Disclaimer

Disclaimer – Penafian dari VitaminIbu.com

Penafian ini berkaitan blog/laman web VitaminIbu.com yang mengandungi maklumat tentang Produk Shaklee dan pemakanan kesihatan wanita dan ibu-ibu. Apa yang ditulis dalam laman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan pengdar Shaklee selama 20 tahun dan juga pengalaman sebagai ibu menyusu dengan susu ibu selama lebih 6 tahun. Serta melalui ilmu penyusuan susu ibu yang diperolehi semasa latihan bimbingan sebagai Penasihat Penyusuan Susu Ibu

Saya bukan doktor perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Informasi yang terdapat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai alternatif/pengganti rawatan perubatan dan nasihat/konsultasi doktor atau pakar pemakanan mahupun dianggap sebagai preskripsi. Jika anda berasa atau syak bahawa anda mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, perlulah berjumpa dengan doktor berkaitan untuk diagnosis dan rawatan susulan.

Memandangkan saya ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa kisah yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Kisah yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan untuk diagnos atau rawatan penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan. Maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunakan vitamin dan mineral untuk menjauhi sebarang ketidak-cukupkan vitamin dan mineral dalam badan. Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/ laman web ini.

 

Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor dan pakar nutrisi/pemakanan anda.