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya :

 

  1. Cuaca
  2. Kekerapan memerah
  3. Pemakanan

 

Foremilk akan lebih banyak dihasilkan bila keadaan memerlukan.

Susu cair bermaksud foremilk lebih dari hindmilk (hindrance milk)

Foremilk akan lebih banyak bila cuaca panas, atau bila ibu minum banyak air.

Kenapa bila panas foremilk lebih banyak? (Faktor cuaca)

Apa yang jarang orang kita tahu ialah : foremilk mengandungi sangat banyak vitamin. manakala hindmilk content dia majority fat

Bila waktu panas, badan akan dapat signal bahawa cuaca panas dan by logic baby pun panas – cepat dehydrated – perlu air banyak = foremilk

Jadi badan pun produce foremilk banyak

untuk rehydrate baby dan untuk supply baby dengan essential vitamins untuk shield dari infections akibat hawa panas yang mudah mematangan spora bakteria

dan bila sejuk pula hindmilk lebih banyak sebab perlukan energy dari lemak dan carb untuk panaskan badan


 

Faktor kekerapan mengosongkan payudara :

Bila payudara kerap dikosongkan melalui penyusuan terus ataupun perahan, badan akan dapat signal bahawa susu tidak cukup atau baby tidak kenyang.

Maka badan akan memberi signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk memenuhi keperluan bayi dan untuk menampung nutrient yang baby perlukan untuk tumbesaran.

Sebab itu susu akan pekat kerana badan akan hasilkan susu lebih pekat untuk menampung keperluan bayi yang lapar pada hemat tubuh yang mendapat signal itu daripada kekerapan breast dikosongkan.

 

 

Faktor Pemakanan :

 

  • Ibu yang minum banyak air kosong akan mendapati susunya cair – bukan bermaksud tidak berkhasiat malah lebih elok lagi sebenarnya.
  • Ibu yang memakan banyak protein akan mendapati susunya sedikit pekat berbanding biasa.
  • Memakan galactagogue seperti halba / fenugreek didapati menyebabkan susu menjadi cair 
  • Memakan oats didapati boleh memekatkan susu.

 

Ini antara contoh bagaimana makanan mempengaruhi kepekatan susu.

Kesimpulannya susu pekat atau cair adalah perkara yang tidak mempengaruhii kejayaan penyusuan susu ibu mahupun tumbesaran bayi. Susu ibu yang dihasilkan ALLAH adalah sempurna dan terbaik untuk pembesaran bayi.

Samada ia cair atau pekat, ia masih adalah yang terbaik dan tanda tandingan dari semua segi.

Apa yang lebih penting ialah penyusuan susu ibu diteruskan dan dilakukan sekerap mungkin untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar.

 

Happy breastfeeding to all 🙂