Korang tau tak jahitan luka bersalin boleh terbuka kalau kerap sangat ‘pressure’ dibahagian tersebut? Sebab tu la doktor akan pesan, jangan angkat berat-berat, jangan mencangkung dan jangan meneran masa buang air besar.
Masalahnya ialah ramai ibu berpantang yang alami sembelit terutama dalam minggu pertama lepas bersalin. Bila dah sembelit memang pasti la korang akan menerankan π
Berita baiknya ialah sembelit boleh dielakkan tauuu. Jom saya kongsikan caranya.
Cara Atasi Sembelit Yang Mudah Tapi Berkesan
1.Minum Air Putih Secukupnya
βEh, bukan masa berpantang tak boleh minum ke? β
Alaa tu semua mitos je. Doktor pakar perbidanan pun suruh minum air putih banyak-banyak. Banyak mana? Ikut la keperluan badan. Setiap 25kg berat badan korang, kena minum sekurang-kurangnya 1 liter. So kalau berat 50kg, wajib minum minimum 2 liter.
Cuma yang terbaik ialah 3 liter sebab ibu menyusu perlukan air untuk hasilkan susu ibu. Kalau tak cukup air, tu yang korang sembelit tu.
2.Makan Sayur dan Buah Berserat
“Eh, sayur dan buah tak boleh amik masa pantang la. Sejuk. Nanti baby kembung..”
Ye mungkin ada yang betul tapi bukan semua sayur dan buah. Yang tak boleh tu macam sayur nangka, pucuk ubi, pucuk manis, tembikai, pucuk keledek dan yang seangkatan dengannya.
Yang lain macam pegaga, jantung pisang, sawi, kailan, oren, mangga, jambu batu tu semua boleh je makan. Malah sangat bagus sebenarnya.
3.Aktif Bergerak
Usus akan sihat kalau kita aktif bergerak. Aktif ni takde la suruh berlari ke melompat tu semua. Maksudnya bergerak la perlahan-lahan dalam kawasan rumah atau bilik korang tu.
Kalau asyik baring je nanti usus pun malas. Kalau perasan, siapa yang bersalin di hospital kerajaan memang akan disuruh bergerak dan berjalan. Salah 1 sebabnya ialah nak aktifkan usus la tu.
4.Jangan Tangguh
Kalau dah ada rasa nak membuang tu cepat-cepat la ke tandas. Tak payah tangguh-tangguh. Lagi lama ditangguh, lagi tinggi la risiko masalah sembelit berlaku.
5.Ambil Supplement Khas Untuk Sembelit
Antara supplement penting untuk atasi masalah sembelit ialah:
Omega Guard – Sumber Omega 3 yang sangat bagus untuk meredakan keradangan/bengkak di bahagian dubur
Ostematrix – untuk kuatkan otot di bahagian pembuangan dan melembutkan najis
Alfalfa – Sumber serat yang sangat penting untuk menggalakkan penghadaman yang sihat.
Nak lagi best?
Add on Vivix. Insyaa Allah lebih lawas dan dah boleh say bye-bye kat masalah sembelit dah tu. Pakej lagi best bila amik Vivix ialah luka bersalin pun akan lebih cepat sembuh tauuu.
Sekian dulu sharing saya kali ni. Silakan share dengan kawan-kawan lain supaya lebih ramai yang boleh berpantang tenang tanpa sembelit π