Aktiviti hari terakhir sebelum bertolak balik ke Malaysia ialah jalan-jalan di bandar Melbourne. Flight kitorang pagi esok pukul 9.30 pagi. So kiranya hari ni la last day kitorang kat Melbourne. Jemput baca sharing saya tentang percutian kami sekeluarga di Melbourne di sini:

Bajet Percutian Ke Melbourne Dengan Anak Kecil

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3

Bercuti  Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles

Bermain Dengan Kanggaru Di Wildlife Park Philips Island

Tengok Pengguin Di St Kilda Beach

Seperti yang dirancang, hari ni kitorang kena pulangkan kereta semula ke syarikat kereta sewa yang kami gunakan Apex Car Rental. Ikut perjanjian, kitorang kena pulangkan kereta ke Southern Cross Station di Bandar Melbourne.

So, pagi-pagi lagi kitorang dah keluar. Sebelum gerak ke bandar, kitorang singgah beli kad MyKi. Kad MyKi ni ala-ala Touch n’ Go la. Kitorang dah plan nak round Bandar Melbourne guna public transport sebab budak-budak teringin nak naik tram dan tren yang diorang dok nampak hari-hari tu.hihi

Senang je nak beli kad MyKi ni. Korang cari je kedai-kedai yang ada poster warna hijau macam dalam gambar yang saya bulatkan kat atas ni. Boleh tengok harga kad MyKi di entri saya tentang Bajet ye.

Settle je urusan beli kad MyKi, kitorang terus gerak ke Bandar Melbourne. Perjalanan dari homestay kitorang di Coburg ke Bandar Melbourne cuma amik masa dalam 20 minit je.

Suasana-di-bandar-melbourne
Yeayyy dah sampai Bandar 🙂

Bandar-melbourne
Antara bangunan yang mula-mula kitorang nampak bila masuk kawasan Bandar Melbourne
Southern-cross-station-terminal
Singgah Terminal Southern Cross dulu untuk pulangkan kereta sewa

Lepas pulangkan kereta sewa kitorang terus jalan ke stesen City Circle Tram. Sebenarnya ada banyak stesen City Circle Tram ni tapi daripada Southern Cross Station tu agak jauh jugak la kena jalan kaki. Itu lepas tanya 2-3 orang baru jumpa.hehe 

City Circle Tram ni ialah perkhidmatan tram classic percuma yang akan bawak penumpang round seluruh kawasan Bandaraya Melbourne tu. Sepanjang perjalanan korang boleh dengar penerangan tentang kawasan tersebut. Di akan share sejarah dan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tu.

City Circle Tram ni ialah perkhidmatan tram classic percuma yang akan bawak penumpang round seluruh kawasan Bandaraya Melbourne tu. Sepanjang perjalanan korang boleh dengar penerangan tentang kawasan tersebut. Di akan share sejarah dan tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tu.

City-circle-tram-melbourne (1)
Ni la rupa City Circle Tram tu 🙂

dalam-city-circle-tram-melbourne-cbd
Pemandangan dalam City Circle Tram

Sempat la 2 round kitorang tawaf Bandar Melbourne tu. Semuanya sebab terlepas stesen untuk ke Queen Victoria Market(QVM). Mujur la jumpa jugak walaupun kalut sebab kejar masa. Sampai je terus lunch dulu sebab masing-masing dah lapar. Kitorang pilih lunch kat dalam QVM je sebab nak repeat Lamb Kebab sedap yang kitorang makan masa 1st day hari tu 🙂

Bila perut dah kenyang, aktiviti membeli souvenir pun bermula. Kitorang cuma beli souvenir sikit sebagai kenang-kenangan untuk keluarga dan kawan-kawan je. Tak boleh nak shopping sangat sebab duit diorang mahal.hahaha

Dah habis shopping souvenir, kitorang naik tram untuk ke Southern Cross Station balik sebab husband dah janji nak jumpa ex-boss dia yang kerja kat Melbourne. Sayangnya takde gambar kenangan sebab si kecik Aira terdelete gambar tu. isk isk

dalam-tram-di-melbourne
Wefie dengan anak bujang dalam tram ke Federation Square

Kali ni kitorang nak naik tram untuk ke Federation Square pulak. Dekat je pun tempatnya dengan Southern Cross Station tu. Dalam 2 stesen je dah sampai.

bergambar-lepas-turun-tren-di-melbourne
Bukti dah naik tram kat Melbourne

di-federation-square
My kesayangan bergambar ber backgroundkan Federation Square

Bergambar-di-federation square
My turn pulak 🙂

Lepas dah jalan-jalan kat Federation Square, kitorang terus turun ke Yarra River. Rupanya Yarra River tu sebelah Federation Square je. So dah alang-alang sampai terus je la singgah sekali.

Yarra River ni bersih je tau. Air pun tenang je. Sejuk je mata memandang gittew.hehe. Yang kurang best kat sini ialah basikal laju-laju. So kitorang risau sikit bila jalan dengan budak-budak ni. Takut tak sedar ada basikal dari belakang.

Yarra River
Tenang je kannn?

bergambar-tepi-yarra river
Me and My Little Princesses bergambar tepi Yarra River

Kebetulan masa ni dah nak malam. So kitorang decide untuk dinner kat Restoran Blok M Express. Menu resotan ni berasaskan masakan Indonesia. Boleh dikatakan ia antara restoran halal yang popular di Melbourne, sebab rata-rata blog yang saya baca memang suggest untuk makan kat sini.

Dinner-di-blok-m-express-melbourne
Muka lapar nasi. Perut melayu la katakan.hehe

Plan asalnya kitorang nak celbrate birthday Aira hari ni(birthday Aira 4 September) tapi dah sampai baru tau restoran tu takde jual kek. Frust la jugak. Nasib baik la si kecik Aira tidur je masa tu. Yang tak tahan bila dah bangun dia dok tanya “Mummy kata nak buat happy birthday Aira?”. Alahaiii

Bila dah kenyang, kitorang pun kembali la ke ‘sarang’. Kali ni naik tram jugak. Ingatkan nak naik tren tapi tak jadi sebab stesen dia jauh sikit dari homestay kitorang tu.

Masa naik tram balik ke homestay ni memang mencabar sebab sama timing sebab peak hour. Ramai yang baru balik kerja. So kena berhimpit dan bersesak la dalam tram tu. Kitorang kena berdiri tau. Yang penatnya ialah sebab saya kena dukung Aira. Tram penuh sangat so tak boleh nak bukak stroller. 

25 stesen baru sampai homestay tauuu. Mujur la dapat jugak duduk lepas dah separuh jalan. Sampai je homestay semua dah kepenatan. Packing barang-barang yang baru beli terus tidur. Esok pukul 5 pagi dah nak gerak ke Airport. Sedihnya percutian di Melbourne dah habis. isk isk

berangkat-pulang-ke-malaysia
Bye-bye Melbourne. See you next time 🙂

Dengan ini tamatlah sharing saya tentang Percutian kami sekeluarga ke Melbourne. Kalau orang belum baca entri-entri sebelum ni boleh baca kat sini k:

Bajet Percutian Ke Melbourne Dengan Anak Kecil

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2

Pengalaman Bercuti  Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3

Bercuti  Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles

Bermain Dengan Kanggaru Di Wildlife Park Philips Island

TengokPengguin Di St Kilda Beach