Jerawat bernanah penuh di muka memang boleh menyebabkan stress dan rasa rendah diri. Kalau jerawat tu tumbuh sesekali masa ‘bulan mengambang’ ok la lagi kan?

Masalahnya jerawat bernanah tu penuh dan bertambah sepanjang masa. Tak sempat kecut lagi dah naik yang baru. Tu yang sampai bengkak-bengkak muka dibuatnya.

Punca Jerawat Bernanah

Ada banyak punca jerawat. Antaranya ialah liang pori yang tersumbat dan tidak dirawat. Bila dibiarkan, ia akan dijangkiti bakteria dan radang seterusnya bernanah.

Selain itu, jerawat juga boleh terjadi apabila ada perubahan hormon sebab tu ramai yang mengadu jerawat naik mencanak bila period, masa mengandung ataupun berpantang.

Stress juga boleh menyumbang kepada masalah jerawat. Oleh itu, kawal stress anda ye.

Masalah Yang Timbul Akibat Jerawat

1.Kulit muka membengkak dan kemerah-merahan.

2.Nanah pecah dan rasa sakit (sebab ada keradangan).

3.Muka berparut akibat kesan akhir jerawat.

4.Kalau pakai make-up kena pakai tebal-tebal untuk tutup muka yang berjerawat.

5.Kulit sensitif. Pantang silap sikit mesti jerawat makin bertambah.

6.Rasa rendah diri, malu nak jumpa orang sebab muka penuh jerawat.

Cara Atasi Jerawat Bernanah Dan Buang Toksin Dalam Badan

1.Cuka Epal

Cuka epal terkenal dengan keupayaannya membunuh pelbagai jenis kuman dan virus. Sebab itu ramai yang menggunakannya untuk mengecutkan jerawat. Ia juga dikatakan boleh mengurangkan minyak berlebihan punca jerawat.

Caranya, campurkan 1 sudu cuka epal dengan sudu air. Cuci muka terlebih dahulu. Sapukan guna kapas muka dibahagian yang berjerawat dan biarkan 5-20 saat. Bilas dengan air dan keringkan.

Sebaiknya cuba sedikit dibahagian bawah dagu dulu untuk uji samada kulit anda sesuai atau tidak.

2.Masker Madu Dan Kayu Manis

Madu dan kayu manis ialah sumber antioksidan yang bagus. Ia dikatakan bagus untuk membunuh kuman dan meredakan radang(bengkak).

Caranya, campurkan 2 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis. Cuci muka dan sapukan mask tersebut. Bilas dan lap kering.

3.Teh Hijau

Teh hijau juga merupakan sumber antioksidan yang bagus untuk kulit. Flavanoids dan Tannin dalam teh hijau boleh bantu lawan serangan bakteria dan meredakan keradangan pada kulit berjerawat.

Caranya, rendamkan dauh teh hijau dalam air mendidih selama 3-4 minit. Biarkan sejuk. Gunakan kapas untuk sapu teh ke kulit muka. Biarkan kering seketika. Bila dan lap kering.

4.Aloe Vera

Gel aloe vera sangat bagus untuk luka, kulit terbakar dan meredakan keradangan.

Potong daun aloe vera, sapukan gel ke bahagian jerawat(nak sapu ke seluruh muka pun boleh) sebagai pelembab. Anda boleh sapu 1-2 kalj sehari.

5.Zink, Vitamin C dan Minyak Ikan

Zink merupakan nutrisi asas untuk pertumbuhan sel, penghasilan hormon dan fungsi imun.

Banyak kajian juga membuktikan bahawa individu yang ada masalah jerawat mengalami masalah kekurangan zink dalam badan.

Zink perlu ditelan/dimakan kerana ia tidak boleh diserap melalui kulit.

Vitamin C ialah sumber antioksidan yang sangat bagus untuk melindungi kulit daripada jangkitan kuman dan kekotoran(punca jerawat berulang).

vitamin c-shaklee-kecutkan-jerawat-bernanah (1)
Vitamin C terbaik dengan teknologi ‘Sustained Released’ yang sangat istimewa.

Ia juga sangat bagus untuk proses pengecutan jerawat dan merangsang penghasilan kolagen semulajadi dalam badan supaya keanjalan kulit dapat ditingkatkan. Hasilnya, tiada lagi lekukan atau parut jerawat 🙂

Omega 3 dalam minyak ikan ialah sumber anti radang terbaik. Ia juga mengandung EPA yang sangat penting untuk mengawal penghasilakn minyak dan mengekalkan kelembapan dan menghalang pembentukan jerawat.

Omega-Guard-Shaklee-kecutkan-jerawat-bernanah
Minyak Ikan Terbaik yang bebas toksik dan bahan kimia berbahaya.

Pastikan anda pilih Minyak Ikan yang berkualiti tinggi dan bebas toksik ye. Kebanyakan minyak ikan dipasaran dihasilkan daripada minyak hati ikan(sangat bertoksik).

Selain itu, banyak minyak ikan dipasaran juga tidak diekstrak dengan betul(diekstrak bersama pelbagai bahan kimia berbahaya seperti Plumbum, Merkuri, Kadmium dan lain-lain)

6.Scrub

Scrub sangat bagus untuk membuang sel-sel kulit mati supaya sel-sel kulit baru yang lebih sihat boleh dihasilkan.

Masalahnya ialah kesukaran untuk dapatkan scrub yang lembut dan tidak merengsakan kulit yang berjerawat dan bernanah.

Perfecting-skin-toner-shaklee-scrub-muka-organik-lembut
Toner istimewa yang bertindak sebagai scrub yang sangat lembut pada kulit termasuk kulit berjerawat dan bernanah

Pilih scrub yang lembut dan bebas bahan kimia berbahaya ye 🙂

7.Detox

Detox sangat diperlukan untuk proses nyahtoksin. Pilih supplement detkx yang boleh detox darah dan seluruh badan.

Alfalfa-shaklee-buang-toksin-detox
Alfalfa sangat bagus untuk detox seluruh usus dan darah.

Hati-hati sebab kebanyakan produk detox yang dijual sebenarnya ialah ‘julap’ yang membersihkan hujung usus je. Cari produk detox yang boleh menyahtoksin seluruh usus dan dalam darah.

Berminat nak dapatkan produk ini?

Type ‘JERAWAT BERNANAH‘ dan whatsapp ke 012-346 1698