Nak cari duit belanja raya? Ye la raya dah tak lama lagi dah. Pejam celik tau-tau je nak raya. So kalau tak mulakan bisnes dari sekarang takut tak sempat pulak nak kumpul duit belanja raya nantikan?
Bila cakap tentang cari duit raya atau income untuk menampung keperluan perbelanjaan masa raya nanti, mesti ramai yang merancang nak buat bisneskan? Persoalannya nak buat bisnes apa ya?
Kalau yang tak biasa buat bisnes mesti la tercari-cari bisnes yang bagus dan high demand. Kata buat bisnes, mesti la nak untung. Takkan nak rugi pulak.hehe
Ok la, jom saya kongsikan bisnes yang bagus sempena bulan raya yang dah nak dekat ni. Bisnes ni memang sangat sesuai kepada yang sedang tercari-cari cara nak buat extra income untuk tambah duit belanja raya nanti.
5 Bisnes Terbaik Untuk Cari Duit Belanja Raya
1.Bisnes Kuih Raya
Kalau perasan ramai tokey kuih dah start promote kuih-kuih raya yang mereka jualkan? So kalau nak cari duit belanja raya boleh la ikhtiar dengan bisnes ni.
Cuma disebabkan orang beli kuih raya masa bulan puasa atau sebelum raya je, so sales pun akan ‘masyuk’ bermula bualn puasa je la. Takkan la orang nak beli kuih raya awal-awal pulak kannn? So masa nak buat promosi dan pemasaran tu agak terhad sikit la tapi tetap boleh buat kalau kena caranya.
2. Bisnes Baju Raya
Orang perempuan lazimnya buat persiapan baju raya 2-3 bulan sebelum raya. Terutama sekali baju kurung. Lagi best buat bisnes ni sebab selalunya perempuan wajib beli atleast 2 helai baju untuk raya. So kalau sorang dah 2 helai, agak-agak banyak ke banyak income buat bisnes baju raya ni?
Itu contoh kalau buat bisnes baju raya perempuan la. Tak kira lagi baju raya anak dan baju melayu suami.
Cuma bisnes yang melibatkan fesyen ni ‘trend’ nya sangat cepat berubah. Kalau lambat sikit dah tak sesuai dan orang tak nak beli. Tak percaya? Cuba la pergi tempat shopping baju raya, lepas seminggu ke 2 minggu je mesti dah ada design baru. Design lama penjual dah mula jual murah-murah. So memang kena sentiasa follow ‘trend’ kalau nak buat bisnes ni.
3. Bisnes Tudung
Bisnes ni pun best sebab orang perempuan sangat suka shopping tudung. Sehelai baju mungkin ada 2-3 helai tudung. Nak-nak pulak masa musim raya, lagi la banyak tudung yang bakal diborong.hehe
Cuma bisnes tudung ni sama macam bsnes baju jugak, fesyen tudung pun sangat ‘laju’ atau cepat berubah. Kalau lambat sikit dah kena jual harga diskaun la. So, kalau nak buat bisnes tudung pun kena sentiasa ikut ‘trend’ tudung semasa.
4. Bisnes Kurma
Bisnes ni pun memang sangat popular bila bulan Ramadhan. Masing-masing berlumba nak berbuka dengan buah kurma sebab nak ikut sunnah Nabi. Saya sendiri pun memang akan pastikan kurma ada untuk berbuka tak kira la di mana-mana pun.
Cuma untuk buat bisnes kurma ni perlukan modal yang besar serba kena beli kurma dulu untuk dijual. Rasanya semua pun tahu yang harga kurma memang agak mahal. So kalau ada modal besar boleh la try buat Bisnes Kurma ni ye.
5. Bisnes Shaklee
Ehh apa kena mengena pulak bisnes Shaklee dengan raya? Haa tu la yang ramai orang tak tauu. Sebenarnya demand produk Shaklee lagi tinggi beberapa bulan nak raya, masa puasa, masa raya dan selepas raya.
Nak tahu kenapa?
Selalunya orang perempuan akan focus nak nampak selim dan cantik masa raya. So beberapa bulan sebelum raya mereka dah start shopping vitamin untuk cantikkan kulit dan turunkan berat badan. Masa puasa pulak, mereka perlukan Set Puasa Shaklee untuk kekal cergas bertenaga masa puasa.
Masa raya pulak, mereka nakkan set yang boleh kawal kolestrol dan lelemak supaya tak mencanak-canak bila asyik makan di rumah terbuka. Lepas raya pulak selalunya ramai yang insaf sebab terlebih makan masa beraya, so nak turunkan berat badan balik.hehe
Tu baru bab produk. Kalau bab bisnes pulak, beberapa bulan sebelum raya sampai la selepas raya, jumlah orang yang Daftar Jadi Ahli Shaklee untuk Jadi Pengedar Shaklee semakin meningkat. Sebelum raya ramai yang nak cari duit untuk perbelanjaan raya. Selepas raya pulak ramai yang nak tambah income sebab dah banyak habis berbelanja masa raya.
Lagi best sebab bisnes Shaklee ni produknya memang sentiasa ‘high demand’ dan sentiasa ada. Modal nak mulakan Bisnes Shaklee pun sangat rendah, cuma RM75 je. Paling best bisnes ni boleh dibuat secara ONLINE dan OFFLINE. Nak buat dua-dua pun boleh.
Kesimpulannya kalau tanya saya, saya memang recommend untuk buat bisnes Shaklee. Janji rajin je Insyaa Allah setakat nak buat extra income RM500 – RM2000 sebulan tu Insyaa Allah boleh sangat.
Actually ramai dah dalam team kami yang incomenya 4 angka sebulan. Ada yang masih bekerja(buat bisnes part time) dan ada yang buat full time dari rumah.
So pilih la bisnes yang anda rasa sesuai dan terbaik k. Kalau berminat nak sertai kami buat Bisnes Shaklee dari rumah, type ‘DUIT RAYA’ dan whatsapp ke 012-346 1698 sekarang juga!