The Power Of Vision Board.

Cara Capai Impian Dengan Teknik Vision Board

Cara Capai Impian Dengan Teknik Vision Board

Korang pernah dengar tak pasal Vision Board?

Vision board atau VB tu ialah senarai impian yang korang nak sangat capai tapi ia dalam bentuk bergambar.

Yang terbaik letak target sekali bila korang nak capai.

VB ni sangat penting untuk drive korang capai / realisasikan impian korang tu.

VB tu kena tampal kat tempat yang korang selalu nampak tau.

Bagusnya teknik VB ni ialah bila angin malas datang, terpandang je VB terus tak jadi nak berlemau-lemau.hihi

Terus bangkit dan nak #BuatSampaiJadi 💪

Kalau korang jenis asyik-asyik lemau je sila la buat Vision Board korang cepat k 😁

Tapi VB ni bukan magik tau. So jangan ingat korang buat VB je terus dapat semua ye.huhu

Kena la usaha sungguh-sungguh tauuuu 😉

Meh nak share sket pasal VB saya dulu.

Dulu masa mula-mula mentor saya suruh buat VB ni saya buat je walaupun masa buat tu macam macam yakin tak yakin je.hehe

Hari-hari la saya tengok, usaha dan doa supaya impian kat VB saya dimaqbulkan Allah.

Antara yang ada dalam VB saya masa mula-mula buat bisnes shaklee dulu ialah nak TUNAIKAN UMRAH BERSAMA KELUARGA TERSAYANG dan jadi WORK AT HOME MOM.

Alhamdulillah kedua-duanya dah pun berjaya dicapai dengan izin Allah 😇

Now saya tengah usaha lagi untuk realisasikan impian-impian saya yang lain pulak.

Insyaa Allah lebih banyak lagi impian di VB tu akan menyusul ☺

Korang tolong doakan semuanya dipermudahkan dan dimaqbulkan Allah ye 😁