Gout juga dikenali sebagai penyakit orang kaya atau raja yang telah wujud sejak sekian lama. Gout ditakuti kerana ia boleh mengakibatkan kesakitan yang teramat kepada penghidapnya dan serangannya selalunya berlaku secara tiba-tiba. Dalam artikel ni saya akan kongsikan info-info penting tentang gout seperti punca gout, tanda gout, ubat gout dan cara turunkan bacaan asid urik yang berkesan.
Apa Itu Gout?
Gout adalah jenis penyakit sendi yang disebabkan oleh pengumpulan kristal asid urik dalam sendi dan tisu di sekitar sendi. Ia adalah penyakit yang menyakitkan dan boleh merosakkan sendi Gout selalunya menyerang pada sendi yang besar seperti ibu jari kaki, buku lali dan lutut.
Kristal asid urik terbentuk apabila badan menghasilkan terlalu banyak asid urik dan tidak dapat menyingkirkannya melalui proses pembuangan air kecil. Asid urik adalah sisa buangan makanan yang mengandungi tinggi purin. Apabila terlalu banyak asid urik terkumpul dalam badan, ia mengakibatkan pembentukan kristal asid urik dan kristal-kristal tersebut akan berkumpul dalam sendi dan tisu. Seterusnya ia akan menyebabkan keradangan, pembengkakan, kemerahan dan kesakitan.
Serangan gout biasanya datang secara tiba-tiba dan boleh berulang. Malah setiap serangan selalunya lebih menyakitkan daripada serangan sebelumnya.
Punca Gout Atau Asid Urik Meningkat
Antara faktor yang menjadi punca gout atau peningkatan asid urik dalam darah ialah::
- Faktor Genetik: Individu yang memiliki sejarah keluarga yang menghidap gout adalah lebih berisiko untuk menghidap gout.
- Diet Tinggi Purin: Makanan yang tinggi purin, seperti daging merah, organ dalaman haiwan, ikan sardin, makanan laut yang bercengkerang, dan alkoholboleh meningkatkan penghasilan asid urik dalam badan.
- Obesiti: Berat badan berlebihan dan individu yang tidak aktif juga boleh menjadi punca kepada penyakit gout.
- Penyakit berkaitan: Contohnya penyakit buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan hipotiroidisme (fungsi tiroid yang rendah) juga boleh meningkatkan risiko gout.
- Ubat-Ubatan: Beberapa ubat-ubatan, seperti diuretik, niacin, dan aspirin dalam dos tinggi, boleh meningkatkan kadar asid urik dalam darah dan menyebabkan gout.
- Umur dan Jantina: Golongan yang berumur dan lelaki lebih berisiko untuk menghidap gout berbanding wanita. Walau bagaimanapun, wanita juga berisiko untuk menghidap gout selepas menopos.
Tanda-Tanda Gout
Antara tanda-tanda gout yang sering dialami oleh penghidapnya ialah:
- Sakit Sendi: Salah satu tanda paling popular dikalangan penghidap gout ialah sakit pada ibu jari kaki, buku lali dan lutut. Lazimnya serangan gout berlaku pada waktu malam atau awal pagi.
- Bengkak & Merah: Sendi penghidap gout akan bengkak, merah, dan panas. Pembengkakan ini adalah hasil daripada pengumpulan kristal asid urik dalam sendi yang menyebabkan keradangan.
- Sensitif: Sendi yang terkena gout boleh menjadi sangat sensitif, dan sentuhan ringan atau tekanan kecil pada sendi tersebut boleh menyebabkan kesakitan yang teruk.
- Pergerakan Terhad: Penghidap gout akan mengalami kesukaran untuk bergerak bila diserang gout akibat keradangan, pembengkakan dan kesakitan pada sendi yang terlibat.
- Demam: Individu yang mengalami serangan gout yang teruk juga boleh mengalami demam kerana wujud keradangan yang tinggi dalam sistem imun.
Ubat Gout Tradisional
Beberapa ubat gout tradisional atau petua untuk kurangkan asid urik yang boleh anda pertimbangkan:
- Buah Ceri: Buah ceri atau jus ceri boleh membantu mengurangkan kadar asid urik dalam darah dan mengurangkan risiko serangan gout.
- Jus Lemon: Lemon adalah buah yang mengandungi asid sitrik, dan ada yang mengatakan bahawa minum jus lemon setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko serangan gout. Lemon juga boleh membantu mengurangkan pembentukan kristal asid urik dalam badan.
- Baking Soda: Campuran baking soda dengan air untuk mengurangkan kadar asid urik dalam darah. Ini boleh membantu mengurangkan keasidan dalam badan. Walau bagaimanapun, penggunaan baking soda perlu dengan berhati-hati dan di bawah pengawasan doktor, kerana ia boleh mempengaruhi tahap natrium dalam badan.
- Halia dan Kunyit: Halia dan kunyit adalah rempah yang dikatakan mempunyai sifat anti-radang.
- Buah Nanas: Nanas adalah sejenis buah yang bersifat alkali dan dikatkan sangat bagus untuk kurangkan tahap asid dalam darah.
Sekali lagi, penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang ubat tradisional atau herba, terutamanya jika anda sedang menjalani rawatan gout lain atau mempunyai masalah kesihatan lain.
Ubat Gout Yang Paling Berkesan Untuk Turunkan Asid Urik
Terdapat beberapa jenis ubat yang biasa digunakan oleh doktor untuk merawat gout, termasuk:
- NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs): NSAIDs seperti ibuprofen (Advil) dan naproxen (Aleve) boleh bantu meredakan kesakitan dan keradangan yang berkaitan dengan gout. I akan membantu mengurangkan keradangan dalam sendi.
- Colchisine: Kolkisin adalah ubat anti-radang yang digunakan untuk merawat gout yang teruk. Ia boleh membantu meredakan kesakitan dan keradangan, tetapi perlu diambil dengan berhati-hati kerana dos yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan pada diri anda.
- Steroid: Doktor mungkin akan memberikan steroid seperti prednisone untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan gout. Steroid boleh diambil secara oral atau disuntikkan terus ke sendi yang sakit.
- Urate-lowering Agents (ULA): Ubat yang membantu mengurangkan kadar asid urik dalam badan untuk mengelakkan serangan gout berulang. Contoh ULA termasuk allopurinol dan febuxostat. Ubat ini membantu mengurangkan penghasilan asid urik atau membantu penyingkiran asid urik melalui pembuangan air kecil.
- Probenecid: Probenecid adalah jenis ubat yang membantu menyingkirkan asid urik melalui pembuangan air kecil. Ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan kadar asid urik dalam badan.
Pengurangan asid urik dalam badan dan pencegahan serangan gout adalah matlamat utama rawatan jangka panjang. Doktor anda akan menyesuaikan rawatan berdasarkan keparahan gout anda dan keadaan kesihatan anda yang lain.
Cara Menghilangkan Sakit Gout Dengan Cepat Menggunakan Set Gout Shaklee
Alternatif untuk anda yang nak ikhtiar hilangkan sakit gout tanpa ubat-ubatan atau dah puas cuba macam macam cara, anda boleh ikhtiar dengan Set Gout Shaklee di bawah:
- Omega Guard: Iaitu asid lemak Omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan. Ia terkenal sebagai fungsi anti radang Pengambilan omega 3 dengan dos yang sesuai dan cara pengambilan yang betul akan bantu redakan keradangan dan kurangkan bengkak pada sendi penghidap gout.
- Vivix: Kandungan utama yang sangat penting dalam Vivix ialah Polifenol. Ia adalah jenis antioksidan yang diperlukan untuk melindungi sel-badan termasuklah sendi daripada kerosakan akibat asid urik kristal dna lain-lain. Polifenol juga dapat membantu menurunkan bacaan asid urik dan mengelakkan pembentukan asid urik kristal serta mengurangkan rasa sakit pada sendi yang bengkak.
Berminat nak dapatkan Set Gout Shaklee yang saya kongsikan di atas?
Klik link di bawah supaya saya boleh bantu anda dapatkan Set Gout Shaklee dengan cepat dan guide cara pengambilan yang betul dan berkesan untuk pastikan pelaburan anda berbaloi serta yang paling penting anda dapat hilangkan sakit gout anda secepat mungkin.
>> SAYA NAK BELI SET GOUT SHAKLEE <<