Pernah tak korang tengok baki akaun bank tiba-tiba kurang? Atau korang baru sedar yang duit dalam akaun tiba-tiba je hilang? Mesti panikkan? Ye kalau saya pun mesti panik. Nak-nak pulak kalau jumlahnya besar.

Sebagai seorang bekas pegawai bank yang pernah bertugas di bahagian Perbankan Elektronik dan di bahagian operasi cawangan, kerja saya memang involve dengan perkara ni.

Memang ramai yang terkejut dan risau bila duit hilang atau berkurangan secara tiba-tiba. Macam-macam ragam bila sedar duit diorang hilang. Ada yang menangis, merayu-rayu, marah dan maki-hamun.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang menyebabkan duit dalam bank hilang atau berkurangan. Saya sharekan faktor yang paling kerap saya terima ye.

Punca Duit Dalam Akaun Bank Hilang

1.Duit Di Tolak, Tapi Duit Tak Keluar

Check baki dulu lepas buat pengeluaran walaupun duit tak keluar. 

Ni antara sebab yang paling famous.
Ramai yang tak sedar, kadang-kadang akaun bank telah ditolak bila buat pengeluaran duit di mesin Auto-Teller(ATM) walaupun sebenarnya transaksi tak berjaya(duit tak keluar).

Kes yang biasa berlaku ialah diorang buat pengeluaran lagi sekali(kali ni dapat) dan terus tinggalkan ATM. Kebanyakannya memang tak baca pun apa yang tertera kat resit(ada jugak masanya resit habis) dan tak check balance akaun bank.

Selalunya resit akan bagitau ‘Time Out’, transaksi tak berjaya dan sebagainya serta mintak rujuk ke bank.

2.Duit Di Terima, Tapi Akaun Tak Kredit

Deposit duit di Mesin Deposit Tunai tapi rupanya duit tak kredit. Sebaiknya check resit dan baki akaun lepas buat deposit.

Sama macam transaksi di ATM, resit akan paparkan ‘Time Out’, transaksi tak berjaya dan lain-lain. Sila rujuk pegawai bank.

3.Yuran Kad

Check dengan bank pasal yuran tahunan ye 🙂 

Ada sesetengah bank yang mengenakan caj tahunan untuk perkhidmatan kad ATM/Debit. Masalahnya ramai tak sedar atau tak ambil tahu. Mungkin ada berlaku ‘miscommunication’ masa penyerahan kad bank.

4.Transaksi Kad Kredit Di Caj Berganda

Beli sekali tapi caj 2 kali. Siap ada yang kena caj lebih dari 2 kali tauuu. Sebenarnya masa transaksi kad kredit tu mungkin ada masalah ‘line’ di pihak bank atau sistem penyedia perkhidmatan sistem pembayaran kad kredit.

Pastikan semak resit yang tertera dan sebaiknya tengok masa cashier buat transaksi. Kalau nampak tak berjaya atau apa-apa yang mencurigakan, hubungi pihak bank untuk semakan transaksi.

5.Kad Hilang

OMG Kad bank saya hilanggg 🙁

Yang paling menakutkan bila kad hilang ialah kalau kad tu dapat kat tangan orang yang tak bertanggung jawab. Lagi haru kalau kalau korang simpan nombor pin sekali dengan kad bank. Memang ‘selamat’ la jawabnya.

Ada banyak jugak kes yang gunakan nombor ic atau tarikh lahir sebagai nombor pin. So kalau hilang sekali dengan IC pun Sadaqallahul adzim la. Huhu

6.Scam

 Jangan tertipu k! 

Dalam banyak-banyak kes, yang terkena scam ni yang paling kesian. Nak kata sebab naif sangat pun tak jugak sebab ramai je golongan bijak pandai yang terkena.

Antara senario yang saya biasa uruskan ialah customer dapat panggilan tentang cabutan bertuah. Selalunya ‘scammer’ akan suruh ke ATM untuk daftarkan nombor telefon untuk ‘online banking’.

Lepas tu ‘scammer’ akan mintak masukkan nombor pin yang dah ditetapkan atau nombor telefon ‘scammer’ tu. Settle je buat apa yang disuruh, tau-tau je duit hilang dari akaun sebab ‘scammer’ tu dah transfer melalui online.

Selalunya amaun yang terlibat memang beribu la. Tu yang ramai menangis bila dapat tau.

Paling saya tak boleh lupa kes sorang staf tadika yang hilang duit gaji dia dalam hari yang sama gaji masuk. Tak sempat merasa langsung gaji dia. Isk isk

Apa Yang Perlu Dibuat Kalau Duit Tiba-Tiba Hilang Atau Berkurangan?

1.Call bahagian khidmat pelanggan bank untuk pengesahan. Terangkan apa yang berlaku dan mintak staf tu siasat rekod transaksi korang.

2.Walk-in ke cawangan untuk semakan dan aduan. Minta pegawai printkan penyata akaun supaya korang boleh semak.

Jika perlu, isi borang aduan. Kalau perlu buat laporan polis, buat je sebab ada sesetengah prosedur bank memerlukan salinan laporan polis. Contohnya kes-kes yang melibatkan penipuan ataupun yang nak tengok CCTV.

Untuk kes 1,2 dan 4 Insyaa Allah korang boleh dapat balik duit tu. Tapi yang melibatkan ‘scam’ atau kad hilang tu memang agak sukar la.

3.Buat aduan ke Bank Negara. Ada unit khas yang bertanggungjawab untuk uruskan aduan pelanggan institusi perbankkan. So kalau korang tak puas hati dengan respon bank, boleh teruskan dengan aduan ke Bank Negara pulak ye.

Apapun prosedur setiap bank mungkin berbeza sikit. So sebaiknya refer bank masing-masing dulu ye.

Yang paling penting, cuba bertenang dulu dan follow macam yang saya share kat atas tadi. Dan jangan bertangguh ye. Kalau hari cuti pun boleh call je contact centre bank tu sebab diorang beroperasi 24 jam sehari.

Sekian sharing saya kali ni. Kalau ada nak tambah atau betulkan info boleh type je kat bahagian komen ye. 

Jangan lupa untuk sharekan entri ni supaya kawan-kawan lain ada idea apa yang perlu dibuat kalau ada masalah duit akaun bank hilang secara tiba-tiba.