Percutian hari ke 5 di Melbourne diteruskan. Hari ni kitorang plan nak ke 2 tempat, ke Philips Island dan St Kilda. Objektif trip hari ni ialah nak bagi Kanggaru makan dan tengok pengguin. Semua excited sebab tak pernah jumpa kanggaru dan pegguin secara ‘live’. Tengok kat dalam TV tu memang selalu la.hehe
Dah baca ke sharing saya tentang bajet dan trip kitorang dari hari pertama sampai hari ke 4? Belum lagi? Boleh baca kat sini ye:
Bajet Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3
Bercuti Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles
Perjalanan ke Philips Island mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam dari homestay kitorang. So macam hari-hari sebelum ni jugak, kitorang keluar awal sebab tak nak balik malam sangat. Kat Melbourne ni malam-malam takde lahappenng macam kat KL tu. Kebanyakan kedai bukak sampai petang je. So malam agak sunyi sikit la.
Singggah Ke Kilang Coklat Di Philips Island
Selain daripada tengok kanggaru, korang boleh jugak masuk ke kilang coklat tau. Besar jugak la kilang coklat kat Philips Island ni. Yang bestnya sebab boleh makan coklat percuma masa melawat kat dalam kilang coklat tu. Yang tak berapa best, bayaran nak masuk boleh tahan mahal jugak la harganya.hahaha
Since kitorang kejar masa, kitorang singgah amik gambar dan masuk kat kedai dalam kilang tu je. Dapat la rasa coklat sample yang promoter tu bagi. Lepas tu terus ke Wildlife Park untuk bagi makan kanggaru.
Settle acara round kedai coklat, posing-posing, terus keluar. Frust je budak-budak sebab tak masuk dalam. Tapi lepas bagitau nak pergi tengok kanggaru, diorang melompat seronok. Selamatttt.hahaha
Sebelum ke Wild Life Park, kitorang singgah kat Tourist Information Centre ni. Sebenarnya jumpa ni dulu baru jumpa kilang tapi sebab kitorang dah terlajak tadi, so masuk je la ke kilang coklat tu dulu.
Saya suka sangat layanan staff kat Information Centre ni. Diorang memang ramah sangat. Siap terangkan 1 persatu pasal tempat yang boleh dilawati dalam kawasan Philips Island ni.
Sebenarnya di Philips Island ni pun boleh tengok pengguin dan dengarnya lagi best. Tapi sebab kitorang dah terlepas sesi sebelum tu, so terpaksa la batalkan je hajat nak tegok Penguin Parade tu sebab next session ialah pukul 6.30 petang. Kat sini pukul 5 petang dah maghrib, so 6.30 confirm la dah gelap. Tu yang terpaksa redho je.huhu
Tapi takdela sedih sangat sebenarnya pun sebab kitorang boleh tengok penguin kat St Kilda jugak nanti. Cuma takde la ‘parade’ nya. Alaa janji dapat tengok pengguin kan 😉
Bermain Dengan Kanggaru Di Wildife Park, Philips Island
Jom kita explore Wildlife Park ni. Kalau masuk sini korang akan dapat sebungkus makanan sorang(bergantung kepada tiket). Tapi bukan makanan untuk korang makan tau. Makanan tu untuk kanggaru dan binatang lain. Kalau nak makan jugak sila la tanggung sendiri 😛
Kalau korang pecinta haiwan memang recommended la datang sini. Untuk yang species saya, takut-takut berani pulak memang agak nervous. Tibatiba je dh ada kanggaru kat belakang. Tengah leka tengok kanggaru pulak datang angsa dok mintak makanan sekali. rasa macam nak nangis pun ada dibuatnya. Demi anak terpaksa la tahankan dan buat-buat cool je.hahaha
Masa mula-mula nampak kanggaru tu kitorang rasa pelik jugak. “Eh, kecik je rupanya kanggaru. Selalu tengok dalam gambar dan TV nampak macam besar jugak. Tapi lepas tu jalan ke kawasan yang lain baru nampak kanggaru species yang besar macam kita selalu tengok kat TV tu.
Haa, ni la baru kanggaru. Yang tadi kanggaru kemetot kot.hehe. Kanggaru memang jinak tapi kena jaga-jaga sebab kuku dia tajam. Nasib baik la kitorang semua pakai glove sebab tengah winter.
Kalau nak tau kanggaru betina je yang ada poket tau. Yang jantang takde. Nanti korang boleh tengok comel je baby dia menyorok kat dalam poket mak dia. Ekor yang cenonet je nampak kat luar. Rasana susu mak dia kat dalam poket tu kot. Tapi sori gambar tak amik la pulak.ish ish
ok la. tu je setakat ni dulu. Insyaa Allah nanti saya sambung lagi k. Jemput la baca entri-entri sebelum ni:
Bajet Bercuti Ke Melboure Dengan Anak Kecil
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3
Bercuti Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles