Tempoh kehamilan memang antara saat yang menggembirakan bagi seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Sebaliknya masalah jerawat penuh dimuka ibarat  cendawan tumbuh selepas hujan pula boleh jadi mimpi ngeri dan menyebabkan rasa rendah diri bagi ibu hamil.

Ramai kawan-kawan dan orang sekeliling saya yang ada masalah jerawat penuh di muka masa mengandung. Agak mengejutkan bila orang yang asalnya cantik dan berkulit bersih tapi tiba-tiba je muka bengkak-bengkak akibat jerawat bernanah mahupun jerawat pasir.

Yang tambah merumitkan keadaan ialah kebanyakan produk bagi masalah jerawat dipasaran boleh membahayakan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

So kali ni saya nak kongsikan cara untuk atasi masalah jerawat semasa hamil yang semulajadi dan selamat tapi berkesan.

6 Cara Atasi Jerawat Semasa Hamil Yang Mudah Dan SelamatUntuk Ibu Hamil

1.Cuka Epal

Campurkan 1 sudu suka epal dengan 3 sudu air. Gunakan kapasuntuk sapukan sebagai Toner semulajadi. Sebaiknya cuba sikit dulu untuk pastikan kulit sesuai dengan kaedah cuka epal ni.

2.Serbuk Penaik

Serbu penaik boleh mengeringkan lebihan minyak di muka.Campurkan 1 sudu serbuk penaik dan 1 sudu air. Sapukan pada bahagian yang berjerawat je.

3.Buah Sitrus

Jus lemon dan limau boleh membantu mengelakkan sumbatan pada pori-pori. Ia juga menyingkirkan sel-sel kulit mati. Perah lemon atau limat dansapukan pada jerawat menggunakan putik kapas. Biarkan dalam 10 minit dan bilas. Cara ni mungkin akan menyebabkan kegatalan dan kulit kemerah-merahan.

4.Madu

Madu memiliki sifat antibakteria dan antiseptic semulajadi.Ia sangat bagus untuk mengecutkan jerawat. Caranya ialah cuci muka dengan air suam dulu(supaya liang pori-pori terbuka) dan sapukan madu pada bahagian yang berjerawat. Biarkan dalam 20-30 minit dan bilas.

5.Minyak Kelapa

Minyak kelapa memang secara semulajadi mengandungi antibakteria dan antikulat. Alternatif untuk kecutkan jerawat ialah dengan menyapu minyak kelapa dara sebagai pengganti kepada krim malam sebelum tidur. 

6. Pengambilan Vitamin Semulajadi

Dalam banyak-banyak cara hilangkan jerawat, cara yang sayaakan kongsikan ni yang paling mudah, selamat dan tidak merengsakan kulit.

Caranya ialah dengan mengamalkan Set Jerawat Ibu Hamil ni.Ia lengkap dengan Vitamin C, Zink Dan Bawang Putih yang sangat penting untuk mengecutkan jerawat, membunuh kuman dan mengelakkan jerawat baru daripada kembali bermaharajalela.

cara-hilangkan-jerawat-di-muka-semasa-hamil
Cara Hilangkan Jerawat Di Muka Yang Paling Cepat Dan Selamat Untuk Ibu Hamil

Vitamin C ialah sumber antioksida yang membantu melindungi sel-sel kulit muka daripada sebarang jangkitan atau kekotoran. Ia juga sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat kalau diambil bersama dengan Bawang Putih.

Bawang putih memang terkenal sebagai antibakteria semulajadi yang sangat bagus untuk membunuh kuman(punca jerawat).

Zink pula sangat diperlukan untuk mempercepatkan penyembuhan dan pengeringan jerawat.

Set ini bukan hanya bagus untuk jerawat malah ia juga bermanfaat untuk kesihatan ibu hamil.

Berminat nak dapatkan Set Jerawat Ibu Hamil ni?

Type ‘JERAWAT HAMIL’ dan whatsapp ke 012-346 1698 sekarang juga!