Ini adalah kali ke 2 saya menyertai cabaran SEO. Perasaan bila join cabaran SEO ni memang mendebarkan. Maklumlah masing-masing ada kelebihan dan kehebatan tersendiri.

 

Cabaran SEO WCB Daripada Pakar SEO Tempatan

Kerja Sambilan Di Rumah

 

Mula-mula dapat cabaran ni rasa macam “boleh ke aku buat ni?”

 

Tapi bila fikir balik, inilah peluang saya untuk mengasah bakat sebab tutorial dan support ada disediakan oleh Tuan Azham, Pakar SEO Tempatan.

 

Dalam cabaran SEO kali ni semua peserta akan bersaing untuk menaikkan keyword yang ditentukan iaitu Kerja Sambilan Di Rumah.

Yang agak mencabar ialah pemenang dikira berdasarkan siapa yang dapat kedudukan paling tinggi di tangga carian google.

 

Walaupun susah, prinsip saya pantang menyerah kalah sebelum berusaha. Semua orang ada peluang yang sama untuk menang.

 

Mohon doakan usaha saya dipermudahkan Allah ye 🙂

 

Alhamdulillah saya dah pun siapkan entri >> Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular / Menguntungkan – Jana Pendapatan Dari Rumah <<

 

Faktor lain yang membuatkan saya teruja sangat untuk sertai cabaran SEO ini ialah kerana tawaran hadiah lumayan yang disediakan oleh penganjur. Kalau nak tahu hadiah cabaran ini bernilai RM13K tauuu.

 

Boleh klik di sini >> Hadiah Cabaran SEO << untuk lihat senarai hadiah yang disediakan oleh penganjur.

 

Banyakkan? Serius banyak tu. Siapa nak bagi kan?hihi

 

Nak share sikit tentang latar belakang diri saya. Saya ialah ibu kepada 3 orang anak yang telah pun berkecimpung dalam dunia blogging dan bisnes online sejak tahun 2011.

 

Asalnya saya ialah seorang yang boleh dikatakan ‘buta IT’. Alhamdulillah sekarang dah mampu menghasilkan beberapa keyword penting berkaitan bisnes saya di carian utama google.

 

Saya bermula dengan menulis di blogspot. Kemudian setelah 2 tahun saya mula berpindah ke platform wordpress. Alhamdulillah blog vitaminibu.com ni adalah salah satu daripada 7 blog yang saya ada sekarang.

 

Saya sangat cintakan dunia blogging kerana melaluinya saya dapat jana pendapatan berkali-kali melalui entri yang saya usahakan.

 

Selain itu, ia juga adalah kerja sambilan di rumah yang boleh bantu saya realisasikan impian saya dan keluarga

 

Perasaan bila berjaya rankingkan entri yang saya sasarkan di google memang sangat ohsem.

 

Rasa lebih bersemangat nak buat lebih baik dan tulis lebih banyak entri yang disukai google dan bakal prospek bisnes online saya.

 

Bayangkan la entri yang saya tulis pada tahun 2011 masih menghasilkan jualan yang berulang-ulang.

 

Sekarang saya dalam proses untuk bantu team saya pula bina blog masing-masing supaya dapat menuai hasil yang sangat ohsem macam saya juga.

 

Bagi saya semua orang boleh menulis di blog. Yang menentukan sesebuah blog itu ranking di tangga teratas carian google ialah ilmu dan teknik yang digunakan.

 

Saya pernah rasa seksanya blogging dulu sebab hanya menulis semata-mata tanpa ilmu SEO. Puas la langgar dinding berulang kali.

 

Alhamdulillah bila dah belajar dan apply semua ilmu SEO yang betul, blog saya dan mula ranking di muka surat pertama google. Malah ada entri-entri tertentu yang blog saya berjaya rank di tangga 1-3 carian google(di muka pertama).

 

Kalau anda berminat nak belajar saya memang recommend belajar dengan Tuan Azham, Pakar SEO Malaysia.

 

Nak lagi best join je Cabaran SEO ni. Jom kita sama-sama naikkan naikkan keyword kerja sambilan di rumah ni.

 

Istimewanya cabaran ini anda akan dibimbing langkah demi langkah. Yang tak pernah ada blog pun boleh sebab cara setup blog pun ada disediakan sekali.

 

Insyaa Allah kalau anda zero tentang blogging pun lepas join cabaran ni anda akan belajar sesuatu yang sangat bernilai.

 

Ok, saya telah pun dicabar oleh XXX. Sekarang saya nak cabar xxx pulak untuk hasilkan entri yang boleh tawan tangga tertinggi di carian google untuk kerja sambilan di rumah.