Sakit bersalin pembedahan atau cesarean selalunya akan mula terasa lepas habis ubat bius. Masa tu baru terasa betapa peritnya dibahagian luka tu.

Saya sendiri berpeluang merasai pengalaman bersalin pembedahan masa anak sulung. Punya la sakit sampai saya asyik tekan je butang untuk ubat tahan sakit. Bila tengok asyik tekan je, nurse pun tegur sebab takut overdose.

Cara pengambilan ubat tahan sakit berbeza disetiap hospital. So boleh tanya kepada doktor masa ‘check-up’ bulanan ye.

Bila dah mula sedar, saya minta untuk susukan bayi saya. Saya dan suami memang dan plan untuk susukan bayi dengan susu ibu.

Masa ni la cabaran susukan bayi bermula. Nak tau macam mana saya buat untuk susukan bayi saya?

Jom saya kongsikan 🙂

Cara Saya Pertama Kali Susukan Bayi Selepas Bersalin Pembedahan

1.Beritahu Suami/Nurse

Bila dah sedia untuk menyusu, saya beritahu suami/nurse atau sesiapa yang temankan masa tu. Minta diorang tolong sebab nak bergerak kali pertama selepas pembedahan sangat mencabar.

2.Mengiring

susukan-bayi-posisi-baring
Penyusuan sambil berbaring ialah posisi terbaik untuk ibu yang bersalin pembedahan.

Sebaiknya susukan bayi sambil baring. Mintak tolong suami untuk bantu korang mengiring perlahan-lahan.

Ampu bahagian belakang badan dengan bantal supaya selesa. Paling best kalau dapat letak bantal di celah kangkang. Hehe

Untuk kurangkan kesakitan bila bergerak, tekup tangan di bahagian jahitan pembedahan.

3.Minta Suami Baringkan Bayi

Bila dah dalam keadaan selesa(wajib selesakan diri dulu ye), mintak tolong suami baringkan bayi menghadap dada.

Pastikan perut bayi bertemu dengan perut ibu dan mulut bayi betul-betul ke payudara ibu.

4.Rangsang Bayi Untuk Menyusu

Bayi yang bersalin melalui pembedahan akan mengantuk dan nak tidur je sebab kesan ubat bius. Kejutkan bayi dengan cara gosok pipi, cuping telinga, bawah dagu atau pun tapak kaki dia.

5.’Latch’ Dengan Betul

Pastikan mulut bayi menganga dengan besar masa masukkan puting payudara dan bayi menghisap di bahagian aereola bukan puting je.

6.Bayi Aktif Menyusu

Macam saya beritahu sebelum ni, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan akan mengantuk je. So kalau nampak dia berhenti menghisap, kejutkan dan pastikan bayi menyusu dengan aktif.

Nak tau samada bayi dapat susu ibu atau tak? Kalau dapat susu, dia akan menelan. Kalau tak, memang dia akan menangis la. Hehe

So perhatikan bayi korang ada menelan atau tak.

7.Tukar Posisi

Since dah belajar kena susukan bayi dengan payudara kiri dan kanan, saya minta suami ambil bayi supaya saya boleh tukar posisi.

Ulang proses 1-8. Bila tengok bayi dah tak menyusu dan nampak dah kekenyangan, minta suami untuk tepuk-tepuk atau sendawakan bayi.

Ni la cara saya susukan anak sulung masa bersalin secara pembedahan hampir 11 tahun yang lalu 🙂

Sebenarnya cara ni boleh juga diamalkan bagi yang bersalin normal. Sekian dulu sharing saya untuk kali ni.

Insyaa Allah kalau apply tips yang saya kongsikan di atas, korang pun boleh menyusukan bayi walaupun bersalin secara pembedahan.

Semoga dipermudahkan ye. Jangan lupa sharekan entri ni supaya kawan-kawan yang lain pun boleh susukan bayi diorang juga 🙂