Percutian hari ke 4 kitorang teruskan dengan destinasi seterusnya. Tempat yang dituju kali ni ialah yang paling jauh dalam banyak-banyak tempat yang kitorang plan untuk percutian di Melbourne ni.
Kalau korang belum baca sharing saya sebelum ni, boleh baca kat sini:
Bajet Percutian Ke Melbourne Dengan Anak Kecil
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3
Bermain Dengan Kanggaru Di Wildlife Park Philips Island
Tengok Pengguin Di St Kilda Beach
Jalan-jalan Di Bandar Melbourne
11 Tips Bercuti Ke Melbourne – Wajib Baca Kalau Tak Nak Ada Masalah
Tempat Menarik Di Melbourne – Rugi Kalau Tak Datang Sini
Memandu Kereta Ke Great Ocean Road Dan Twelve Apostles
Hari ni kitorang plan nak ke Great Ocean Road dan Twelve Apostles. Perjalanan di jangka mengambil masa 5 jam dari homestay kitorang di Coburg. So pagi- pagi lagi kitorang dah keluar. Pagi pun takde la pagi sangat, dalam pukul 9 macam tu.
Kitorang plan nak lunch kat Appolo Bay. Tapi saya prepare jugak la scramble egg sandwich dan bawak sekali bekal lebihan nasi dengan lauk ayam masak merah breakfast tadi.
Twelve Apostles ialah tempat yang famous dengan formasi batuan semulajadi yang unik di tepi pantai Port Camble National Park. Untuk sampai ke sana kitorang perlu lalu sepanjang jalan Great Ocean Road.
Sesuai dengan namanya, sepanjang Great Ocean Road ni memang cantik sangat pemandangannya. Jenuh la tangan dok pegang henpon je sebab nak amik gambar dan record video. Almaklumlah semuanya cantik-cantik.
Kalau korang pecinta nature memang puas hati la dapat tengok semua pemandangan yang cantik-cantik tu.
Budak-budak ni dok excited bila dah sampai sini. Diorang ingatkan dah sampai ke Twelve Apostles. Rupanya jauh lagi. Kecewa sungguh diorang sebab nak kena sambung duduk dalam kereta lagi.hehe
Twelve Apostles ni memang jauh yakmattt. Sebab tu sebaiknya korang susun itenary supaya Twelve Apostles ni antara yang terawal korang pergi. Kalau tak, kemungkinan besar korang skip je sebab tak larat nak drive jauh-jauh. Ni tips yang jiran homestay kitorang bagi. Tapi memang betul tau.
Masa nampak Tourist centre ni kitorang memang excited kemain la. Kononnya boleh la singgah tanya untuk dapatkan apa-apa maklumat. Kata Tourist kan? Tapi frust ikit sebab tak ada orang pun kat dalam tu.huhu
Tapi takpe, jangan sedih-sedih sebab nanti akan ada tourist inforrmation center kat Twelve Apostles tu. Korang boleh amik flyers dan tanya apa je yang korang nak tau. Tapi sori sebab saya lupa nak snap gambar kat Tourist Information centre tu sebab Aira buat perangai.
Kitorang tak lama pun kat sini sebab si kecik Aira ni mengamuk since sampai. So sepanjang jalan tu dia menangis dan jerit-jerit. Sampai pelancong lain pun hairan. Siap ada group pelancong cina buat muka lagi. Maybe sebab terganggu dengan ‘kemerduan’ suara Aira tu kot.hahaha
Kesian sangat kat suami sebab dah drive 5 jam untuk sampau kat sini tapi terpaksa balik sebab Aira buat perangai. Lagi kesian sebab dia kena drive lagi 3 jam setengah untuk perjalanan balik la pulak.
Ni la antara cabaran bawak anak kecil travel. So sila sediakan mental dan fizikal nak layan ‘angin’ diorang k. Sediakan la apa-apa yang boleh elakkan diorang daripada buat perangai. So far ok je cuma masa kat sini je Aira out of cotrol. Maybe sebab lama sangat duduk dalam kereta kot.
Syukur la sempat jugak la posing dan bervideo kat sini. Cuma tak boleh nak live di fb sebab berlatar belakangkan suara Aira.
Jemput baca juga entry lain tentang trip Melbourne kitorang kat sini:
Bajet Percutian Ke Melbourne Dengan Anak Kecil
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 1
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 2
Pengalaman Bercuti Ke Melbourne Dengan Anak Kecil – Part 3
Bercuti Ke Melbourne – Trip Great Ocean Road Dan Twelve Apostles
Jalan-jalan Di Bandar Melbourne
11 Tips Bercuti Ke Melbourne – Wajib Baca Kalau Tak Nak Ada Masalah
Hi boleh share nama & price homestay ,di coburg.
hi, saya duduk kat Homestay Tanamekar. Cik boleh tengok di Fb diorang dulu