Stress sebab dah banyak beli skin care atau set penjagaan kulit muka tapi asyik tak sesuai je? Bila guna set penjagaan kulit sedia ada, kulit jadi alergik, naik bintik-bintik, bengkak, gatal dan kemerah-merahan.

Sampai dah tak tahu nak guna skin care jenama yang mana dah. Kalau tak guna langsung, takut kulit kotor, kusam dan tak cantik pulak. Hmm 🙁

Jom baca tips yang boleh diamalkan untuk pilih skin care kulit sensitif ni.

7 Tips Pilih Skin Care Untuk Kulit Sensitif

1.Berasaskan Tumbuhan Dan Organik

Pilih skin care yang dihasilkan daripada tumbuhan dan 100% organik. Yang paling ia mesti BERKESAN. Kalau tak berkesan untuk penjagaan kulit muka, membazir je la gunakan?

2.Hypoallergenic Dan Dermatology Tested

Cari skin care yang ada label Hypoallergenic dan Dermatology Tested. Label ni menunjukkan set penjagaan kulit muka tu dah disahkan selamat dan sesuai untuk kulit sensitif.

3.Pilih Pencuci Muka Bukan Sabun

Sabun boleh mengeringkan kulit sebab tu pencuci muka yang berasaskan sabun tak sesuai untuk kulit sensitif.

4.Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Ni yang paling penting. Kalau orang biasa pun kena elakkan, orang kulit sensitif lagi berganda-ganda lagi bahaya. So pastikan skin care yang dipilih bebas daripada bahan kimia berbahaya ye.

Ada banyak bahan kimia berbahaya yang selalu digunakan dalam set penjagaan kulit muka. Antaranya hidrokuinon, paraben, merkuri, plumbum dan lain-lain.

5.Tiada Pewangi

Kulit yang sensitif selalunya akan alergik bila guna skin care yang ada pewangi. So, pastikan ianya bebas pewangi ye. Kecuali daripada sumber tumbuhan semulajadi yang memang wangi.

6.Ada Fungsi Anti Radang

Kulit sensitif sangat mudah radang(merah, bintik-bintik, bengkak, perit tu ialah tanda keradangan dalam kulit). So cari la yang ada fungsi anti-radang. Tips: Cari yang ada Muscadine Grape 😉

7.Ada Ujian Klinikal Dan Diuji Ke atas Manusia

Kebanyakan produk skin care kat pasaran adalah produk timbang kilo, sebab tu dah tukar banyak jenama pun hasilnya masih sama.

Carilah yang ada ujian klinikal dan 1 lagi pastikan produk tersebut diuji ke atas manusia, bukan haiwan.

Selain nak elakkan daripada kekejaman terhadap haiwan, kita(manusia) yang pakai skin care tu kan? So takkan nak percaya produk yang diuji ke atas haiwan? 😉

Video: Tips Pilih Skin Care Untuk Kulit Sensitif